D'Owner! My Mood
Jejak kaki sini wehhh I Love them!
| Kisah Cinta Si pengintip 8
Bab 8
Kami
menuju ke restoran Safari Resort.Makanan dekat situ boleh tahan.Sedap
dan enak.Kalau kat Safari Resort ni,kita boleh buat pilihan...nak
makan kat luar ke atau kat dalam.Kalau kat dalam ni,dia ada penghawa
dingin atau nama mudahnya ialah ekon.Sama macam kat restoran sate
kajang.
Kami
hanya memilih makan diluar bilik ekon.Ayah tidak tahan sejuk.Aku dan
Caid hanya mengangguk faham.Malam itu, Restoren Safari Resort ada
buat satu parti.Ada juga terdapat pertandingan
menyanyi,menari,berlakon dan sebagainya.Sesiapa pun boleh join !
“Abang...”.Aku
memanggil Caid.Caid memandang aku.Ketika itu, dia sedang menikmati
hidangannya sambil melihat persembahan yang berada di atas pentas.
“Iyeee”.
“Abang,
pergilah masuk pertandingan menyanyi tu...”.ujarku dengan muka
selamba.Caid sudah tersedak.Aku menghulurkan kepadanya segelas air
masak.Dia minum dengan pantas.
“Idea
gila tuu... Abang taknak jadi trending untuk kali ke tiga!” Caid
menunjukkan angka tiga menggunakan jari.Cehh, aku suruh masuk
pertandingan menyanyi je.Takkanlah sampai jadi trending.
“Bolehlah.Bukannya
Eiya yang nak dengar suara abang tu.Tapi,anak kita dalam perut ni
ha...Kesian dia tau”.Aku pula sengaja menggunakan alasan anak.Hehe,
aku tak pernah lagi dengar suara suami aku ni menyanyi.Aku mengusap
lembut perutku sambil buat muka comel.
“Anak
kita boleh bercakap ke?” Caid mengangkat kening.Terhenti usapanku.
“Bolehlah.Anak
kita ni,setiap hari cakap dengan Eiya”.Ceh ! Ye ke ?
“Oooo..dia
cakap apa ? Abang pun nak tau jugak”.Caid menongkat dagu sambil
mengangkat kening.
“Hmm..dia
selalu cakap macam ni...'Ibu nak tau tak..suara ayah tu sedap
sangat.Baby,nak sangat dengar suara ayah'.” Aku membuat suara
seperti budak kecil.
“Ye
ke ? Anak ayah puji suara ayah sedap ke ? Oh, thank you very much !”
ujar Caid selamba.Tapi,dari nada suara dia,aku rasa dia sedang perli
aku.
Dengan
gaya bersahaja, aku tunduk sedikit dan telinga aku rapatkan sedikit
ke perut.“Ha ? Apa dia ? Oooo... Abang,baby kita balas lah.Baby
kita cakap, Dia nak sangat dengar suara ayah dia.Suara ayah dia
maco.”. Aku memberitahu Caid tentang apa yang baby kami
'cakapkan'.Err...harap dai percayalah dengan kelentong aku ni.
“Dia
suruh abang menyanyi lah ni.Haishh..abang seganlah”.Caid menggaru
kepalanya.Dengan bendulnya Caid percaya.Eiya menhan tawa .Yes !
Menjadi .
“Ha
ah.Alah...abang pergi je daftar dulu.Mana tahu, abang dapat jadi
juara ? Hadiah dia best kot ?”
“Hmm..okey”.Caid
bangun dari duduknya lalu pergi ke meja pendaftaran.Aku ketawa
kecil.Tapi...aku rasa,macam ada orang memerhatikan aku.Terus aku
memandang ke hadapan.Gulp !
“Ooo..sedapnya,
kau kenakan laki kau tadi”.Aku hanya tersengih apabila ditegur oleh
ayahku, Haji Zakaria.
