D'Owner! My Mood
Jejak kaki sini wehhh I Love them!
| Cerpen :Dia Hero, Aku Heroin
Nizwan
sudah beberapa kali cuba melepaskan diri daripada gudang usang yang
berada di tengah hutan ini.Setiap kali dia cuba melepaskan diri pasti
ada saja halangan.Nizwan sudah 3 hari diculik oleh beberapa orang
penjahat yang menggelarkan diri mereka sebagai The Crow.
Nizwan
bersandar di dinding kerana terlalu penat untuk memikirkan tentang
nasib dirinya.Dia diculik sewaktu balik dari tempat kerja.Entah,
macam mana ada sebatang kayu menghempap kepalanya.Sedar-sedar, dia
sudah berada di sebuah gudang usang ini.
Kedua
belah tangan dan kaki Nizwan telah di ikat.Nizwan tidak mampu untuk
bergerak.Dia sudah terlalu letih untuk bergerak.Mata Nizwan makin
lama makin kuyu.Hampir sahaja matanya hendak dipejamkan, pintu gudang
tersebut dirempuh.Nizwan tersentak.
Nizwan
melihat konco-konco penjahat sudah masuk ke dalam gudang.Salah
seorang daripada mereka ataupun dipanggil sebagai Jackie mencempung
seorang perempuan yang Nizwan agak sudah pengsan.Jackie meletakkan
perempuan tersebut di sebelah Nizwan dan mengikat kedua belah kaki
dan tangan perempuan itu.Mulut perempuan itu telah ditampal dengan
pita pelekat berwarna hitam.
Nizwan
menoleh sekilas ke arah perempuan yang ayu bertudung.Tapi tudungnya
nampak tidak kemas.Nizwan berasa simpati.Diri sendiri pun tak selamat
lagi, ada hati nak simpati kat orang lain.Aduhai..fikir tentang
keadaan diri kau dulu Nizwan.
Selepas
semua konco-konco The Crow keluar dari gudang, Nizwan akhirnya
terlelap.Lama juga dia tertidur, sehinggalah dia terdengar suara
esakan perempuan.Nizwan membuka matanya perlahan.Matanya masih kabur
lagi kerana pening.
Ehh..apsal,
ada bunyi suara perempuan ni ? Bukan aku sorang je ke yang ada kat
dalam gudang.Eee..seramnya.Nizwan masih lagi mamai ataupun boleh
dipanggil nyanyuk.Takkanlah tak ingat kat perempuan yang baru kena
culik tadi.Hadoyai...Wan..Wan..
Esakan
perempuan semakin kuat.Nizwan membuka matanya.Baru nampak
jelas.Tidaklah kabur seperti tadi.Nizwan menoleh ke sebelah
kiri.Emm..takde sapa-sapa pun.Nizwan menoleh pula kesebelah kanan.
“Arghhhhhhh”.Nizwan
menjerit kerana terekejut.Terkejut melihat ada perempuan di
sebelahnya.Nizwan..Nizwan..memang kau ni dah nyanyuk agaknya.
Gadis
itu memandang Nizwan tanpa berkelip.Nizwan menarik nafas dalam-dalam
sebelum menghembuskannya.Nizwan memandang semula wajah perempuan
yang agak serabai itu.Tudungnya sudah macam bukan tudung lagi.Dah
tercarik sana-sini.Sedikit sebanyak otak Nizwan mula memproses.
“Mmm..mmmm…mmm”.Gadis
itu ingin mengatakan sesuatu, tetapi di sebabkan mulutnya telah
ditampal dengan pita pelekat, susah untuk Nizwan faham apa yang cuba
disampaikan oleh gadis itu.
“Apa
bende yang awak cakap ? Mmm..mmm..mmm..abende ? Satu apa pun saya tak
paham”.Nizwan sudah mula membebel.Gadis itu mengeluh
perlahan.Selepas itu, gadis tersebut menyuakan mulutnya ke arah
Nizwan.Menyuruh Nizwan membuka pita pelekat yang melekat di mulutnya.
Nizwan
yang agak keliru mengangkat kening.Apa kena perempuan ni ? Sua-sua
mulut dia pulak.Ingat aku nak sangat cium mulut dia.Pigidahhhh.
Gadis
itu menggeselkan lengannya dengan lengan lelaki disebelahnya
,menyuruh lelaki itu membuka pita pelekat
dimulutnya.Memandangkan tangan mereka telah diikat di belakang, jadi
semakin susah untuk mereka bergerak.
