::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si Pengintip 9


Bab 9

“Ayah, kami balik dulu lah ye.Terima kasih sebab bagi kami tumpang untuk 3 hari ni”.Kata Caid.Haji Zakaria menampar bahu Caid.
“Auchh.Kenapa ni ayah ? Apsal pukul saya ?” tanya Caid sambil mengusap perlahan bahu yang dipukul oleh Haji Zakaria.
“Yang kamu cakap macam rumah ayah ni,rumah tumpagan kenapa ? Kalau nak datang sini,bila-bila masa pun boleh.Ayah tak kisah”.beritahu Haji Zakaria.Caid tersenyum.
“Eiya...cepat ! Suami engkau ni dah nak balik dah ni”.Jerit Haji Zakaria dari luar rumah.Eiya terkocoh-kocoh keluar sambil membawa beg baju.
“Eee...yang pergi angkat beg baju segala ni kenapa ? Biar abang yang angkat .Sayang, duduk je kat situ sambil tengok abang angkat beg yang berat ni”.Caid mengambil beg baju yang berwarna merah itu dari tangan Eiya.
“Beratlah sangat kan ? Alahh..biar jelah Eiya yang angkat . Abang just duduk kat situ...”.Eiya merampas kembali beg baju itu dari tangan Caid.
“Kandungan sayang tu dah nak masuk 5 bulan.So, berhati-hatilah sikit.Takpe biar abang je yang bawak beg ni”.Akhirnya, berlakulah suatu kejadian rampas merampas beg baju.
“Biar Eiya je yang angkat”.Eiya menarik tali beg baju itu.
“Biar abang je yang angkat.Degilnya !!”.Caid menarik kembali.
Haji Zakaria yang melihat sudah berasa pening.Ini ke anak dan menantu aku ? Penat betul layan kerenah diorang ni.Macam budak kecil !
“Dah..dah ! Korang berdua sama-sama yang angkat beg ni.Barulah adilkan ? Pening kepala ayah tengok”.Aksi tarik menarik berhenti buat seketika.Eiya tersengih.
“Abanglah yang angkat.Biar Eiya tengok abang angkat beg ni”. Eiya melepaskan tali beg baju itu.
“Eh..eh..Sayang lah yang angkat.Tadi sayang nak angkat kan ?” Caid turut melepaskan tali beg baju itu dan beg baju yang berwarna merah itu jatuh tersadai di atas tanah.
“Caid ! Eiya ! Angkat beg baju ni cepat !!” Haji Zakaria meninggikan suara ala-ala tentera.Caid dan Eiya yang tersengih tadi terus tersentak lalu membuat aksi tabik hormat.
“Ye Captain !” Dengan serentak Caid dan Eiya mengangkat beg baju itu lalu dilemparkannya masuk ke dalam bonet kereta.Hajah Suhaiza yang dari tadi berdiri di depan pintu rumah hanya tergelak kecil.
“Macam-macam lah korang berdua ni.Dah, pergi cepat balik nun !”.Halau Haji Zakaria sambil ketawa kecil.Caid dan Eiya sudah mencuka.
“Eee..halau anak, tak baik tau”.beritahu Eiya.
“Ha ah.Betul tu.Kalau halau menantu lagi tak baik.Berdosa besar !”.Kata Caid bersemangat.Entah betul,entah tidak apa yang dia cakapkan tu.
“Huk aloh ! Mana kome (korang) tau.Lain kali,ada masa datanglah lagi ye”.Caid dan Eiya hanya mengangguk lalu mereka berdua merapati Haji Zakaria dan Hajah Suhaiza.Mereka bersalaman sebelum balik ke Kuala Lumpur.
……………..
Sebaik sahaja sampai ke rumah mereka, Caid mendapat satu panggilan.Terus panggilan tersebut diangkatnya.
“Hello.Hmm..okey . Aku pergi sekarang”.Caid mematikan talian.Eiya yang berada di sebelah Caid hanya mengerutkan dahi.Hmm…?
“Abang nak gerak pergi kerja dulu.Elok-elok duduk kat rumah.Jangan nak buat kerja berat sangat”.Caid berpesan.Eiya hanya mengangguk.Selepas kereta Caid hilang dari pandangan, Eiya terus menelefon seseorang.
“Hello.Ikut aku sekarang.Ada misi okey !”Eiya terus mematikan talian sambil tersenyum.Wahai suamiku yang tersayang.Jaga-jaga.Isterimu ini pun seorang pengintip jugak !
……………………..
“Woi ! Jom cepat”.Jerit Auni.Eiya terkocoh-kocoh keluar dari rumah lalu bergerak menuju ke kereta Auni.
Pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.Eiya masuk kedalam kereta.Siapa Auni ? Auni kawan kepada Eiya sejak dari sekolah menengah.Seorang pengintip professional.Bukan pengintip kerja polis tu.Tapi, pakar dalam mengintip suami ! Jyehhh.
“Kau ada bawak tak perlatan untuk menyamar ? Kalau, tak bawak.Memang tak jadilah kerja kita harini”.tanya Auni.Eiya menujukkan ibu jari tanda berehhhh !