“Baby
boleh bercakap ? Eiya guna petua apa eh ? Sejak bila pulak baby dalam
perut boleh bercakap?” Kali ini, emak dan ayah aku mengenakan aku
cukup-cukup ! Haihh..dah menipu kena tanggung laarr.
“Err..mana
ada lah.Kami ni memang suka gurau-gurau macam tu”.Aku menggaru
hidung.Caid pula sudah duduk di kerusi bersebelahanku.Emak dan ayahku
menyambung kembali menikmati makanan.
“Jangan
korek hidung !” terkejut aku bila Caid cakap macam tu.Korek hidung
? Sape pulak yang nak korek hidung ni.Orang garu hidung larr.
“Korek
hidung ?” Aku menyoal.
“Yup
! Korek hidung.Pengotor”.Ya ALLAH.Bengangnyaaaaaaa.
“Eeee...mana
ada.Eiya garu hidung je okey !” Aku memeluk tubuh.Belum sempat Caid
ingin membalas, namanya sudah dipanggil untuk naik ke atas pentas.
“Sayang
! Taknak nyanyi.Taknakkkk !”.Caid menggoncangkan lenganku.Cepat
betul perwatakannya berubah.Aku pula sengaja buat tidak layan.
“Sayanggggg
!” Caid menggoncang lenganku sekali lagi.
“Nyanyi
jelah, abangku tersayanggggg.Kalau abang nyanyi, malam nanti Eiya
bagi hadiah !”Caid terus terdiam ! Aku tersenyum.
“Hadiah
? Hmm..okey.I wait for that !” Kali ini aku pula yang
terdiam.Agak-agaknya, apa yang ada dalam fikiran suami aku
ni.Haishh...
Aku
memandang wajah emak dan ayahku sambil mencebih.Buat muka
kesian.Sempat lagi emak dan ayahku mengutuk aku.
“Padan
muka !” ujar ayahku yang paling hensem and kacak .
“Tulah...
kena kutuk dengan lelaki sendiri.Anak mak ni memang pengotor ke duduk
kat KL tu !”.Ujar emakku yang paling jelita and Hot.Aku
menghantukkan kepalaku ke meja makan.Hayoyoyoyo.
“Saya
khaskan lagu ini untuk isteri saya yang paling hot,sexy and
menggoda”.Aku mengangkat kepala apabila terdengar suara Caid di
hujung mikrofon.Pelanggan yang makan di restoran Safari resort sudah
ketawa.Hot ? Please okey.Sexy? Haishh..elok je aku pakai tudung labuh
tutup dada, dia cakap aku sexy.Menggoda? Eeeuuu.Aku goda laki aku
je.Dengan orang lain, aku buat aksi sopan santun aku.
“Terimalah...Kasih
jangan pergi...” Caid memandang tepat ke arah anak mataku.Aku pula
yang berasa malu.Hmm...terasa menyesal pulak suruh dia nyanyi.
Bila
ku hanya sesaat bagi mu
Jangan
biarkan ku terlanjur menyanyangmu
Aku
tak sangup jauh dari mu
Karena
kau yang membuat aku menyanyangmu
Cinta
ku ini abadi untukmu
Kasih
jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan
pernah meninggalkan aku sendiri
Aku
tak bisa aku tak sanggup
Bila
sendiri...
Kasih
jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan
pernah meninggalkan aku sendiri
Aku
tak bisa
Bila
kau pergi....
Aku
tak sangup jauh dari mu
Karena
kau yang membuat aku menyanyangmu
Cinta
yang ku punya bukan sekedar kata
Cinta
ku ini abadi untukmu....
Aku
tersenyum kecil sambil menepuk perlahan tanganku apabila selesai
sahaja suamiku menghabiskan nyanyian.Selepas itu, barulah semua yang
ada disitu menepuk tangan.
“Thanz
all !” Jerit Caid lalu turun dari pentas.Caid menghampiri kami
bertiga.
