::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si Pengintip 3


BAB 3


Yes ! Misi dijalankan pada hari ini.Lepas sahaja suami aku pergi kerja pada pukul 8.00 pagi, aku akan terus mengintip dia.Aku nak tau, apa hubungan suami aku dengan jiran sebelah rumah aku.Dah lah perasan lawa.Ada hati nak kat suami kita.Ehh, apa aku ni ! Cepat sangat curiga.


Aku terus membelok ke sebelah kiri apabila kereta suamiku membelok ke kiri.Aku memakai cermin mata besar dan pashmina untuk melindungi wajahku daripada di cam oleh suamiku.Kereta pun aku pinjam dari rumah jiran sebelah.Bukan rumah minah perasan lawa tu.Tapi rumah Puan Jaslina yang sungguh baik hati.


Aku memandu sedikit jauh dari kereta suamiku.Risau dia nampak muka aku.Suami aku tiba di kawasan perumahan.Tiba-tiba kereta suamiku berhenti di hadapan sebuah rumah.Rumah itu agak kotor.Dinding rumah  kena cat baru.Kalau boleh kena ada pasu bunga kat halaman rumah tu, baru nampak natural.Ermm, apa lagi yek..maybe kena renovate sikit kawasan luar rumah tu bagi nampak besar.Ehh, apsal aku pergi melalut tentang rumah pulak ni.Misi aku untuk mengintip suami aku.Hadohaiii.Aku mengetuk kepalaku sendiri.


Hampir 10 minit aku menuggu suamiku didalam kereta.Akhirnya penantian aku berakhir apabila aku melihat suamiku keluar dari rumah tersebut.Aku menghidupkan enjin kereta.Selepas kereta suamiku  membelah jalan raya, aku terus memandu laju mengekori keretanya.
…………………
Manalah minah ni pergi.Tadi baru je ada kat kedai baju ni.Sekejap je dah hilang.Hishh”.Caid meramas rambutnya kasar.Sakit kepalanya mahu mengintip Hamidah.Sekejap je dah hilang.Macam biskut chipsmore.Sekejap ada, sekejap takda.


Caid duduk di sebuah bangku kosong yang terdapat di dalam mall tersebut.Caid memandang sekeliling.Manalah tau, tiba-tiba ternampak bayang Hamidah.Sudah 3 jam dia mengintip Hamidah.Ada terdapat beberapa bukti tentang dia membunuh suaminya disebabkan harta.Tapi kena mengintip lagi untuk dapat lebih banyak bukti.


Caid memandang ke arah kawasan tandas.Tiba-tiba matanya menangkap wajah seseorang.Caid tergamam.Ehh, macam mana isteri aku boleh ada kat dalam mall ni pulak.Dia nampak ke apa yang aku tengah buat sekarang ni ? Cepat bertindak Caid, sebelum kantoi dengan isteri kau.


Caid bangun dari duduknya untuk menghampiri isterinya yang berada di sebalik pasu bunga yang agak besar di dalam mall tersebut.Dengan langkah yang berhati-hati, Caid menyentuh bahu isterinya.


Eiya yang sedang menunuduk sedikit  kerana menghirup sup  maggi cup terkedu.Eiya menoleh .Erkk…air liur ditelan kesat.Hadoiiii, dah kena tangkap dengan suami sendiri pulak.Macam mana ni ? Apa aku nak buat ni ?


Eh abang.Abang buat apa kat sini ?” Eiya bertanya dengan tergagap-gagap.


Abang tengah err..abang tengah..lepak-lepak kat dalam mall ni.Saja nak lepaskan tension”.Rasanya itu adalah jawapan yang paling bernas sekali.Caid menarik nafas dan menghembusnya. “Sayang pulak?”


Eiya tengah..er..Eiya tengah..makan tengahari.Kat rumah tu takda makanan.Sebab tu Eiya datang ke mall ni”.Eiya menarik nafas dan menghembuskannya secara perlahan.Bagus punya jawapan.padahal ada banyak makanan menath kat dalam peti ais.


Itulah  peribahasa melayu selalu cakap, Berani kerana benar, takut kerana salah.Macam tulah keadaan Caid dengan Eiya sekarang ni.Tergagap-gagap nak bagi jawapan.Buat salah lagi.


Abang tak pergi kerja ke?” Sengaja Eiya bertanya soalan itu kepada suaminya.Caid menelan liur.Gulp.


Abang tengah dalam waktu rehat sekarang ni”.Caid mengusap belakang tengkuknya.Peluhnya menurun seperti hujan pula.


Owh..ingatkan pergi mengintip perempuan lain”.Eiya meramas tangannya.Caid pula sudah tergamam.Aduhaii..isteri aku ni nampak ke?


Mana adalah sayang ni.Jangan fikir bukan-bukan pulak.Abang setia pada sayang sorang je tau.” Caid mencuit sedikit hidung isterinya.Eiya ketawa geli.


Erm..alang-alang kita dah ada kat mall ni.Apa kata kita jalan-jalan nak tak?” Caid memberi cadangan.Eiya pula hanya mengangguk.


Mereka keluar dari kawasan tandas itu sambil berpegangan tangan.Orang sekeliling ashik memerhati mereka berdua.Eiya dan Caid ada juga menangkap beberapa ayat yang keluar dari mulut mereka.


Sweetnya diorang”.


Untungnya dapat suami hensem”


Wow, sama cantik sama padan”


Macam pengantin baru pula mereka rasa di saat ini.Eiya sudah tertawa kecil kerana geli hati dengan gelagat pelanggan di mall itu.


