::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Cerpen :Be My Future Wife ?


Aku menongkat dagu di tepi padang bola sepak yang agak luas.Aku mengerling jam di tanganku.Haish..mana pulak mamat sorang ni.Janji pukul 5 nak main bola kat padang.Setengah jam dah aku tunggu ni.Penat ah macam ni !

Tiba-tiba aku terdengar bunyi mototsikal di belakang aku.Aku berpaling seketika.Itu pun dia.Dah lah lambat.Lepastu boleh pulak dia tersengih macam kerang busuk.Aku lesing kepala tu karang.Hesh geram aku.

Alasan apa pulak yang kau nak bagi kali ni ha?” Aku mengangkat kening ala-ala James Bond.Dia pulak termanggu-manggu macam orang tak betul.

Ehehehe…sori lar.Tadi aku ada jamming dengan kawan kat studio.Sebab tu lambat sikit tu.Sori lah ye”.Dia membuat muka simpati.Aku hanya mendengus geram.Dia bangun dari motornya lalu duduk di sebelah aku.

Weh, janganlah marah.Aku tak sedar jam pukul berapa”.Dia menggoncangkan lenganku.Harini aku memakai baju tanpa lengan.Aku menjeling lenganku yang sedang digoncang olehnya.Aku mengeluh.Haih…budak ni tak sedar ke yang kita bukan muhrim.

Dazlyn Harraz !” Aku memanggil nama penuhnya.Dia pula terkedu.Selepas itu Harraz tersenyum.Sudah masak benar dengan perangai kawan baiknya itu.Kalau dia marah atau geram mesti akan memanggil nama penuh.Terus tangannya diturunkan dari lengan kawannya itu.

Ya Cik Nur Aiminsyaura.Ada apa-apa yang boleh saya bantu.Kalau takde apa-apa kita boleh start main bola dah ni Hmm..”.Harraz mengangkat kening.Sengaja ingin mengenakan Aimin.

Jangan main-main boleh tak !” Geram aku dengan sifat sambil lewa yang ditunjukkan Harraz.Aku dan Harraz sudah berkawan sejak umur kami 6 tahun.Sebenarnya dari dulu lagi aku dah suka dengan Harraz.Cewahhh.Ayat aku tak boleh blah.

Aik, tadi kata nak main bola.Lepastu taknak main pulak.Kau ni peliklah Aimin”.Harraz menahan tawa apabila melihat wajah Aimin yang macam burger bakar hangus.

Dah ah.Aku malas nak layan kau.Buang masa je aku tunggu kau kat sini tadi”.Aku terus bangun dari dudukku.Sedikit sahaja lagi kaki ku mahu melangkah meninggalkan Harraz, Harraz terus memegang lenganku sekali lagi.Aku memandang wajahnya seperti mau ditelan hidup-hidup.

Dazlyn Harraz !” Aku menjerit lantas mengejar Harraz yang sudah berlari meninggalkan aku.Dengan kelajuan 100 m persegi aku berlari mengelilingi padang kerana hanya mahu mengejar Harraz.Siap kau Harraz ! Kalau aku dapat kau ,aku cincang kau lumat-lumat.

Sori Aimin ! Sorriiiii”.Harraz berlari sambil menoleh ke belakang meminta maaf dari Aimin dengan wajah yang agak semput.

No sorri bagimu ! Kalau aku dapat kau, aku habaq kat bapak kau”.Aku melihat wajah Harraz yang pucat.Haha, korang jangan main-main.Bapak Harraz ni Pak Imam kat surau tau.Tapi perangai anak dia yang sulung ni…Hampeh !

Tidakkkkkkk”.Harraz terus berlari menuju ke motornya lalu meninggalkan aku sendirian di tengah padang.Aku berhenti dan merengus perlahan.Dasar pengecut ! Akhirnya aku pulang ke rumah dan bercerita tentang perkara tadi kepada adik aku.Adik aku apalagi, gelak tak ingat dunia lah dia.
………………………………

Aku masuk ke dalam kelas 5 TM.Iaitu kelas ke-4 dari 7 kelas.Harraz pula kelas 5 Science 2.Maklumlah dia lagi pandai dari aku.Aku duduk di tempat aku.Untuk makluman korang, aku sepatutnya sama kelas dengan Harraz.Tapi adalah terjadi satu ensiden yang memang tak boleh aku lupakan.Masa untuk flashback….
………………………..