“Amacam
? Best ?”ujar Caid sambil mengangkat kening.Aku pulak buat muka
selamba.Padahal, dalam hati terharu gile ! Thanz husband.
“Okey
jelar.Dapatlah 10 markah....”.belum sempat aku menghabiskan
ayatku.caid sudah melompat dan menjerit riang.
“Yeyyy.Markah
penuh.Thanz my beloved wife”.ujar Caid lalu mencium pipi kiri
ku.Wajahku merona merah.Tapi, aku berlagak selamba.
“Ehemm..ehemm”.Aku
berdehem sebelum menyambung. “Belum habis cakap lagilah.10 markah
per 100 markah.Itu baru betul”.Aku bercakap selamba.Caid sudah
mencebik masam.
“Kejamnya
! Takkanlah sampai 10 per 100 markah.Teruk betul !”.ujar Caid tak
puas hati.Aku hanya mengangkat bahu lalu ketawa berdekah-dekah.Lawak
betul aku tengok muka Caid sekarang ni.
“Balik
KL nanti nak bas atau teksi ! Daa~” Caid terus berlalu.Aku
terpampan.Aku memandang wajah ayahku.
“Tak
ambil tahu.Pujuklah suami kau tu sendiri.Kalau taknak pujuk, balik KL
nanti pergilah naik bas atau teksi..”.Ayahku yang maco,hensem dan
kacak berkata sambil menyedut air yang tinggal lagi sedikit.Aku
memandang wajah emakku pula meminta belas kasihan.
“Mak
pun taknak ambil tahu.Fikirlah sendiri ye”.Emakku meniru perbuatan
ayahku.Menyedut air yang tinggal sedikit.Aku mengeluh
berat.Haiiihhhh.
.......................................
“Hai
!” Eiya menyapa Caid di pagi yang cukup indah ini.
“Hmmm...”.Itu
sahaja yang keluar dari mulut Caid.Dari semalam lagi,Caid buat
perangai tak matang dia ni.Eiya menggaru kepala.Merajuk
lagi...Bencinyaaaaaaa.Aku bukannya reti, bab-bab nak pujuk orang ni !
“Merajuk
?” Sudah terang lagi bersuluh yang Caid ni tengah merajuk, Eiya
pulak boleh tanya soalan bodoh macam tu !
“Ye
! Orang dah nyanyi penat-penat.Boleh pulak bagi 10 markah je”.Caid
memandang ke arah lain.
“Eiya
ada hadiah ni.Kan Eiya dah janji nak bagi kat abang semalam”.Eiya
menghulurkan sekotak hadiah yang boleh dikatakan agak besar.Caid
hanya menjeling.Ceh, jeling-jeling pulak.
“Hadiah
best ke tak best ?” soal Caid.
“Comfirm
best !” Eiya menunjukkan ibu jarinya.Isyarat best sangat !
Caid menyambut
huluran isterinya.Dibuka pembalut itu perlahan-lahan.Selepas pembalut
hadiah itu berjaya dibuka.Caid melihat ada pembalut yang dibuat
daripada surat khabar.
“Bukaklah
lagi”.Suruh Eiya.
Caid membuka
pembalut surat khabar tadi, Caid melihat, ada pembalut surat khabar
lagi ! Bila nak habis ni ? Caid memandang Eiya.
“Bukak
je”.suruh Eiya lagi.
Caid
menurut.Pembalut surat khabar itu dibuka lagi.Ada pembalut surat
khabar lagi.Buka lagi.Ada Lagi.Buka Lagi.Ada lagi.Buka Lagi.Sampailah
kotak itu menjadi sekecil tapak tangan.Caid menahan rasa bengang !
Haihh..kenakan aku rupanya.Caid membuka kotak itu dengan penuh
debaran.Eiya hanya melihat.
