::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si pengintip 7


Bab 7
“Helo sayang…” ucap Caid apabila talian dapat disambungkan.
“Sayang ? Kau jangan nak main-main dengan aku.Aku tau yang harini kau ponteng kerjakan ? Aku tak kira ! Esok kau kena datang kerja jugak”.Paksa Jo.Caid menepuk dahi.Adehhh, Jo ni.Bagilah orang bercuti dua tiga hari.
“Alahhh..pleaselah Jo sayang…Bagilah aku cuti sampai hari Ahad.Tahun ni aku tak pernah ambik cuti pun.Pleaselahh…”.Rayu Caid.Jo pula sudah ingin termuntah apabila mendengar perkataan sayang daripada mulut Caid.
“No…no…no.Kita ada banyak kerjalah.Kes si Hamidah tu lagi.Kau ingat tu kes main-main.Polis tengah harapkan kau sorang je sekarang ni”.ujar Jo separuh merayu.Caid pula sudah menggarukan keningnya.Macam mana ni ? Tak pasal-pasal pulak Eiya mengamuk !
“Hmm…apa kata macam ni ! Aku janji aku akan datang kerja macam biasa hari Isnin ni.Gaji kau potong separuh.Amacam ? Deal ?” Caid tawar menawar.
“Hamboiii..kau ingat ni pasar ikan ? Nak potong gajilah apalah.Takde-takde.Kau datang kerja hari Ahad ni jugak !” Jo menggunakan kuasa vetonya sebagai ‘bos’.Caid sudah kusut.Haihhh…kedekut cuti betullah Jo ni !
“Ha ! Apa kata macam ni…Aku kan balik Ipoh hari Ahad ni, lepas je aku sampai Ipoh, aku terus pergi kerja, boleh ? Aku datang lewat sikit”.ujar Caid.
“Hmm…okeylah ! Jangan kau tak datang kerja pulak”.Jo beri persetujuan.Caid tersenyum.Yes!
……………………..
“Abang, jom jalan-jalan nak tak ? Dah lama tak lepak kat dataran putra.Rindu pulak nak makan kat Medan Selera.Kuew tiow kerang dia Perghhhh ! Mantapp”. Eiya menunjukkan tanda ibu jari.Maksudnya sedap sangat lah tu.Caid pula hanya mengerutkan kening.Kuew tiow kerang ? Err...sedap ke ?
“Okey...boleh.Eiya nak pergi mana-mana pun boleh.Semua tempat abang sanggup bawak!”.Caid memberi kata putus.Eiya tersenyum lebar.
…................................
“Abang...jom tangkap gambar kat air pancut ni ! Ingat tak dulu, waktu baru kahwin, kita photoshoot kat sini.Dataran Putra ni dah macam Kota London !” Eiya menjerit memanggil Caid bagai budak tak cukup matang.Caid berjalan menuju ke arah Eiya.Kenapa dipanggil sebagai Kota London ? Sebabnya, kat Dataran Putra ni terdapat sebuah pondok telefon yang ada pintu macam pondok telefon Kota London.Pondok telefon tu berwarna merah.Memang sebiji lah.
“Hmm..ingat sayang ! Dulu, sayang pernah jatuh dalam kolam air pancut ni kan ? Haha, buat malu je” Caid ketawa berdekah-dekah apabila teringat peristiwa sewaktu mereka baru sahaja sah digelar suami isteri.
“Hello...my beloved husband ! Bukan Eiya yang jatuh...tapi abang.Abang ni memang tak ingat ke atau saja buat-buat lupa ?”Ketawa Caid terus terhenti.Ekk, aku yang jatuhh ? Bila masa pulak ni ?
“Bukan sayang ke ? Eh...abang pun dah tak ingat.Abang ke yang jatuh dulu ?” Caid menggaru kening.
“Yup ! Abang tak ingat ke ? Habis sut kemeja hitam yang kita sewa basah.Lepastu, ramai yang pandang.Siap curi ambik gambar lagi.Abang tak ingat ke, yang abang pernah jadi trending kat twitter dan facebook selama sehari”.Begitu bersemangat Eiya menjelaskan perkara sebenar kepada Caid.
