::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Doktor pun seorang manusia :')




Aku nak kongsi kisah seorang doktor. Aku terbaca kisah ni kat academictips.org. For your information, kisah seorang doktor ni dalam bahasa Inggeris sebenarnya. Tapi aku cuba olah dalam bahasa Melayu. Sukahati aku je kan? Haha. Takpe takpe. Korang layankan je la. Ni bukan kisah sembarangan. Dah la penat aku translate nak bagi korang faham. Masalahnya, ada ke korang suruh aku translate? Kbai.

Seorang doktor memasuki hospital dalam keadaan tergesa-gesa. Dia kemudian menukar pakaiannya dan terus menuju ke blok pembedahan. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan mundar-mandir menunggu kehadiran doktor yang bertanggungjawab.

Sebaik sahaja doktor sampai, lelaki tersebut berkata dengan nada suara yang agak keras, "Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk sampai? Doktor tahu tak anak saya tengah kritikal kat dalam tu? Apa punya doktor ni?"

Doktor itu tersenyum lalu berkata, "Saya minta maaf encik. Tadi saya tiada di hospital dan sebaik sahaja saya dapat panggilan, saya cuba datang secepat yang mungkin. Maafkan saya. Sekarang, saya berharap encik bertenang supaya saya dapat jalankan tugas saya."

"Bertenang? Kalau anak doktor yang berada dalam bilik itu sekarang, doktor boleh bertenang? Kalau anak doktor yang mati sekarang, apa doktor akan buat? Bertenang?" Lelaki tersebut mula meninggikan suaranya.

Sekali lagi doktor itu tersenyum dan membalas, "Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Saya hanya seorang doktor. Saya tidak boleh memanjangkan nyawa anak encik. Saya cuma dapat buat yang terbaik. Semua yang berlaku sebelum, semasa ataupun selepas adalah dengan izin Allah."

"Cakap memang la senang sebab doktor tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni." Lelaki tersebut membebel.

Pembedahan kemudian berlangsung selama beberapa jam. Tiba-tiba doktor keluar daripada bilik pembedahan itu dan berkata, "Alhamdulillah! Anak encik telah berjaya diselamatkan!"

Tanpa membuang masa, doktor tersebut bergegas pergi meninggalkan kawasan bilik pembedahan itu. "Jika encik ada apa-apa pertanyaan, encik boleh tanya dengan jururawat kat sini."

"Kenapa doktor ni? Tak boleh ke tunggu seminit dua? Saya nak tanya macam mana keadaan anak saya pun tak sempat?" Lelaki tersebut berkata sedemikian sebaik sahaja seorang jururawat menghampirinya selepas doktor itu berlalu pergi.

Jururawat tadi pun menjawab, "Anak doktor meninggal dunia semalam, meninggal sebab kemalangan jalan raya."


p/s : Pikirlah pengajarannya ;)