Tadaaaa ! Hanya
terdapat sebatang lolipop perisa strawberri.Caid menggigit bibir
geram.
“Sayanggg...”
Meleret sahaja panggilan Caid.
“Iyeee”.Senang
hati Eiya, apabila mendengar Caid memanggilnya 'sayang' semula.
“Apa ni !”
Caid meluruskan jarinya kepada sebatang lolipop yang tidak bersalah.
“Itu lolipop
perisa strawberi !”Jawab Eiya macam budak kecil.Caid mengeluh.
“Abangkan
tengah merajuk.So, kalau nak lembutkan hati orang yang tengah merajuk
ni, kita kena bagi benda manis.Macam lolipop ni.Manis je...”.Eiya
berkata dengan penuh perasaan.Caid mengambil juga sebatang lolipop
itu lalu dibuka kertas pembalutnya dan terus dimasukkan kedalam
mulut.
“Abang...”.Eiya
memanggil.
“Hmmm”.Caid
menjawab dengan mulutnya yang telah disumbatkan dengan sebatang
lolipop.
“Nah !” Eiya
menghulurkan sebuah kotak yang besar.Caid hanya memandang tanpa
perasaan.
“Ini, lolipop
perisa apa pulak ? Lolipop perisa oren ke ?” ujar Caid selamba.Eiya
sudah mencebik.
“Bukak lah
dulu.Banyak bunyi pulak aihhh”.Kotak hadiah itu sudah bertukar
tangan.
Caid membuka
selamba.Huhh...ingat aku akan tertipu lagi untuk kali kedua ? Tak
mungkin !
Siap sahaja
membuka kotak itu, mata Caid membulat.tak sangka.
“Sayang...apa
ni ?” Caid menunjuk ke arah hadiah itu.
“Hadiah lah.Apa
lagi ?”
“Tapi...ini kan
karoake box !”
“Yelah.Kenapa ?
Abang tak suka ke ?”
“Thank you very
much sayang ! I love it. But, I love you more !”.Caid mendukung
Eiya lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang ! Terasa macam ada
lagu yang membuai jiwa menjadi background.
“Ehem ! Ehem
!”.Skretttttt...lagu itu terus terpadam apabila terdengar deheman
seseorang.Caid dan Eiya memandang serentak ke arah bunyi itu.
“Kat sini
bukannya tempat untuk melakukkan perkara yang tak sepatutnya.Tempat
ini masih lagi suci”.ujar Haji Zakaria.Ada maksud mendalam dalam
ayat Haji Zakaria tadi !
Caid dan Eiya
hanya tersengih.Caid menurunkan Eiya perlahan-lahan.
“Err..tak
ayah.Sebenarnya tadi ada...err..ada”.Tergagap-gagap Caid ingin
memberikan jawapan.
“Ada tikus !
Sebab tu abang dukung Eiya...”.Eiya menyambung jawapan suaminya
tadi.
“Ha....ha
ah.Ada tikus.Betullah tu”.Caid tersenyum sambil menjeling Eiya yang
berada di sebelah.Isyarat matanya membawa maksud.'Bagus sangatlah
idea tu'
Eiya membalas
balik jelingan Caid dengan membawa maksud 'nasib baik Eiya ada.Kalau
takde ? Kenalah tanggung malu depan ayah !'
“Elehhhh.Macamlah
orang tak nampak tadi”.Sampuk Hajah Suhaiza yang tiba-tiba sahaja
masuk ke ruang tamu sambil membawa sedulang makanan untuk sarapan
pagi.Alamak ! Mak pun ada ke ? Ehehehe...malu sampai 10 keturunan
agaknya.
Eiya menyiku
Caid.Caid membalas perlakuan Eiya.
“Dah..tak payah
nak main siku-siku.Jom sarapan !”.Ajak Haji Zakaria.Caid dan Eiya
dari tadi hanya tersengih.Iklan Colgate ke ?
|