::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si pengintip 1


BAB 1


Aku melekapkan telinga di pintu bilik suamiku yang berada di tingkat bawah tanah.Suami aku sudah memberi amaran.Jangan masuk ke dalam biliknya di bawah tanah itu.Kerana bilik itu merupakan bilik kerjanya.Aku hanya mengangguk.Tapi di dalam hati, ingin sahaja aku merempuh bilik bawah tanah itu.Geram betul.Aku pun nak tahu jugak, apa yang disimpannya kat dalam bilik bawah tanah tu.


Erm, okey.Nanti saya ke sana sekarang”.Aku dapat mendengar sayup-sayup suara suamiku yang mungkin sedang bercakap di dalam telefon.Hish, nak pergi mana malam-malam buta ni.Merayap je kerjanya.Aku terus naik ke tingkat atas.Risau dia marah aku sebab cuba untuk mengintipnya di bilik bawah tanah.


Aku duduk di atas sofa dekat ruang tamu.Aku buat-buat membaca majalah wanita.Aku dapat mendengar tapak kaki suamiku yang ingin menghampiri ruang tamu.


Sayang…abang nak pergi kerja kejap tau.Jangan tunggu abang balik.Mungkin abang balik dalam pukul 2 pagi macam tu kot”.Terus suamiku mencium dahi dan pipiku.Aku beriak selamba.


Abang, kan dah tengah malam dah ni.Abang kerja apa sebenarnya? Sampai tengah malam abang kerja.” Aku rasa melahirkan tidak puas hati.Sudah 6 bulan aku berkahwin dengannya.Tapi, sampai sekarang aku maish lagi tidak tahu tentang pekerjaannya.


Hahaha, okeylah sayang.Abang pergi dulu”.Terus dia berlalu menuju ke pintu rumah tanpa menjawab soalanku.Haih, dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Kalau aku tanya, cubalah jawab.Huhhhh…Aku mengeluh kasar.
……………
Malam ni ada job apa pulak?” Syaheed atau lebih suka digelari Caid berkata sambil melabuhkan punggung di atas kerusi besi.


Malam ni kau kena mengintip seorang perempuan kaya yang baru sahaja kehilangan suami.Menurut seorang lelaki.Perempuan tu yang bunuh suami dia sebab nakkan harta suami dia tu.Alah, lebih kurang macam kerja polis sikit.Tapi takdelah adegan tembak-tembak tu.Kau just siasat je.Betul ke dia yang bunuh suami dia.Boleh kann”. Jo memberi arahan sambil menggedip-gedipkan mata.


Hish, tapi apasal kau suruh waktu malam-malam macam ni pulak.Aku takut isteri aku curiga dengan aku.Sebab aku selalu keluar waktu tengah malam.Tadi pun isteri aku dah tanya soalan yang boleh buat jantung aku nak terkeluar.Lain kali, aku taknak job waktu malam”. Tu dia…Panjang betul Caid ni membebel.Lebih kurang macam mak nenek.Jo hanya memekakkan telinga.Malas mahu mendengar.


Hish kau ni.Job waktu malamlah best.Baru advanture sikit.Ashik-ashik waktu matahari tegak atas kepala kita kerja.Lagipun, lelaki tu cakap yang perempuan kaya ni suka keluar rumah waktu malam.Jadi, kau bolehlah mengintip rumah dia dulu.Lepastu baru kau mengintip tentang perempuan tu”.Caid hanya menganggukkan kepala tanda faham padahal dalam kepala ashik teringatkan tentang isteri yang comel dan bantal peluk.Aduhaii..melepas lagi malam ni.Baru nak bermanja dengan isteri.Nasib…nasib.


Ehh, kau ni.Takkanlah aku nak main ceroboh je rumah perempuan tu.Nanti kena tangkap karang.Tak ke naya”.Caid melafazkan rasa gusar.Jo pula hanya ketawa.Aku buat lawak ke? Rasanya tak.


Kau ni kelakarlah Caid.Mestilah kita kene ceroboh rumah perempuan tu.Bab kena tangkap tu, kau jangan risau.Aku gerenti yang kita takkan tertangkap punya.Lagipun polis dah bekerjasama dengan kita.Lagipun, lelaki yang aku cakap tadi tu sebenarnya tukang kebun rumah perempuan tu.Dia yang suruh kita siasat”. Jo menerangkan dengan tawa yang ditahan-tahan.Caid menahan geram.


Okeylah.Aku nak bla dulu.Bagi alamat perempuan tu.Aku nak pergi mengintip sekarang”.Caid menghulurkan tangan meminta alamat rumah perempuan kaya itu.


Kejap, aku mesej kau alamat rumah dia.Ermm..okey SEND!”.Caid melihat skrin telefon bimbitnya apabila terdengar bunyi Bip! Menandakan ada mesej baru masuk.