Nizwan
menjauhkan jaraknya dengan jarak gadis disebelahnya.Ya ALLAH,
miangnya perempuan ni.Nak gesel-gesel pulak.Ingat aku akan tergoda ke
? Iman aku masih kuat lagi ye.Lelaki sejati gitu.
Gadis
itu sudah sakit kepala mahu meminta tolong dari Nizwan.Dia Cuma ada
satu cara sahaja.Gadis itu membaringkan dirinya lalu mengesot menuju
ke arah tiang kayu yang terdapat banyak paku.Gadis itu mencucukkan
pita pelekat itu menembusi paku dengan berhati-hati.Dan akhirnya
barulah pita pelekat itu Berjaya ditanggalkan.Selepas itu, gadis itu
menjeling Nizwan tajam.
“Saya
masih ada maruah.Saya bukan sengaja nak bergesel dengan awak.Saya
Cuma nak mintak tolong awak tanggalkan pita pelekat kat mulut
saya.Itu aja”.Nizwan terkedu seketika apabila melihat seluruh wajah
gadis dihadapannya.Tadi muka gadis itu tidak berapa nampak
keseluruhannya disebabkan pita pelekat yang berada di mulut gadis
itu.
“Nama
awak apa ek?” Gadis itu bertanya,
“Nasran
Nizwan”.Nizwan menjawab secara automatik.Mulutnya bagai sudah di
control.
“Ooo..Nama
saya Aimy Marissa.Just called me Aimy”.Aimy tersenyum.Jelas senyuma
Aimy hambar.Mungkin di sebabkan masih lagi trauma dengan keadaan
seperti ini.Nizwan membalas senyuman Aimy.
Tiba-tiba
terdengar bunyi pintu gudang yang terbukak dari luar.Aimy dan Nizwan
memandang pintu gudang yang agak usang itu.
Jackie
dan Rockie masuk kedalam gudang tersebut dan duduk di atas kerusi
besi yang memang sudah tersedia ada di dalam gudang.
Jackie
bangun dari duduknya lalu mendekati Aimy.Aimy mengesot ke belakang
kerana takut.Jackie menarik lengan Aimy, menyuruh Aimy berdiri.Aimy
menurut.Matanya sudah bergenang dengan air mata.
Nizwan
ingin melawan, tapi dirinya tidak mampu disebabkan tangannya yang
sudah di ikat.Jackie menarik Aimy supaya mengikutnya keluar.Aimy
meronta tidak mahu.Pipinya sudah basah dengan air mata.
“Jangan
melawan boleh tak? Ikut aku sekarang !” Begitu keras suara Jackie.
“Apa
yang kau nak hah? Aku takde duit nak bagi koranglah!”.Aimy
menjerit.Jelas wajah Jackie menahan geram.
“Rockie.Tolong
aku, seret perempuan ni !” Jackie memanggil Rockie yang sedang
memerhatikan mereka.
“Korang
jangan apa-apa kan dia !” Rockie dan Jackie mengalihkan pandangan
ke arah Nizwan.Mereka tersenyum sinis.
“Heh,
kau nak berlagak jadi hero lah ni.Silakan..Aku nak tengok macam mana
kau dapat selamatkan dia”.Jackie melepaskan Aimy.Aimy rebah kerana
tidak dapat mengawal keseimbangan badan.
Nizwan
memandang Aimy yang sudah terkulai layu di atas lantai simen yang
agak kotor.Aimy cuba untuk bangun tapi tidak boleh disebabkan
tangannya yang terikat.
“Apa
lagi ? Tolong ah dia ! Tadi kau nak berlagak jadi hero kan ? Aku dah
bagi kau jadi hero, kau taknak pulak.Huh !”.Jackie mencempung Aimy
keluar dari gudang using itu.Aimy tidak dapat melawan kerana badannya
dicempung kuat oleh tangan sasa Jackie.Rockie mengekori Jackie dari
belakang.Nizwan pula hanya dapat melihat mereka berlalu.Terus tiang
yang berada di sebelahnya ditendang.
“Shit”. Habis
perkataan itu di sebutnya.
……………
Hampir
5 jam Nizwan menunggu kelibat Aimy dan Jackie.Tapi masih tidak
muncul-muncul.Nizwan mengeluh kasar.Tangannya sudah kebas.Kakinya
juga sama.Nizwan cuba mencari kaca.Tapi tidak jumpa.Bukan dia tidak
mahu menggunakan paku, tapi dia sudah cuba waktu hari pertama dia
diculik.Paku itu tidak dapat memutuskan tali yang terikat di
tangannya.
