::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (FYI)

Hello2 korangggg, Ha...ini nak cerita tentang drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel.Novel tu bertajukkkkkk 'SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA ! Jyehhhh . Awesome kottt...Tak silap aku,drama ni akan ditayangkan pada hujung bulan April ! Watak heroin adalah Tiz Zaqyah dan watak heronya ialahhhhh Izzue Islam . Okey, sejak dia dah tukar kepada versi rambut pendek dan takde misai, aku mula suka dia.Ahhhhh, hensem wohhhh . Nak tengok muka dia ? Korang boleh cair kottt...aku tengok pun kejap je dah meltinggg c:


Cair takk ? Wahhhh, Izzue Islam !! Sarangahaee...okey, jadi gila sekejap.Sebab muka dia jambu sangat.Aummmmm :3 Haha, gambar Tiz Zaqyah pun cantik.Dia pakai tudungl.Comel sangatt..hehe..


Kan ? Sorrilah, tak jumpa pulak gambar Tiz Zaqyah duduk sorang2.Sweet couple ! Tak sabar nk tunggu.Novel dia pun dah kebum kebabommm ! Harap2 drama dia pun macam tu jugak.Dengan watak dia yang....ahhhh.sangat maco gituuu ! Lepastu, korang kenal tak Farish ? Alah...abang kepada Firash tu...haaa...ni lah gambar dia 


Yang pakai cermin mata tulah watak Farish.Sesuai tak jadi watak Farish.Bagi aku okey je.Sesuaiii.Nak tengok gambar diorang waktu shooting ? Haha, i know you want ! ye ke ? Ape2 jelar.Korang nak ke, tknk ke, terpulanggg...tapi yg nk tu..tengoklahh ! Ngeeee


Ini kat Birthday Party Raimy...kabur sikit..almaklumlah..gambar copy paste je.Haha ! Kalau gambar sendiri, dah lama tngkp depan2.Tkde sorok2.


Ini pun sama ! Haha, sebab hari Isnin hari tu, hari first dioran shooting.Sebab tu gambar tkdelah banyak sangat...sikit je..wait2 ! Nak upload gambar Raimy dan Raina sekejap.


Itulah Raina dan Raimy.Ops ! Jangan salah fahamm..Itu bukannya Ersalina Imani atau nama sebenarnya Nelydia Senrose.Itu kakak/adik Nelydia iaitu Uqasha Senrose.Muka sama kan ? Kan ? kan ? Mula2 aku pun keliru jugakk, tapi dekat description atas tu dia tulis Uqasha, so Uqasha jelah.Haha ! Haaa...ada lagi satuu, korang perasan tak kelibat jejaka di belakang tu ? Wkwkwwkw..my crush ops !

Hmm, sesiapa yg nak beli novel ni, disilakanlah beli yee...novel yg awesome ! Hero yg sweet gituu....dan Heroin yg naif tapi comel.Beli di kedai buku berhampiran anda atau di laman Web Karya Seni.. Klik di SINI.Ada macam2 novel lagilah..hehe ^^ Ohh, sebelum nak menutup mukadimah yg pnjg macam 10 perenggan ni *nampak sangat menipu* aku bagi sinopsis novel tu ye ! Nahhh..

SINOPSIS 
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Okey, dah baca ? bagus (Y) Sumber gambar yg aku dapat adalah daripada sini ! DRAMA SSID.Segala benda maklumat tentang drama SSID tu pun aku dapat dari page tu.So, marilah ramai2 kita LIKE okeyhh ? Fahamm ? Nak stop tulis dah ni sebab HW masih banyakk.Huwaaaa :'O babai :) Oh, sebelum tu...tengoklah gambar SSID Puas2 :) Bubye
Kredit Pitcure : Zura Asyfar Pic