“Kau tau tak, kat mana suami kau selalu pergi ?”soal Auni.Eiya tersengih sambil menunjukkan ibu jarinya tanda berehhhhh.
“Aku cakap dengan pintu kereta rupanya”.Eiya mencebik apabila Auni berkata begitu.Bukannya aku taknak cakap.Tapi,soalan tu simple sangat untuk aku jawab.
“Haih…sejak bila jadi bisu ni ?” Eiya mencubit lengan Auni.Auni hanya ketawa mengekek.
“Eee…nak jadi ibu pun, penyepit dia tu masih ada lagi ya”.Eiya hanya ketawa.
“Cepatlah.Bagitau kat mana ? Nanti, aku salah jalan pulak”.
“Nah…alamat .Kau tengok alamat ni, then pergi ikut alamat rumah ni”.Eiya menyerahkan kertas yang tertulis alamat rumah semasa Eiya mengekori Caid dulu.
“Orait ! Beres !” Auni melihat sekilas.Tak sampai 20 minit.Mereka sampai ke tempat yang ingin dituju.
Eiya melihat kereta Caid berada di halaman rumah tersebut.Auni menyiku Eiya.Eiya mengangkat kening.
“Jom ! Kita pakai sut penyamaran kita”.Auni membuka plastic beg yang dibawa oleh Eiya.Didalam plastic beg itu terdapat 2 helai pashmina berwarna hitam.Auni mengambil pashmina itu lalu diletakkan pashmina itu kebadannya.Eiya memandang pelik.
“Kenapa, kau letak pashmina tu kat badan kau ? Nanti, laki aku boleh cam jugakkan ?”tanya Eiya.
“Shuhh...kau tunggu dan lihat apa yang aku akan buat lepas ni.Just wait and see.Woman will look beautiful when they kept secret”.Kata Auni sambil mengenyitkan mata.Eiya hanya mencebik.Ceh, suka sangat tunjuk gaya cool dia.Woman will bla...bla..blaa.... Eiya mengejek didalam hati sambil mulutnya terkumat kamit.
“Ha , kutuk aku dalam hati kan ? Berdosa tau.Aku tengah tolong kau ni”.Eiya terperanjat apabila disergah Auni.Eiya hanya tersengih.Kepalanya sat dianggukkan, sekejap lagi digelengkan.Auni hanya ketawa kecil.
“Ha ! Caid dah keluar dah tu.Cepat-cepat”.Auni menghidupkan enjin kereta.Eiya tergesa-gesa memakai cermin mata ala-ala artis gitu.Kereta Caid sudah berlalu pergi.Auni cepat-cepat memandu mengekori kereta Caid.
Sampai sahaja di depan sebuah butik baju, Caid memberhentikan kereta.Auni pun ikut memberhentikan kereta jauh sedikit dari kereta Caid.
Caid yang berada di dalam kereta melihat pelik kereta berwarna merah yang berada di belakang keretanya.Caid melihat kereta merah tersebut melalui cermin pandang belakang dan juga cermin sisi.
“Siapa pula yang ada kat belakang kereta aku ni ? Siap terhendap-hendap.Tak sangka pulak, bakal ayah macam aku ni ada peminat rahsia”.Caid berkata seorang diri sambil ketawa.Caid oii, tak sedar ke yang kereta belakang tu sebenarnya isteri kau ?!
Caid menyisir rambutnya menggunakan tangan.Badannya disembur dengan menggunakan minyak wangi.Hamboiii...gatal kau Caid !
Caid keluar dari keretanya dengan muka poyo ! Tangannya tak habis-habis menyisir rambut.Eiya dan Auni sudah terlopong !
“Eiya, betul ke itu suami kau ? Lain macam je aku tengok”.kata Auni sambil menenyeh biji matanya berulang kali.
“Aku pun tak pasti.Kita ni dah silap orang ke weh ? Lain macam je aku tengok lelaki kat depan kita ni.” kata Eiya pula.
“Mengikut firasat aku, ini memang suami kau ! Mungkin gaya dia yang poyo tu, yang membuatkan gaya dia nampak pelik dan er..bajet !” Auni ketawa diikuti oleh Eiya.
Caid pula menggarukan kepala.Hmm, maybe diorang bukan ikut aku.Aku je yang perasan lebih.Haihh...
Caid masuk kembali kedalam kereta.Rambutnya dibiarkan kusut kembali.Sedih sangatlah tu, takde sape nak jadi secret admire dia . Pordahhhhh.
Auni dan Eiya sudah seperti cacing kepanasan didalam kereta.
“Ape yang suami kau buat kat dalam kereta tu weh ? Penat aku tunggu”.soal Auni.
“Manalah aku tau ! Aku pun tengah panas ni”.
“Jom kita lepak kat luar nak ? Sambil makan aiskrim baskin robin”.Auni memberikan cadangan.Eiya berfikir seketika sabil memandang ke arah kedai aiskrim baskin robin yang tidak jauh dari situ.
Hmm...tekak tengah kering ni.Okey kot kalau setakat makan aiskrim je.Dapt makan aiskrim oreo ni pun sedap jugak ni.Slurpppp !
“Orait ! I follow”