Nizwan
termenung sebentar.Tiba-tiba pintu gudang terbuka.Cepat-cepat Nizwan
mengalihkan matanya untuk memandang pintu gudang tersebut.Kelihatan
Aimy dan Rockie masuk ke dalam gudang.Rockie mendukung Aimy
menggunakan bahunya, lalu dilemparkan Aimy di atas simen kotor.Berang
Nizwan melihatnya.
“Haish
! Tak laku betul perempuan ni, tak guna !” Nizwan mendengar Rockie
membebel sendirian sambil menumbuk meja kayu yang terdapat disitu.
Tak
laku ? Maksudnya, Aimy nak kena jual ? Bangsat betul diorang ni !
Sekali lagi perkataan kotor keluar dari mulut Nizwan.
Selepas
sahaja Rockie keluar dari gudang, Nizwan terus mengesot mendekati
Aimy.Sampai sahaja di sisi Aimy, Nizwan terus menggerakkan tubuh Aimy
menggunakan lengannya.Wajah Aimy tampak pucat.Matanya sedikit sembap
dan terdapat kesan lebam di pipi kanan Aimy.Mesti kena tampar dengan
konco The Crow.Tudung Aimy pula masih lagi tersarung di atas
kepala.Tapi tudungnya memang terlalu serabut.Ada rambut halus
terkeluar sedikit dari celah tudung.
Aimy
membuka matanya sedikit.Apabila melihat wajah Nizwan di hadapannya
terus dia menangis tersedu sedan.Makin lama makin kuat
tangisannya.Nizwan hanya memandang belas.
“Saya
nak keluar dari sini.Saya nak keluar dari sini ! Mereka ingat saya
takda maruah.Mereka ingat maruah saya boleh dijual beli ? Saya benci
diorang ! Benciiiii !” Aimy meluahkan perasaanya kepada Nizwan
sambil menangis.
Nizwan
memandang sayu.Dia mengeluh perlahan. “ Kita pasti boleh keluar
dari sini.Saya pasti akan tolong awak”. Lembut suara Nizwan
memujuk.
Aimy
mendongak untuk memandang wajah Nizwan.Tapi wajah Nizwan tidak berapa
jelas.Nampak samar-samar disebabkan cahaya matahari yang memancar di
tingkap belakang.Eh, tingkap ? Tingkap buat daripada kaca.So..mesti
dapat putuskan ikatan ni.Aimy tersenyum sendiri.
“Betul
ke awak nak tolong saya?” Aimy bertanya.Nizwan mengangguk.Aimy
tersenyum meleret.Ada maskud disebalik senyumannya itu.
“Awak
nampak tak tingkap kat belakang awak tu ?”Aimy memuncungkan
mulutnya ke arah tingkap.Nizwan menoleh kebelakang.Selepas itu, dia
memandang Aimy semula.
“Nampak.Kenapa?”
Nizwan mengangkat kening.
“Tolong
pecahkan tingkap tu”.Selamba sahaja Aimy menyuruh.Nizwan sudah
membeliakkan biji mata.
“Gila
!” Nizwan bertempik.
“Tolonglah.Rockie
dengan Jackie dah keluar.Waktu ni je kita boleh pecahkan tingkap
tu”.Aimy merayu.
“Tapi,
konco dia masih ada kat luar kan?” Nizwan masih lagi tidak mahu
mengalah.
“Konco
tu kerja part time je.Diorang pun ada anak bini nak kena jaga
kat rumah tu”.Terang Aimy lagi.Nizwan berfikir sejenak.Konco-konco
tu kerja part time je ? Patutlah, jarang nampak diorang kat gudang
ni.
“Mana
awak tahu yang konco tu kerja part time je ?” Nizwan bertanya.
“Tadi
waktu kat dalam kereta, diorang cakap yang diorang nak balik sebab
bini diorang dah bising sebab balik lambat” ujar Aimy seraya
ketawa perlahan.Nizwan mengangguk faham.
“Okey.Tapi
awak boleh tak tolong bukak kan ikatan kaki saya ni?” Nizwan
meminta tolong.Aimy mengangguk.Kalau nak bukak ikatan tangan tu susah
sikit.Sebab ikatan tangan tu lagi kuat dan ketat.Lepastu,ikatan tu
dia buat simpul mati .
