::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si Pengintip 6


BAB 6
Sayang ! Bangun, dah sampai….”.Caid mengejutkan Eiya yang masih lena di tempat duduk penumpang disebelah pemandu.
Hmm…kejap.Nak menggeliat sekejap”.Eiya membuka matanya sedikit lalu menggeliat untuk menegangkan balik urat yang kendur.Eiya membuka pintu kereta lalu menonong masuk ke dalam rumah ibu bapanya yang berada di Kuala Kangsar,Perak.
Caid yang melihat telatah isterinya hanya menggeleng perlahan.Haii…terpaksalah aku angkat semua beg baju ni sorang-sorang.Isteri pulak dah lari.Nasib…nasib.
Selepas selesai mengeluarkan semua beg baju dari dalam bonet kereta, Caid mengangkat kesemua beg baju itu masuk ke dalam rumah ibu bapa mentuanya.Masuk sahaja ke dalam rumah ibu dan ayah mentuanya, Caid tergelak kecil apabila melihat isterinya sedang lena di atas sofa panjang.
Caid melilaukan matanya mencari ayah dan emak mertuanya.Hmm, mana pulak mak dengan ayah ni ? Caid melangkah pula ke dapur dan membiarkan sahaja isterinya tidur.Tidak mahu menganggu ‘mimpi indah’ isterinya itu.Caid teringat sewaktu di dalam kereta, isterinya itu mengigau dan cakap benda bukan-bukan.
……………………
Caid menutup radio apabila melihat Eiya sudah terlena.Caid memandu dengan kelajuan sederhana.Sedang memandu, tiba-tiba Caid terdengar Eiya berkata sesuatau…
Saya kahwin dengan Lee Min Ho! Yeyyyy.Yeyyyy.Tapi, saya dah ada suami.Lepastu, nanti saya dah nak ada seorang anak.Macam mana ni”. Caid tergelak kecil apabila mendengar suara isterinya yang sedang mengigau.Hai..berangan nak kahwin dengan Lee Min Ho.Suami lagi sorang ni nak campak mana cik adik oii.
Caid cuba mengacau isterinya. “ Ehem, saya Lee Min Ho.Saya tak jadi nak kahwin dengan awakalah.Awak ni kepunyaan Syaheed Jeffri seorang sahaja”.Caid menahan tawa, dahi Eiya pula sudah berkerut.
Tadi awak cakap, awak nak kahwin dengan saya…” Eiya merengek manja.
Saya taknak kahwin dengan awak.Lalalalala…”.Caid masih ingin bermain-main dengan mimpi isterinya.Hati-hati Caid.Jangan sampai dapat hi-5 dari isteri kau tu.
Pang ! Ha, kan dah cakap.Mesti dapat Hi-5 punya.
Awak penipu ! Jahat…”.Boleh pula Eiya tegakkan badan sewaktu tengah tidur.Caid pula mengaduh sakit.Aduhh..nasib baik tak accident tadi.Sakitnyaa…tangan manusia ke tangan gajah ni ?
………………..
Ha, Caid ! Bila sampai?”.Caid tersedar ke dunia realiti bila disergah oleh ayah mentuanya.
Erk, baru lagi ayah”.Jawab Caid dan terus bersalaman dengan ayah mentuanya atau nama panggilannya ialah Haji Zakaria.
Mana isteri kamu pergi ? Kamu datang sorang je ke ?” Haji Zakaria memanjangkan kepala memandang ke belakang Caid.Mana tahu, ada terselit Eiya kat belakang tu.
Eiya tidur kat ruang tamu.Penat sangat lah tu”.Jelas Caid.Haji Zakaria mengangguk memahami situasi anaknya Nadiah yang akan bergelar seorang ibu tak lama lagi.
Pergi angkat dia, bawak masuk dalam bilik.Kat ruang tamu tu sejuk”.Arah Haji Zakaria.Caid menggosok perlahan kepalanya.Ya ALLAH, aku manalah larat nak angkat si bakal ibu tu.Badan dah berat.Dulu, waktu first kahwin tu bolehlah angkat pusing keliling taman macam orang tak berapa betul, tapi sekarang ni mana boleh dah.Badan Eiya naik 2x ganda waktu mengandung.Caid membebel di dalam hati.
Kenapa ? Cepatlah pergi angkat.Karang demam pulak budah bertuah tu”.Selepas berkata, Haji Zakaria pun berlalu.Caid melangkah ke ruang tamu.Matanya memandang tepat ke arah susuk tubuh isterinya.Caid garu pipi, garu kepala, garu hidung , garu rambut.Semua benda dia garulah.
Dengan lafaz bismillah, Caid mengangkat tubuh Eiya perlahan-lahan.Cubaan pertama tidak berhasil.Masih tak terangkat badan Eiya.Eiya ni pulak jenis tidur mati.O..oi Eiya.Cepatlah bangun…Kesian kat laki awak tu !
Haji Zakaria yang melihat kerenah menantunya hanya menggeleng perlahan.Haji Zakaria merapati Caid lalu menyentuh bahu Caid.
Biar ayah yang angkat”.ujar Haji Zakaria.Caid terkejut.
Eh, ayah..jang..” Belum sempat Caid mahu menghalang, Haji Zakaria sudah mencempung badan Eiya.Mata Caid membuntang.What ?
Haji Zakaria terus membawa Eiya masuk ke dalam bilik yang berada ditingkat bawah.Caid pula hanya melihat ayah mentuanya yang sudah berlalu pergi.
Itu ayah mentua aku ke ? Wow ! Tengok badan je kurus tapi tenaga boleh tahan.Aku yang muda ni pun tak terangkat badan isteri aku tu.Ayah, dengan sekali cempung, dah berjaya angkat badan isteri aku yang dah berisi 2x ganda dari yang sebelumnya.