Nur Aiminsyaura.Sila ikut saya ke bilik pengetua sekarang !” Arah Puan Suhaiza selaku Guru disiplin.Waktu tu aku kelas 4 Science 2 sama dengan Harraz.

Aku yang sedang bersembang dengan kawan-kawan aku (maklumlah final year exam dah tamat ) tersentak.Aku memandang wajah Puan Suhaiza yang garang.Apa masaalahnya lagi.Aduhaiiii.

Kenapa cikgu” Tanya aku.

Ikut saya sekarang”.Terus tanganku ditarik.Aku memandang wajah kawan aku dan juga wajah Harraz.Jelas wajah Harraz ketika itu pelik.Aku membuat mimik muka meminta tolong.Harraz hanya melambaikan tangannya.Dasar kawan tak boleh harap !

Di dalam bilik pengetua, suasananya agak sunyi sepi.Aku pula dah nak terkucil.Aku ada buat salah apa lagi ni ?

Nur Aiminsyaura.Saya nak awak jawab dengan jujur.Ada tak awak meniru waktu peperiksaan akhir tahun haritu ?” Soal pengetua dengan wajah yang garang.Aku menelan liur.Aku nak meniru ? No way mannnn.Aku bukannya bodoh sangat sampai nak main tiru-tiru ni.

Mana ada pengetua.Saya tak meniru!” Jawab aku dengan jujur.Mimik muka pun aku buat muka serius.Yalah, pepatah pernah cakap ‘Berani kerana benar, takut kerana salah’ so, kenalah buat muka berani.Baru Pengetua percaya.

Tapi, kenapa jawapan awak sama dengan jawapan Ainnur Puteri ?”Soal Pengetua lagi.Aku pula berfikir.Ainnur Puteri ? Budak gedik tu.Ainnur kan duduk kat sebelah aku.Tapi, apasal Pengetua tak panggil Ainnur masuk dalam bilik Pengetua sekali ? Oh, terlupa pulak, Ainnur kan anak pengetua.Patut lah…

Sumpah saya cakap, saya tak meniru Pengetua !” Aku masih lagi back up diriku.

So, awak nak anak tuduh saya menirulah ni”. Aduhhh, apsal pengetua ni.Tak adil langsung.Tulah, ashik dimanjakan Ainnur tu.Tengok sekarang, tak boleh nak terima kenyataan kalau anak tu meniru.

Bukannya saya nak tuduh.Tapi, memang betul saya tak meniru”.Ujar aku dengan kata-kata yang agak tegas.

Dah…saya taknak dengar lagi apa alasan awak.Sekarang ni, awak kemas semua barang awak then awak tukar ke kelas 4 TM.Tahun depan awak masuk kelas 5TM, jadi selama ni pun awak menipulah ye ? Patutlah keputusan awak cemerlang.” Perli Pengetua.Aku pula memandang Pengetua dengan pandangan tajam.Apa kes pengetua ni tiba-tiba tuduh orang macam tu.Okey, Fine ! Setakat kelas aku tak kesahlah wehh.

Saya akan buktikan kat Pengetua yang saya tak menipu !” Terus aku berlari keluar dari bilik Pengetua dan menuju ke kelas.

Aku mengemas barang-barang aku yang berada di dalam dan diatas meja.Semuanya aku masuk ke dalam beg.

Eh, apsal kau kemas barang kau ? Kau ni nak pergi mana ?” soal Aqilah kepada aku.Aku hanya menggeleng.Sekasar aku pun aku masih ada perasaan.Sedih bila dituduh meniru oleh Pengetua.

Eh, Aimin..Kau nak pergi mana tu ?”Tanya Harraz yang tiba-tiba datang ke meja aku.Aku memandang wajahnya kemudian aku kembali mengemas barang.

Aimin, aku tanya ni.Kau nak pergi mana ?” Tanya Harraz lagi.Dia memegang lenganku.Nasib baik berlapik.Kalau tak Harraz ni dah kena Kung Fu Hustle dengan aku.

Aku nak pindah kelas ! Puas” Entah tiba-tiba aku jadi geram pula apabila ramai orang bertanya tentang benda yang sama.

Buat apa kau nak pindah kelas ? Ni kan kelas kau !” Harraz pula yang memarahi aku.Kecut jugak.

Pengetua tuduh aku meniru ! Pengetua suruh aku pindah kelas !” Hamik kau ! Aku dah lah nak nangis ni.Yang si Harraz ni pun satu.Apsal banyak Tanya pulak.

