::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Seram dan Misteri ~

Assalammualaikum, 

Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang lalu. Ia berlaku di kampung saya di Lorong Maidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani upacara berinai dan ia dipanggil "berinai curi" oleh orang-orang dahulu. 

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: "Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu..."

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang telah diasah & dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, "Nak apa?"

Kakak: "Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok."

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih & paku yang diasah & dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, "Tak mahu!! Tak mahu!!!" Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke dalam biliknya. 

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. 'Itik' itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah 'dia' datang untuk mendampingi saya.

---------- Post added at 01:51 AM ---------- Previous post was at 01:34 AM ----------
Assalamualaikum,

Salam perkenalan dari Kak Yana. Di sini, kakak ingin mengenengahkan pengalaman misteri yang dikongsi oleh seorang kenalan yang bertugas sebagai wartawan di salah sebuah syarikat media di sini. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu. Peristiwa menyeramkan berlaku atas dirinya semasa dikerah untuk buat liputan tentang "Persembahan Pada Roh-Roh" yang diadakan pada satu malam di lebuhraya utara selatan, lokasi tepat, Tangkak-Muar. Apa yang kakak tahu tentang lebuhraya itu, banyak nyawa terkorban dalam macam-macam kemalangan ngeri yang berlaku setiap minggu atau hari. Salah seorang ahli keluarga rapat Kakak juga pernah menemui ajalnya di situ. Baiklah Kakak mulakan pengalaman yang dikongsi oleh kenalan Kakak yang bertugas sebagai wartawan.

Setelah statistik angka mangsa korban kemalangan meningkat dan penampakan makhluk-makhluk berbentuk pontianak, pocong, wanita berbaju kurung mendukung anak serta macam-macam lagi, persatuan bangsa Cina daerah tersebut mengadakan persembahan untuk roh-roh yang dipercayai mengganggu pengguna jalan tersebut. Malam itu, jalan tersebut ditutup lebih kurang enam jam, bermula 11 malam hingga lebih kurang waktu Subuh. Tiada lampu, maklumlah jalan di Malaysia ni, hanya lampu sokongan dari kenderaan-kenderaan yang berada di situ. Yang dibenarkan ada di situ adalah anggota polis untuk tugas penutupan jalan, seorang tokoh agama berbangsa Cina, seorang "Tok Bomoh" berbangsa Melayu dan seorang Sami kuil berbangsa India. Senang cakap, semua bangsa ada, tujuannya untuk berkomunikasi dengan roh-roh bangsa masing-masing dan tidak terkecuali media dari beberapa syarikat terpilih sahaja yang berada di lokasi tersebut.

Tidak banyak yang tahu tentang upacara tersebut. Upacara bermula tepat jam 12 malam. Dimulakan dengan upacara asap-mengasap kemudian dibaca mantera oleh pihak masing-masing, difahamkan untuk menyeru roh-roh tersebut. Lebih dua jam menunggu kewujudan makhluk-makhluk berkenaan, tiba-tiba salah seorang dari anggota polis yang sedang berdiri di bawah pohon rendang tepi jalan tersebut rebah dan seluruh badan menggeletar seperti terkena sawan. Tiba-tiba, kata beliau, angin kencang dan anjing polis yang berada di situ menyalak ke arah pohon itu seperti nampak sesuatu. Bulu roma pun meremang, terasa tidak sedap hati pun ada. Tok Bomoh ataupun dukun yang dikatakan handal di kawasan itu menghampiri mangsa yang rebah, menghalang yang lain untuk dekat. Beliau membawa sebiji mangkuk berisi air dan limau purut yang telah dibelah, lalu merenjis ke mangsa tersebut.

Nak tahu, anggota polis berkenaan dikatakan terus terapung, kaki tidak jejak bumi, mata berlolok dan renungan tajam ke arah dukun tersebut. Tiba-tiba makhluk itu terus menerkam dukun tersebut meraung seperti binatang buas, dukun tersebut menolak-nolaknya tapi makhluk itu lebih liat dan kuat. Dari jauh teman saya hanya boleh menyaksikan sahaja, tiada siapa pun yang berani hampiri. Sepantas kilat, seperti satu cahaya merah menyala keluar dari susuk tubuh anggota polis yang dipercayai dirasuk itu, beliau pengsan. Kedengaran suara mengilai sayup. Selepas itu seorang dari anggota polis bertugas menyalakan lampu suluh yang dia pegang ke arah kedua-dua susuk tubuh yang terbaring di atas jalan raya tersebut. Mereka memberanikan diri menghampiri kedua-dua yang terbaring tadi. 

Dipendekkan cerita, semua yang ada terperanjat, kelu lidah ingin berkata-kata, menggigil seluruh tubuh, nak terkencing pun ada. Ada seorang dua yang muntah, naudzubillah, wajah dukun tersebut, berlumuran darah, kulit mukanya disiat-siat, biji matanya terjelir keluar. Anggota polis yang dirasuk sebentar tadi pula, wajahnya kecut, pucat dan mulutnya berbuih. Akhir kata, kedua-duanya meninggal di tempat kejadian, apalagi semua bungkus barang-barang dan beredar dari situ.

Difahamkan apa yang dirakam pada malam itu, semua rosak, dan kata kenalan saya beliau demam seminggu cuti sakit, hingga sekarang masih terbayang-bayang wajah dukun tersebut. Laporan forensik dikatakan kematian tersebut aneh. Sehingga sekarang tiada mana-mana pihak dapat menerangkan apa yang berlaku di lebuhraya tersebut. Hingga kini, penampakan dan kemalangan membabitkan korban nyawa kerap berlaku, pihak kerja raya pernah berkata bahawa kemalangan berlaku kerana pembangunan jalanraya yang tidak rata atau berlubang dan pemandu cuai tapi statistik laporan mangsa yang hidup mengatakan mereka diganggu oleh penampakan atau lintasan. Hanya Allah yang Maha mengetahui.


VIA : http://jiwang.org/seram-dan-ngeri/210962-cerita-seram-dan-misteri.html