Aimy
membelakangkan badannya, dan tangannya terus mencari kaki
Nizwan.Selepas dapat mencapai kaki Nizwan, terus Aimy membuka ikatan
yang agak ketat itu.
Selepas
Berjaya membuka ikatan, Nizwan bangun dari duduknya dengan susah
payah.Dia berjalan menuju ke tingkap.Dengan bacaan bismillah,
Nizwan menendang cermin tingkap tersebut.Habis cermin tingkap itu
pecah.Nizwan bertinggung kerana hendak mencapai kaca yang sudah
berselerakan di atas lantai.
Nizwan
membawa serpihan kaca itu menuju ke arah Aimy.Nizwan duduk di sebelah
Aimy lalu cuba memotong ikatan tali tangannya dahulu.Hampir 10 minit,
barulah ikatan tali itu terputus.Nizwan mengucap syukur.Entah macam
mana, dengan kedatangan Aimy, terus segala urusannya menjadi
senang.Selalunya kalau nak bukak ikatan tali tu pun mengambil masa
selama beberapa jam.
Nizwan bergerak menuju ke arah Aimy, lalu cuba untuk membuka ikatan Aimy pula.
“Okey,
dah dapat bukak ?”Aimy bertanya.
“Belum.Sekejap”.Nizwan
cuba membuka lagi.Tapi, ikatan Aimy itu terlalu ketat dan bersimpul
mati.Ikatan tali itu sangat tebal.
Tiba-tiba
mereka terdengar bunyi enjin kereta.Muka Aimy dan Nizwan pucat.Nizwan
cuba membuka ikatan itu lagi.Masih tidak mahu.
“Awak
pergi je.Biar saya duduk kat sini.Nanti awak boleh call polis”.
Aimy memberikan cadangan.Terus Nizwan menggeleng.
“Awak
sekarang ni dibawah tanggungjawab saya,Saya takkan biarkan awak kat
sini sorang-sorang”. Ujar Nizwan ikhlas.Aimy berasa terharu.Terus
dia menundukkan mukanya.
Nizwan
terdengar bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah pintu.Nizwan tidak
membuang masa.Terus Nizwan mencempung Aimy dan berlari meuju ke arah
cermin tingkap yang pecah tadi.
Aimy
terkedu.Jantungnya berasa berdebar-debar.Nizwan melangkah tigkap
tersebut.Belum sempat dia mahu melarikan diri, terdengar jeritan
Jackie.
“Woi
! Jangan Lari”. Jackie dan Rockie berlari menghampiri mereka
berdua.Nizwan terus membuka langkah seribu masuk ke dalam hutan yang
berada di belakang gudang..Aimy menoleh sedikit ke belakang.Ternyata
Rockie dan Jackie masih mengejar mereka.Aimy memandang pula muka
Nizwan.Muka Nizwan nampak mengah dan pucat.Mesti keletihan sebab
mencempung dirinya.Tadi rasanya kaki Nizwan ada sedikit luka, mungkin
luka sewaktu ingin menendang tingkap.
“Awak,
awak letak jelah saya kat sini.Diorang masih kejar kita.Awak dah tak
larat tu.Keselamatan diri awak tu lagi penting” Suara Aimy
lirih.Bukan disebabkan, dia menyuruh Nizwan meninggalkannya
disitu.Tapi, di sebabkan ia berasa begitu terharu.Terharu kerana
Nizwan sanggup menyelamatkan dirinya.
“Saya
dah cakap dah tadi.Jadi, saya taknak ulang ayat tu dua kali” Suara
Nizwan tersekat-sekat sedang menahan nafas.
“Aku
kata jangan lari woii.Jahanam betul !” Suara Jackie kedengaran
lagi.Kali ni begitu kuat.Sehingga bergema seluruh hutan.Lagi laju
larian yang dibuat Nizwan.Nizwan menghela nafas lega apabila ia
ternampak jalan raya di hadapannya.
“Aimy,
kita akan selamat”.Nizwan bersuara perlahan tapi masih lagi
dapat didengari oleh telinga Aimy.
“Ye,
kita pasti akan selamat”.Pipi Aimy tiba-tiba terasa panas.Air
matanya sudah mula turun.
Sampai
sahaja di kawasan jalan raya, nasib mereka memang bertuah disebabkan
ada dua polis trafik sedang cuba menyaman seorang pemandu
kereta.