………………….
Hamidah meneguk air yang tinggal separuh di dalam gelas.Hamidah berjalan menuju ke ruang tamu.Hamidah melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi panjang.Hamidah pandang ke sekeliling rumah peninggalan suaminya.
B, I miss you so much.Kenapa cepat sangat u tinggalkan I.I masih lagi rindu untuk bermanja dengan u.I terlalu rindu sangat dengan u” Hamidah bercakap sendiri.Teringat kembali kenanganya bersama suami tercinta.Tanpa sedar air mata Hamidah mengalir.Sudah genap 5 bulan suaminya itu pergi meninggalkan dia sendiri.
Hamidah menaiki tangga ke tingkat atas.Hamidah masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama suaminya.Air matanya terjatuh lagi.
B jangan risau.Nanti, bila I dah jumpe dengan pembunuh yang bunuh u, I takkan biarkan dia hidup tenang.B, tengoklah dari atas sana okey.I akan melaksanakan misi balas dendam untuk u”. gumam Hamidah.Hamidah mengenggam erat tangannya.
……………………..
Aku bangun dengan mata yang segar bugar.Haih, segarnya.Aku melihat jam di dinding.Hmm, dah pukul 9.Lepas solat Subuh tadi, aku terus sambung tidur.Entahlah, lepas je sampai kat rumah mak dengan ayah, mulalah nak bermanja.Nak bangun lambat kononnya.
Selepas membersihkan diri, aku terus turun ke bawah.Aku melihat suamiku sedang bersarapan.Aku mendekati suamiku, lalu memeluknya dari belakang.
Hai abang !” Aku mengeur lalu mencium pipi suamiku.Nasib baiklah, mak dengan ayah aku takda kat rumah.Ayah bekerja sebagai Guru di sekolah menengah.Manakala, mak pula berniaga kerepek pisang.
Auch, sayang.Jangan sentuh situ.Badan abang tengah sakit ni”. Caid memberi amaran.Aku mengalihkan tanganku perlahan-lahan.Sakit ? Sebab apa ?
Sakit ? Abang sakit kenapa ? Siapa yangg buat ? Biar Eiya kerjakan dia.Ohh, bernai dia nak pukul suami Eiya ni”.Aku mengenggam penumbuk.Caid pula menggapai tanganku.
Err, sayanglah yang pukul abang.Sayang mengigau semalam.Tak silap abang pukul 3 pagi kot.Sayang meracau-racau lepastu sayang pergi tending belakang abang.Abang yang tak bersalah ni yang jadi mengsa tau”.Aku tergamam.Ehhh…aku yang tendang ? Sejak bila ?
Lepastu, sayang tarik abang rapat dengan sayang, sayang ketuk kepala abang.Tak cukup dengan tu, sayang halau abang dari bilik.Sayang bising-bising.Cakap abang jahatlah.Terpaksa abang tidur kat ruang tamu.Sakit badan abang ni dengan tendangan sayang tu.Huhu…” sambung Caid lagi.Aku membuntangkan mata.Mulut aku terlopong.Sejak bila pula aku halau suami aku ni.Haihh..semalam aku mimpi apa ? Patutlah mata suami aku ni dah macam mata panda.
Erk ! Bila pulak Eiya buat macam tu.Eiya mengigaulah kot.Hehe, sorilah abang.Eiya tak sengaja.Kalau Eiya snegaja, itu lain cerita”.Pujuk aku.Caid menarik muncung masam.Aku pulak dah pening kepala.Kalau nak pujuk si bapak budak ni bukannya senang.Haihhh…ini Kisah Cinta Si Pengintip ke ataupun Kisah Cinta Bapak budak kuat merajuk ? Apa-apa jelah…
……………………..
Abanggg..nah air special untuk abang”.Aku menghulurkan secawan teh ‘o’ ais campur aiskrim vanilla.Feveret Caid tu…Apa yang sedap pun aku tak tahu.
Caid memandang sahaja Cawan teh campur dengan ais krim vanilla itu.Nak merajuk lagi ke tak ? Hmm, bukannya senang nak minum teh campur ais krim ni.Gulp ! Sedapnya…
Takpe.Abang kenyang lagi”.Tolak Caid.Padahal, dalam hati…Ya ALLAH, sedapnya.Kalau minum air teh campur aiskrim, lepastu makan kek coklat.Perghhh..memang sedap tak terkata!
Hmm, Eiya ada beli kek coklat kat pekan tadi, abang pergilah makan”.Pujukku lagi.Harap-harap pujukanku Berjaya !
Caid menelan liur.Isteri aku ni pandai ke baca fikiran orang? Caid akhirnya bangun jugak dari duduknya.Yelah, dah makanan fevered depan mata.Mana boleh tolakkan ?
Aku yang melihat suamiku sudah berjalan menuju ke dapur tersenyum riang.Yes !
Aku menuju ke dapur dengan senang hati.Sampai sahaja di dapur, aku dah lihat kek coklat tinggal separuh.Dan cawan teh tadi dah habis.What ? perut apa ni ?
Caid menjeling isterinya yang sudah tergamam.
Buat lagi air teh ni.Abang dahagalah”.Arah Caid sambil tersenyum.Ada kesan kek coklat di tepi mulutnya.Aku mengelap mulut Caid menggunakan belakang tanganku.
Tulah..tak mau merajuk lagi.Buruklah, kalau merajuk”.ujarku sambil tersenyum lalu bergerak menuju ke peti ais untuk mengambil ais krim vanilla.