Macam pengantin barukan kita ni?”.Caid memandang wajah isterinya yang semakin berseri semenjak mengandung.


Ha ah, walaupun kita ni sebenarnya pengatin basi Hahaha”.Eiya tertawa dengan lawaknya sendiri.Caid pula hanya diam membisu.


Abang…gelaklah sekali.Buat malu je.Eiya buat lawak tapi Eiya yang gelak.Gelak sorang-sorang pulak tu”.Eiya menarik sedikit baju suaminya.


Caid masih  membatu.Apa pulak masaalah Caid ni.Tadi okey je.


Abang.Kenapa dengan abang ni?” Eiya melambaikan tangannya dihadapan wajah Caid.Caid menepis perlahan.Adohaii..merajuk ke? Merajuk pasai apa pulok ni.


Abang.Abang ni kenapa?”.Eiya menggoncangkan tubuh suaminya.


Cup !


Satu ciuman hinggap di pipi Eiya.Eiya tergamam.Malunya.Eiya memandang wajah suaminya dengan muka yang merah macam udang bakar.


Abangg..malulah orang tengok”.Eiya menyorok di belakang tubuh sasa suaminya apabila menyedari ada beberapa pasang mata sedang memandangnya.


Lain kali jangan cakap macam tu lagi”.Tegas suara Caid.


Cakap apa?”. Eiya  menayangkan wajah blur.


Kita ni bukan pengantin basi”.ujar Caid.Eiya yang dari tadi risau melihat perubahan suaminya terus gelak terbahak-bahak.


Abangggg…takkanlah perkara kecil tu je.Abang dah nak merajuk”.Eiya masih lagi tergelak-gelak.


Abang tak suka.Kita ni masih lagi dalam mood pengantin baru.Belum pengantin basi lagi”.Caid melepaskan satu keluhan.Eiya berfikir sejenak.Mumgkin pembawakan budak kot.Sebab tu perangai suaminya pelik sikit.Eiya tersenyum.Haii..dah macam perempuan pulak tengok gaya suaminya.


Okey.Lain kali dah taknak cakap lagi tentang benda tu”.ujar Eiya.Caid pula tersenyum.Erghh..suka sangat senyum.Gigit karang baru tau.Aummm..


Erm..jom kita pergi MPH Bookstore nak tak ?”.Caid mengajak dan terus Caid menggapai tangan isterinya lalu mengenggam dengan kuat bagai tidak mahu dilepaskan.Eiya membiarkan sahaja.Terasa bahagia, walaupun tadi dia sudah melihat suaminya sedang mengintip minah perasan lawa tu.Tapi, dia yakin yang suaminya setia padanya.


Okey”. Eiya mengangguk.


Sepanjang perjalanan mereka melalui beberapa buah kedai, Caid ashik bercerita itu dan ini.Eiya tekun mendengar.Aduhaiii..bahagianya, kalau setiap hari macam ni.


Abang nak beli buku apa?”Sengaja Eiya bertanya.


Buku cara-cara mahu menjadi suami dan ayah yang solehah”.Matanya tepat memandang wajah Eiya.Eiya hanya tersnyum mendengar.


Aminn..bagi Eiya, abang dah cukup baik dan sempurna”.Eiya mendepakan tangan untuk memberitahu betapa sempurna suaminya itu.
Caid menggeleng. “Tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ALLAH ini.Abang Cuma manusia biasa”. Terus tangan Eiya di jatuhkan.Bangga rasanya mempunyai suami seperti dia.


Kita dah sampai ke kedai buku MPH ! Jom kita serbu.Abang belanja yek ?”.Eiya menggedipkan mata sambil buat aksi comel.Caid mencubit geram pipi tembam Eiya.


 “Okey sayang”.Terus tangan Eiya ditarik masuk ke dalam MPH bookstore.Eiya menurut tanpa membantah.YA ALLAH, semoga perkahwinan kami ini tidak dikacau oleh sesiapa.Aminn..
…………..
Amacam…dah dapat bukti ?” Jo terus bertanya apabila talian dapat disambungkan


Baru dapat 2-3 bukti je.Kau tau tak tadi, waktu aku tengah spy Hamidah tu.Aku terjumpa dengan isteri aku.Terkejut beruk aku waktu tu”.Caid berkata dengan nada suara yang agak semput kerana dia tadi terus berlari keluar dari MPH bookstore itu apabila mendapat panggilan daripada Jo.


Abis tu apa jadi ? Kantoi ke dengan isteri kau ?”. Jo pula yang menggelabah.Risau rahsia mereka akan terbongkar.


Tak.Nasib baik aku cepat coverline.Kalau tak memang naya”. Jo dapat mendengar Caid bercakap secara tersekat-sekat.Semput sangatlah tu.


Eh, Jo.Nanti aku call kau balik.Isteri aku datang ni.Assalammualaikum”.Caid terus mematikan talian.


Siapa call ?”. Terus Eiya bertanya apabila sampai di sisi suaminya


Kawan abang yang call”. Caid menjawab dengan nada yang tenang.Tenang sehabis mungkin Caid.Jangan gelabah.Nanti kantoi.


Owh…”.Tiba-tiba Eiya menggembungkan pipinya yang memang tembam.Jadi semakin tembam dibuatnya.Caid terus mencubit pipi isterinya.


Geramnya tengok pipi sayang ni.Tembam sangat”.Caid masih mencubit serasa tidak mahu dilepaskan pipi isterinya itu.


Eiya hanya mencebik.Tidak menepis atau marah.Tapi perasaan bahagia yang semakin menggebu di dalam hati.