Belum
sempat Nizwan melangkah ke arah polis trafik itu, bunyi tembakan
bergema.Nizwan tersungkur jatuh.Aimy turut terjatuh.Polis trafik dan
pemandu kereta tadi terkejut.
“Haha,
aku dah cakap jangan lari.Inilah akibatnya.Hahahah”.Jackie dan
Rockie tersenyum puas.Mereka mendekati Nizwan yang sudah
terbaring.Mereka tidak nampak akan kelibat dua orang polis
trafik tersebut.
Polis
trafik terus bertindak dengan menyiku leher Rockie dan
Jackie.Kebetulan polis trafik itu berada di belakang mereka.Jackie
dan Rockie pengsan akibat perlakuan dua orang polis trafik
tersebut.Jackie dan Rockie terus di gari dan dibawa masuk ke dalam
kereta polis.
Pemandu
kereta atau dipanggil sebagai Imran membuka ikatan tali Aimy.Selepas
ikatan dibuka, Aimy berlari menuju ke arah Nizwan.Nizwan ditembak di
bahagian bahu.Luka itu nampak macam dalam.
“Nizwan,
bangun.Bangun.Awak mesti kuat”.Aimy menggoncangkan tubuh
Nizwan.Tapi tiada reaksi daripada Nizwan.
“Kita
kena hantar ke hospital sekarang !” Arah seorang polis trafik atau
nama dekat tag nama dia ialah Azril.
“Azril,
jom angkat dia.Kita bawa dia pergi ke hospital” ujar seorang lagi
polis trafik a.k.a azim.
Azril
dan Azim mengangkat tubuh Nizwan ke dalam kereta Azril.Manakala
kereta Azim telah dipenuhi oleh Jockie dan Rackie yang sedang
pengsan.
Aimy
berdoa di dalam hati.Ya ALLAH, selamatkan dia, sebagaimana dia telah
menyelamatkan nyawaku.Amin…
………….
Sesampai
sahaja di hospital, Nizwan dimasukkan ke bilik pembedahan di sebabkan
peluru itu terlalu dalam dan pembedahan harus dibuat segera.
Pihak
Polis cuba menelefon keluarga Nizwan.Hampir setengah jam baru dapat
mencari nombor telefon keluarga Nizwan.Saat itu, hati Aimy hanya
merisaukan tentang keadaan Nizwan.
Selepas
mendapat keterangan daripada Aimy tentang apa yang berlaku, pihak
polis terus balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Aimy
menelefon Fatihah, iaitu sahabat baiknya tentang keadaan dirinya.Aimy
hanya tiggal bersama dengan Fatihah kerana Aimy seorang anak yatim
piatu.
……………
Keluarga
Nizwan datang ke hospital setengah jam kemudian.Ibu Nizwan ters
menghampiri Aimy sambil menangis.
“Macam
mana dengan keadaan dia?” Tanya ibu Nizwan.
“Saya
tak tahu mak cik.Tapi, doktor cakap peluru tu terlalu dalam dan
pembedahan harus dilakukan segera”.Terang Aimy.Ibu Nizwan terus
terduduk di kerusi berdekatan.Keluarga Nizwan cuba menenangkan ibu
Nizwan.
“Ana,
sabar Ana.Nizwan pasti selamat.Abang yakin” Pak cik Nizam cuba
memujuk.
“Tapi
kalau tak selamat ?” Mak cik Ana masih menangis.
“Astraghfirullahalazim,
kita kena banyak berdoa supaya Nizwan selamat” Pujuk pak cik Nizam
lagi.Mak cik Ana hanya mengangguk.Dia turut terkejut apabila mendapat
berita daripada pihak polis tentang anaknya yang hilang sekarang
berada di hospital.Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaanya ketika
itu.
Aimy
memandang sayu ke arah pasangan warga emas itu.
…...…………..
Selepas
4 jam.Baru bilik pembedahan dibuka.Aimy, mak cik Ana dan Pak cik
Nizam terus meluru ke arah doktor Amer.
“Anak
saya selamat ke ?”Mak cik Ana bertanya.
Doktor
Amer memandang kesemua wajah yang berada di hadapannya.Apabila doktor
Amer memandang ke wajah Aimy, doktor Amer terus tersenyum.Doktor Amer
tiba-tiba teringat perbualan antara dia dengan Nizwan sewaktu sebelum
pembedahan.
………………..
“Cepat
! Kita kena lakukan pembedahan dengan segera”.Doktor Amer
mengarahkan semua nurse yang terlibat dalam melakukan operasi
pembedahan.