Caid menggaru kepala dan terus Caid menepuk dahi.
“Owhhh...yang tuuuu.Dahhh...jangan ingatkan kat abang tentang perkara yang dah lepas.Malu pulak abang rasanya.Mana abang nak letak muka ni ?”.Caid terus mengambil cermin mata yang tersimpan elok didalam poket.
“Asal abang pakai cermin mata tu ?” tanya Eiya menahan tawa.
“Abang tengah cover malulah.Lagipun, abangkan memang selalu jugak pakai cermin mata.Sayang tak pernah tengok ke abang pakai cermin mata ?” Caid bertanya.Muka Eiya pula sudah merah menahan tawa.
“Memanglah Eiya dah banyak kali tengok abang pakai cermin mata....tapi Eiya tak pernah nampak abang pakai cermin mata yang tu...”.Lurus sahaja jari Eiya menunjuk ke arah cermin mata Caid.Caid pula melihat hairan lalu memandang keadaan sekeliling.Apasal semua pandang dia lain macam ? Siap keluarkan kamera henset lagi.Caid menyentuh cermin mata yang terletak elok di hadapan matanya.Apsal rasa lain macam je cermin mata ni ?
Caid menarik keluar cermin mata lalu memisat perlahan matanya.Apabila terpandang sahaja cermin mata tersebut, mata Caid membulat besar !
“What !! Cermin mata apa ni ? Sejak bile pulak abang bawak cermin mata macam ni ?” Terkejut Caid apabila mendapati cermin mata yang dipakainya tadi ialah cermin mata badut.Cermin mata berbingkai hitam dan terdapat hidung besar di atas cermin mata itu.
Eiya pula sudah tergelak besar.Sampai terkeluar air matanya.
“Abang jadi trending lagilah nampaknya.Untunglah, abang jadi budak hot !”.Eiya menumbuk perlahan lengan Caid.Muka Caid pula sudah merah menahan malu.Mahu sahaja disorokkan mukanya di dalam kolam air pancut.Macam mana pulak cermin mata badut ni boleh ada dengan dia ? Mesti ada orang buat dajal dengan aku ni !
Caid menarik lengan Eiya dan terus berjalan pantas meninggalkan dataran putra.Eiya masih lagi dengan sisa tawanya.Caid pula dengan wajahnya yang cemberut.
…......................................
“Dah siap ?” soal Caid.
“Orait dah !”, jawab Eiya dengan penuh bersemangat.
“Jom !” Caid menggapai tangan Eiya dan mereka jalan beriringan menuju ke ruang tamu.
“Mak, ayah...kami nak pergi keluar makan dulu, mak dengan ayah nak pesan apa-apa tak ? Ataupun mak dengan ayah nak join kami sekali”.Pelawa Caid.Haji Zakaria dan Hajah Suhaiza hanya tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.
“Nak ikut sekali ?” soal Eiya pula.
“Habis tu ? Of courselah kami pun naik ikut sekali.Kalau tunggu korang berdua balik, mahu sampai pagi esok baru balik.Nak berhoneymoon je kerjanya”.ujar Haji Zakaria berseloroh.Caid dan Eiya pula sudah menggaru hidung.Err..malunya.
Haji Zakaria dan Hajah Suhaiza masuk ke dalam bilik mereka untuk menukar pakaian.Caid dan Eiya pula menunggu di ruang tamu.
Tak sampai 5 minit, Haji Zakaria dan Hajah Suhaiza sudah siap berpakaian santai.Haji Zakaria memakai t-shirt belang-belang berwarna merah dan putih manakala Hajah Suhaiza pula mengenakan blous labuh becorak abstrak dikenakan pula dengan tudung Arini berwarna hitam.Warna baju mereka berdua sedondon !
Eiya dan Caid sudah terlopong.Vogue nya mak dan ayah aku ni ! Bergaya betul.
“Apa yang korang tercegat lagi tu ! Jom lah kita pergi makan.Ayah dah lapar ni”.ujar Haji Zakaria memecahkan suasana yang sunyi.
“Erkk..okey-okey.Jom”.