Aimin..apsal pulak Pengetua tuduh kau meniru ?” Lembut pulak Harraz bertanya.Seisi kelas yang tadi bising sebab takde cikgu kini diam, kerana ingin fokus kepada drama tak berbayar kami berdua.

Belum sempat aku ingin menjawab soalan Harraz.Ainnur Puteri sudah masuk campur. “Harraz, biar jelah dia tukar kelas.Dia memang suka meniru.Nampak je macam pandai tapi kuat meniru.Huh” Ainnur kembali sambung menyisir rambutnya yang agak perang dan lurus.Padahal peraturan sekolah ni semua wajib pakai tudung kecuali non-muslim.Si Ainnur ni pulak yang sesat tak pakai tudung.Dasar pengetua pilih kasih !

Okey ah.Aku blah dulu.Babai korang.Tahun depan tak dapatlah aku sama kelas dengan korang an ? Ish, apa aku merepek cerita sedih ni.Okeylah.Babai”.Aku melambai kepada rakan kelasku.Tapi, sebelum tu aku sempat memandang wajah Harraz dan tersenyum kecil.

Bai Harraz !” Laungku kuat.Aku tak sedar yang air mata aku sudah mengalir.Terus aku berlari ke tandas sebelum masuk kelas 4TM.
…………………….

Ha, macam tulah cerita dia.Sedih kan ? Tapi aku dah lama lupakan tentang tu.Kini aku dah ada ramai kawan kat kelas baru aku ni.Diorang pun faham tentang perasaan aku.Ashik sangat aku mengelamun sampai cikgu kat depan panggil pun aku tak sedar.

Nur Aiminsyaurah ! Berdiri kat luar sekarang.Kelas saya ni hanya untuk orang yang nak belajar.Bukannya orang yang nak berkhayal”.Lantang suara Cikgu Rohaya menyapa telinga aku.Seisi kelas hanya diam.Maklumlah cikgu garang kat sekolah.Aku hanya bangun dan menuju ke luar kelas.

Aku berdiri diluar kelas sambil memandang ke arah sudut bangunan yang menempatkan kelas 5Science1 , 5 Science 2 , 5 science 3.Semuanya bangunan budak pandai-pandai.Aku mengeluh perlahan.Dari sini, aku dapat nampak kelas 5 science 2 dengan jelas.Aku ternampak Harraz yang sedang tekun mendengar apa yang cikgu cakap dihadapan.Wahai hati, tolong bertenang.Aku tau kau berdebar-debar.

Tiba-tiba Harraz merenung aku.Aku terkedu.Erk, mana nak sorok muka ni.Malunya….Harraz melambaikan tangannya.Aku pelik.Dia lambai tangan kat aku ke ? Aku memandang ke sebelah kiri dan kanan.Takde sesiapa.Aku lah kot.Aku melambai kembali dan kemudian aku ketawa.Ketawa sebab Harraz kene marah dengan cikgu.Tulah..sapa suruh tak fokus dalam kelas.Kan dah kena…

Nur Aiminsyaura ! Berdiri elok-elok” Aku pulak yang kena marah.Tulah tadi ketawakan orang.Padan dengan muka aku.
……………………….

Aku dan Harraz jalan bersama menuju ke tempat parking basikal dan motorsikal.Aku dan Harraz selalunya akan pulang bersama tapi naik motor sendiri dan Harraz akan lepak kat rumah aku sebab kami biasanya belajar bersama.Lagipun, aku ada seorang kakak yang baru habis belajar di Universiti.Boleh mengajar kami tentang subjek yang kami tak faham.Lagipun, Harraz anak sulung.Takde abang atau kakak.

Jumpa petang ni”.Aku melambai tangan sebaik sahaja dia belok ke arah satu selekoh.Rumah kami takde jauh sangat.Hanya belok satu selekoh.
…………………………….

Assalammualaikum,Abah,mama,abang,kakak,adik,pakcik,makcik,nenek,atuk,moyang”.Aku yang ketika itu sedang menonton Tv tersentak.Orang gila mana pulak yang panggil semua nama panggilan ni.Kakak aku yang berada di luar rumah pula sudah tergelak-gelak.Haih..memang dah sah orang gile kat luar rumah tu.Tapi, macam mana pulak kakak aku boleh berjangkit jadi gila sekali ? Memang kuat penangan orang gila ni.

Aimin, Harraz dah sampai”.Jerit kakak aku yang sedang tergelak-gelak.Aku terus bangun.Rupa-rupanya Harraz yang gila.Harraz tu memang dari dulu gila.Aku dah tau tentang tu.Uhuk, mengutuk orang pulak aku ni.Aku mengambil tudung lalu melangkah menuju ke luar rumah.