“Dok..tor..”.
Doktor
Amer terus mengalihkan pandangannya kepada wajah Nizwan yang
pucat lesi tidak berdarah.
“Awak
dah sedar ? Pembedahan pun tak buat lagi.Kuat betul semangat awak.”
Sempat Lagi Doktor Amer berseloroh.
Nizwan
hanya mampu tersenyum kecil.
“Doktor…kalau
nyawa saya dah tak panjang…boleh tak doktor tolong bagitau sesuatu
kat perempuan tudung dia warna krim tu?” Nizwan meminta
tolong dengan suara yang tersekat-sekat.
“Bagitau
ape ?” Tanya doktor Amer.
“Bagitau,
saya suka kat dia”.Selepas mengucapkan tiga perkataan itu, terus
sahaja Nizwan pengsan.Macam
dalam filem pulak.
“Baiklah”.ujar
doktor Amer perlahan.Dah cukup semua peralatan, terus pembedahan
dilakukan.
…………..
“Doktor”.Pak
cik Nizam melambaikan tangannya ke wajah Doktor Amer.
“Ehh,ya”Terkejut
doktor Amer dibuatnya.
“Macam
mana dengan anak kami ni ha?” Tanya mak cik Ana lagi.
“Owhh.Anak
mak cik selamat.Sekarang ni dia sedang berehat di bilik wad
biasa.Peluru tu sudah dapat dikeluarkan”.Terang doktor Amer.Mereka
bertiga terus mengucap syukur.Alhamdulilah.
……………….
Nizwan
membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya terang menyukarkan dia membuka
mata dengan lebih luas..Nizwan mengalihkan badannya sedikit menghadap
ke kiri kerana bahu sebelah kanannya baru sahaja dibedah dan masih
terasa ngilu.
“Arghhhh”.Nizwan
menjerit kerana terkejut apabila melihat seorang gadis yang sedang
tidur secara duduk beralaskan lengan sedang berada di sebelah
kirinya.
Aimy
yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana terkejut mendengar orang
menjerit.Aimy membuka matanya.Dia memisatkan matanya menggunakan
tangan.
“Apa
awak buat kat sini ?” Tanya Nizwan.
“Mak
ayah awak baru je balik.Dia suruh saya temankan awak kejap, sebab
diorang nak ambik baju”.ujar Aimy.Sebenarnya, dia begitu teruja
kerana Nizwan sudah sedar sekarang.
“Mak
ayah saya pun ada ?” Nizwan mengerutkan kening.
“Ha
ah.Diorang datang sebab pihak polis telefon”.terang Aimy.Macam
mana Pihak polis dapat nombor telefon mak dan ayah Nizwan pun dia tak
tahu.Biarlah, kerja polis kan !
Nizwan
mengangguk sebelum matanya menangkap penampilan
Aimy.Erm..nampak semakin kemas dan semakin comel.Kalau tidak,
sebelum ni muka Aimy kotor dengan debu.Hodoh
dengan habuk.
“Ooo…Erm…Aimy,
boleh tak saya cakap sesuatu kat awak ?”Nizwan memandang wajah
Aimy.
“Boleh.Tapi
sebelum tu saya nak cakap kat awak sesuatu”.Aimy membalas pandangan
Nizwan.
“Apa
dia” Nizwan menggaru dagunya yang ada janggut sejemput.
“Saya
nak cakap terima kasih dan minta maaf banyak-banyak kat awak.Saya
bersalah sangat-sangat.Sebab saya, awak jadi macam ni.Saya mintak
maaf”.Sudah berapa kali Aimy mengulang perkataan minta maaf itu.
Nizwan
tersenyum.Nizwan
memegang lehernya.Kalau dia malu mesti dia kena pegang leher.Ikut
keturunan kot.Hehe.
“Saya
kan dah cakap haritu.Awak
tanggungjawab saya.Saya kena jaga awak sebaik-baiknya.Lagipun….”
Nizwan menundukkan mukanya.Tiba-tiba sahaja mukanya menjadi panas.
“Lagipunnnnn….?”
Aimy mengangkat kening bertanya.
“Err….444
!” Nizwan terus memejamkan matanya.Aimy blur.444 ?
“Ha
? 444 ? Abende tuh ? Nombor ekor ke ?” Bertalu-talu soalan Aimy
berikan untuk Nizwan.
“Hish..takkan
tak tahu kot.444 lahh”.Nizwan menguatkan sedikit suaranya.