Erm..27,persiaran raja 2/2, Taman kerabat Diraja.Macam kenal je alamat rumah ni.Ehh, ni bukan alamat rumah aku ke? Takkanlah kau nak suruh aku mengintip isteri aku kot.Aku belum mati lagilah wehh.Isteri aku masih ada suami lar”.Sikit aja lagi Caid ingin menghempas telefon bimbitnya.


Eh, silap-silap.Soriii.Terbagi alamat rumah kau pulak.Okey, ni yang betul punya.Nah..SEND!”. Sekali lagi bunyi Bip Kedengaran di telefon bimbit Caid.Caid terus memeriksa mesej alamat rumah tersebut.


28,persiaran raja 2/2, Taman kerabat Diraja.Erm..macam lebih kurang sama je macam alamat tadi.Ehh, kejap-kejap.Takkanlah..


Weh, ni jiran rumah akulah.Takkanlah kau nak suruh aku siasat tentang jiran aku kot”.Caid mengangkat kening.


Jiran kau ke? Lagi bagus.Senang ah kerja kau.Dekat dengan rumah kau je”. Jo gelak terbahak-bahak.Ni yang aku tak paham tentang perangai Jo ni.Aku tak buat lawak pun dia boleh gelak.


Kepala bapak kau! Lagi seksa kau tau tak.Macam mana kalau isteri aku perasan nanti.Dah lah sebelah rumah aku .Aku nak tolak lah job ni.Aku taknak ambil sebarang risiko”. Caid menghempaskan telefon bimbitnya.


Weh, mana boleh macam tu.Pihak polis memang perlukan bantuan kau sekarang ni.Bolehlah ye.Aku yakin yang isteri kau sekarang ni dah tidur.Pleaseeee”. Jo buat muka mintak terajang.Caid mengeluh perlahan lalu mengangguk.Terpaksalah buat.


Sayang…abang mintak maaf ye.Abang takkan pernah curang dengan sayang.Abang Cuma buat job abang je.Caid menggumam di dalam hati.
………….
Hahih, dah nak dekat pukul 1 pagi dah ni.Lambatnya suami aku balik.Walaupun suami aku suruh tak payah tunggu dia.Tapi, sebagai calon isteri mithali, aku kena tunggu jugak.Cewahhh.


Aku berdiri di beranda.Sejuknya angin malam.Aku membetulkan sedikit rambutku yang sudah ditiup angin.Oh, lupa pulak.Nama Aku Nadiah.Umurku adalah rahsia.Hehehe..


Sedang aku ashik menikmati angin malam tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu pagar yang sudah berlaga dengan kunci mangga.Aku melihat di kawasan pagar rumahku.Tetapi tiada sesiapa.Aku cuba menoleh pula melihat ke arah rumah jiranku.


Gulp! Siapa lelaki tu? Bentuk badan macam kenal.Tapi…siapa yek? Aku mengetuk dahiku sendiri.Aku terus turun kebawah lalu membuka langsir tingkap.Aku tidaklah bukak langsir tingkap tu besar-besar.Bukak sampai boleh nampak bayang orang tu je.


Ehh..macam laki aku je.Tapi takkanlah.Laki aku kan pergi kerja.Macam mana boleh tersesat masuk rumah jiran sebelah ni.Hish, ni yang musykil ni.Aduihhh sakit kepala kalau macam ni.


Aku masuk kedalam rumah sambil memicitkan kepala yang sudah pening-pening lalat.Aku mengambil minyak cap kapak di dalam kabinet.Aku menyapukan sedikit minyak cap kapak itu ke dahi aku.


Aku kene mula siasat tentang perkara ni.Haish, aku taknak bermadu.Ya ALLAH kau perliharalah perkahwinan kami ini.Aminnn.Aku naik ke bilik ku di tingkat dua.Aku baring di atas katil dan memicitkan kepala.Tiba-tiba aku terasa mual.Dengan pantas aku berlari masuk ke dalam bilik air dan memuntahkan segala isi perut.


Apa tak kena dengan aku ni? Mual lain macam.Erk..jangan-jangan.
…………
Hish, takde apa-apa pun kat dalam rumah tu.Takdelah kaya sangat.Biasa-biasa je.Yang Jo tu cerita lebih-lebih pasal apa.Padahal, rumah perempuan tu macam rumah aku je”. Caid membebel sendiri.
Caid mengeluarkan telefon bimbitnya yang sudah hampir berkecai gara-gara dia mengehempas telefon itu tadi.Caid mencari-cari nama isterinya.Ha, jumpa pun.Sayangku comel.Nama untuk nombor isterinya.Caid terus mendail nombor tersebut.


Tuutt…tuut…tuut…Nombor yang anda dial, tiada dalam perkhidmatan.Sila dail sekali lagi.Suara operator telefon pula yang menjawab.Haih, sayangku comel dah tidur kot.Huwaaa..nak balik rumah jugaklah.Nak tidur.