“Saya
memang tak tahulah”.Aimy mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“Saya
suka awaklah !” Terus Nizwan mengambil bantal dan menutup mukanya.
“Itu
bukan 444.Tapi 447” Aimy tersenyum lebar.Nizwan pelik.447 ?
“447
? means`?” Nizwan bertanya.Tapi mukanya masih lagi ditutup
dengan bantal.
“Awak
cakap, ‘saya suka awaklah’.Kan ada ‘lah’ kat belakang tu.So,
maknanya itu bukan 444 tapi 447”. Nizwan mencebik.Cis, dia
dah terkena Aimy ketawa mengekek.
“So,
apa jawapan awak?” Nizwan tetap menutup mukanya.
“Macam
mana saya nak bagi jawapan, kalau awak tak tunjukkan muka awak
tu”.Lambat laun, akhirnya bantal itu dikalihkan ketepi juga.
“Okey.Cepatlah
bagitau!” Gesa Nizwan tidak sabar.
“43447”.jawab
Aimy pendek.
“43447?”
“Saya
pun suka awak jugalah”.Kali ini wajah Aimy pula yang merah.Terus
bental yang berada di dakapan Nizwan ditarik bagi menutup mukanya.
Nizwan
ketawa.Selepas itu, dia menarik bantal yang Aimy gunakan untuk
menutup wajah Aimy yang sudah merah.Aimy ingin merampas balik tapi
Nizwan sudah letakkan bantal itu di belakang badannya.
“Comel
betul kalau muka awak merah-merah macam ni”Nizwan memuji.Aimy sudah
tersenyum-senyum,baru sahaja dia ingin membalas, Nizwan cepat
memotong.
“Tapi,
saya rasa saya lagi cun dan comel dari awak ! Entahlah.Tapi, muka
awak tak secomel muka saya ! Muka awak tu comel gitu-gitu je”.Nizwan
menambah selamba.Sempat lagi dia menggigit donat yang berada di atas
meja di sebelah katilnya.
Aimy
menahan sabar.Tak habis-habis dengan kutukan pedas dia tu ! Dia cun
dan comel dari aku ? Huh , jangan mimpilah ! Aku comel lagi
okeyyyy.Aimy menggumam dalam hati.Tangannya sudah dikepal-kepal.
“Jangan
nak buat hati saya terbakar ! Saya tumbuk awak karanggg”.Aimy
menjerit perlahan.Nizwan hanya menarik senyum.Sinis !
“Berani
ke awak nak tumbuk bakal suami awak ni ? Tak kesian ke kat bakal
suami awak yang sakit ni ?”Nizwan mengangkat kening.Aimy mengiggit
bibir.Baru bakal suami.Belum jadi suami lagi.So, tak dosalah kan ?
“Hiyarghhhhhhh”.Tangan
kepal Aimy sudah mendarat di pipi kanan Nizwan.Dush ! Nizwan
terpaling kebelakang.
“Auchhhhh.Sakitlahhhhh”.Nizwan
merengek.Bila dah masuk hospital ni mulalah nak bermanja ! Ceh.Nasib
baik Mak Cik Ana takde.Kalau ada ? Hmm...entahlah..
Aimy
mendekatkan dirinya kepada Nizwan.Kolar Nizwan dicekaknya lembut,ayu
dan sopan santun ! Cehhh.Mulutnya mendekati telinga Nizwan lalu
berbisik perlahan.
“Saya
ni seorang yang sangat pegang pada janji,setia,jujur,tak suka ditipu
and lagi satu...saya ni seorang yang tak suka dicabar! So,
berhati-hatilah wahai bakal suamiku !” Aimy melepaskan kolar
Nizwan, lalu meninggalkan Nizwan terpinga-pinga.
“Aku
ni dah salah pilih bakal isteri ke ?” Nizwan berkata sendiri sambil
menggaru kepala.
“Ops
! Dan...jangan tukar bakal isteri tauu...bakal isteri awak hanya saya
sorang je tau.No..no..no”. Terkejut Nizwan dibuatnya apabila secara
tiba-tiba kepala Aimy terpacul keluar dari muka pintu.
“Tau
ke tak ? Bakal isteri awak hanya saya seorang.Biar saya ingatkan
sekali lagi...Saya ni seorang yang pegang pada janji,setia,jujur, tak
suka dicabar and lagi satu...saya ni seorang yang tak suka ditipu.So,
berhati-hati dengan saya ! Muahhhh.Sihat selalu”.Aimy melambaikan
tangannya kepada Nizwan.Nizwan membalas secara lambat-lambat.Selepas
Aimy menghilangkan diri Nizwan terus menelan liur. Gulp ! Mana Aimy
yang sebenar ? Itu Aimy ke ?