Caid membuka langkah untuk balik kerumahnya yang hanya berada di sebelah rumah perempuan kaya itu.Atau nama sebenar perempuan kaya itu adalah Hamidah.


Dengan perlahan Caid membuka pintu gril.Caid naik ke biliknya di tingkat atas.Caid melihat isterinya sedang tidur.Berkerut-kerut dah isterinya waktu tidur.Oh, comelnya.Caid mencium pipi dan dahi isterinya sebelum berlalu ke bilik air untuk membasuh kaki dan memberus gigi.
……………
Aku membuka perlahan mataku. Apabila aku terasa ada orang mencium dahiku.Kepalaku mula terasa pening.Esok, aku bercadang mahu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan dengan doctor.Mungkin disebabkan pembawakan budak ? Mintak-mintaklah aku pening sebab aku dah nak jadi mama.Aminnn…


Sayang, dah bangun dah dia.Sorilah sebab abang terkejutkan sayang”. Aku terkedu.Eh, bila masa pulak suami aku ni balik dari kerja ? Sekarang ni baru pukul 1.20 pagi.Tak sampai pukul 2 pagi lagi.


Erm..tak ape.Bile abang balik ? Cakap balik pukul 2 lebih” Aku menenyeh mataku yang sudah semakin berat kerana terlalu mengantuk.


Abang dapat balik kerja awal harini.Sayang tidurlah dulu.Abang nak pergi tengok TV kejap”. Caid membetulkan kain pelekatnya yang berbentuk kotak-kotak berwarna biru tua.


Erm…takpelah.Biar Eiya teman abang tengok TV.Kesian abang.Kena tengok sorang-sorang”. Aku bangun dari tidurku lalu terus menarik tangan suamiku menuju ke tingkat bawah.


Eh..eh.Takpelah.Abang tengok sorang pun boleh”. Caid menolak.


Abangg…biarlah Eiya temankan abang.Lagipun kesian abang, baru balik kerja”. Entah mengapa hari ini aku ingin bermanja dengan suamiku.Selalunya, kalau suamiku balik dari kerja pada waktu lewat malam, aku sudah tidur dan tak akan bangun sampailah jam tepat pukul 6 pagi.


Peliknya dengan perangai sayang harini.Ada apa-apa ke nak bagitau abang”.Caid serkap jarang.Aku terus menggeleng.Aku layan dia hari ini memang ikhlas dari hatiku.Aku tak tau kenapa.Aku dah buang tabiat agaknya ? Err..


Abang duduk kat sini dulu, Eiya nak pergi buat air.Abang nak air apa ?” Aku bertanya.Manalah tahu tiba-tiba nak minum air pelik-pelik pulak ke.


Susu” sepatah ayat sahaja jawapannya.Tapi, bukan ke sebelum ni dia tak suka susu ?


Erk, cakaplah betul-betul.Eiya nak pergi buat air ni”.Aku bertanya sekali lagi.Manalah tau, waktu tu dia tengah mamai lepastu tercakap susu.


Abang nak susulah sayang oii”.Kali ini dia menjerit sedikit.Aku menggarukan kepalaku sambil mengangguk.


Aku melangkah ke dapur dan mengambil gelas kosong.Aku mengambil pula bekas susu jenama Everyday.Aku meletakkan 3 sudu serbuk susu dan air panas ke dalam gelas lalu mengacaunya.


Aku membawa segelas susu yang panas ke ruang tamu.Aku melihat suamiku sedang ralit membaca majalah.

Abang.,,,nah air”.Aku menghulurkan segelas susu itu kepadanya.Dia menyambut huluran ku lalu menghirup sedikit susu itu.Tapi selepas 10 saat…

Ahh, panasss.Panassnya sayang.Kenapa tak bubuh ketul ais.Huhh, panasss”. Dia mengipas-ngipaskan lidahnya yang sudah lebur disebabkan susu panas tadi.Aku hanya tergelak.Aduhaii..loading betul suami aku ni.Dah lepas 10 saat baru rasa panas.

Err, abang…esok boleh teman Eiya pergi check up kat hospital tak ?”.

Eh, buat ape pergi hospital ?! Sayang sakit ape ?”. Kalut benar dia.Seronoknya kalau dia ambil berat macam ni.

Takk…Eiya nak pergi check, Eiya ni mengandung ke tak.Sebab macam dah ada tanda-tanda je”.Sengaja aku membuat suara selamba.Aku menjeling sedikit ke arah wajahnya.Ingin melihat reaksinya.

Sayang dah ada tanda-tanda ke ? Okey, esok pagi kita pergi check.Abang dah tak sabar nak dapat baby.Yeehaaaa”.Dia melompat diatas sofa.Aku pula hanya menggeleng melihat telatah suamiku.Macam budak-budak