………………….
“Sayanggggg”.Nizwan
memanggil isterinya.Tapi tiada sahutan.Nizwan menggarukan kepalanya
yang tidak gatal.
Mana
pulak isteri aku pergi ni ? Takkan tiba-tiba boleh lesap ?
Hadoyaiii.Isteriku, where are you ? Takkan kena culik kot ? Padahal
isteri aku tu tengah sarat mengandung.Penculik ni punnn…Kalau nak
culik , tunggulah waktu isteri aku dah habis berapantang.Lepas habis
berpantang barulah kau nak culik dia wahai penculik.Merepek aja si
Nizwan ni.
Tiba-tiba,
telefon rumah mereka berdering.Nizwan melangkah menuju ke telefon
rumah mereka yang berada di tingkat 2.Dalam kepala Nizwan sudah
menggagak bahawa, penculik yang tengah menelefonnya lalu ingin
meminta duit tebusan.Nizwan…engkau ni dah tak betul agaknya.
Nizwan
mengangkat telefon tersebut. “Hello wahai penculik.Kalau nak culik
isteri aku tu, tunggulah sampai isteri aku tu habis berpantang.Kalau
kau nak mintak duit tebusan sekarang ni, memang tak dapatlah
weh.Sebabnya gaji belum masuk lagi”.Nizwan sudah bercakap yang
bukan-bukan.Kepala Nizwan ni sudah tercabut fius agaknya.
“Apa
yang kau merepek ni Wan ? Isteri kau tu tengah sakit nak beranak.Mak
dah telefon berpuluh-puluh kali henset kau tu,tapi tak berangkat.Kamu
datang Hospital sekarang ! ASAP !” Marah Mak cik Ana di talian
sana.Nizwan tergamam.Isteri aku dah nak bersalin ? Apsal lah aku ni
boleh terfikir yang isteri aku kena culik.Pemikiran negative betullah
aku ni.Nizwan memutuskan talian lalu bersiap hendak pergi ke
hospital.
………………………
Sesampai sahaja
Nizwan Di Hospital, isterinya sudah selamat melahirkan anak.Dia dapat
anak lelaki.Yahooo.Keluarga Nizwan masih berada di hospital.Mereka
duduk di ruangan menunggu.Nizwan terus masuk ke dalam wad yang sudah
menempatkan isterinya.
“Huh”.Si
isteri masih merajuk kerana suaminya tidak datang sewaktu dia sedang
bersusah payah melahirkan anak pertama mereka.
“Sorry
lah.Henset abang takde bateri.Sebab tu lah abang lambat sikit sampai
sini”.Si suami masih memujuk.Si isteri sudah memuncung.Nizwan terus
menarik muncung isterinya yang boleh dikatakan agak panjang.
Aimy
menampar tangan suaminya.Aduyaii..nak main tarik-tarik bibir
pulak.Sakit tau tak.
“Sayang…abang
mintak maaf okey ? Kalau lepas ni, sayang nak beranak lagi abang
temankan sayang”.Nizwan memujuk lembut.Aimy memandang
suaminya.Erm..takpelah.Dah terjadi pun.Nak buat macam mana.Tapi dalam
hati masih ada lagi perasaan geram ! Nak tunggu dia beranak lagi ?
Haihhh..
Aimy
mengangguk. “Janji?”
“Janji
sayang”.Nizwan tersenyum.
“Nak
bubuh nama apa kat anak kita ?” Aimy bertanya.
“Muhammad
Aisy Hakimi.Amacam…sedap tak ?” Nizwan angkat kening.
“Erm..not
bad.Okeylah”.Aimy terus bersetuju.Padahal dalam hati....'Tak sedap
langsung ! No ! No ! No ! Nak patuh cakap suamilah kononnya...sebab
tu terus bersetuju ! Ceh.
Mereka
sudah berumah tangga hampir 2 tahun.Dan Alhamdulillah, rumah tangga
mereka bahagia dan semoga rumah tangga mereka bahagia selama-lamanya.
TAMAT
*Hope
enjoy.Cubaan pertama nak buat cerpen gaya macam ni.Agak susah
sikit.Maaf kalau ada banyak kesilapan. ^_^
|