Aku melihat Harraz sedang menunggu di luar pagar sambil duduk di atas kerusi batu.Aku terus menuju ke arahnya.Niat dihati ingin menyakatnya.

Maaflah pakcik.Sini bukan rumah sakit jiwa.Kalau pakcik nak ,saya boleh tunjukkan jalan”.Aku membuka pintu pagar.Kononnya mahu menunjukkan jalan ke hospital sakit jiwa.Harraz merenung aku tajam.Eelehh…aku tak takut pun dengan pandangan kau tu.

Tau pun marah.Lain kali jangan nak buat perangai gila kau tu kat sini.Dah cepat masuk.Hari panas terik ni”.Aku menutup muka ku dengan menggunakan tangan.Menghalang cahaya matahari dari terkena pada kulitku.

Orang yang kulit gelap macam kau ni, tak mau dah nak jadi putih.Tak payah bajet nak jaga kulitlah…”.Harraz memerli aku.Aku menyepak kakinya dan terus menutup pintu pagar.

Kau duduk luar ni.Kita belajar kat luar je.Aku hitam, kau pun hitam.Kira adil lah kan ? Tapi aku untung sikit dari kau lah.Aku boleh ambil payung untuk berteduh.Kau ? takde ape-apa nak jadikan tempat berteduhkan ? Hahaha…so sad…”Aku buat-buat ketawa.Harraz pula menggigit bibir geram.

Alalala…asal nak buat muka macam tu.Janganlah sedih okey ? Kalau kau nak belajar kat dalam, kau kena mintak maaf je dengan aku.Senangkan syarat yang aku bagi ni.Ermmm”.Aku menggedip-ngedipkan mata.Harraz mengeluh kasar.Tiba-tiba Harraz melutut di hadapan aku.Aku tercengang.

Eh Harraz ni.Aku suruh kau mintak maaf jelah.Bukannya suruh kau melutut depan rumah aku ni…Aku pandang wajahnya sambil menyuruhnya bangun kembali.Tapi dia menggeleng.Dia terus melutut sambil kedua tapak tangannya dirapatkan.

Ampunkan patik wahai permaisuri Negeri kejahatan.Patik tidak bermaksud untuk memerli Permaisuri.Ampun Permaisuri”.Harraz menahan tawa di dalam hati.Hamik kau ! Kau suruh aku mintak maafkan.Aku akan buat apa yang kau suruh tu…tapi dengan kreatif aku meminta maaf.Muahahahhahah.

Harraz dah lah tu.Jiran aku dah pandang lain macam kat kau ni”.Aku menggesanya bangun.Negeri kejahatan ? Amboiiii..sedapnya cakap aku permaisuri negeri kejahatan.

Tolonggg…maafkan aku, aku janji takkan ejek lagi.Pleaseee…maafkan aku.Aku takkan ejek kau lagi…Oooooo” Terus aku menundukkan mukaku yang kemerahan.Haish..gila ke Harraz ni nyanyi macam orang tak betul.Kalau ikut lirik okeylah jugak.Ni tak, main hentam kromo je dia.

Dazlyn Harraz cukup ! Baik kau masuk rumah aku sekarang. !!!” Kemarahan aku tidak terhingga.Harraz masuk sambil ketawa.Aku mencubit pinggangnya geram.

Kami belajar dihadapan television.Kakak aku iaitu Nur Ainunsyaura setia mengajar kami.Kami start belajar daripada pukul 4 petang sehingga pukul 6 petang.Kami rehat selama setengah jam.Aku yang sedang makan biskut cicah milo tersentak bila Harraz menegur aku.

Erm..kau nak apa ?” tanyaku .Aku sedang minum baki air milo yang tinggal separuh didalam cawan.

Aku suka kat sorang budak baru yang baru masuk kelas aku semalam”.ujarnya tanpa segan silu.Aku pulak tersedak tak tentu pasal.Of course lah aku tersedak.Kawan aku sedang in love.Tapi aku rasa nak nangislah pulak.Dah lah selama ni aku simpan perasaan untuk dia.Dia pulak suka kat orang lain.

So, kau nak suruh aku buat apa ?” aku bertanya.Aku menahan rasa sebak di dalam hati.Huwaaa sedihnya..

Tolong aku pikat perempuan tu.Pleaseeee”.Terlepas biskut yang aku sedang makan tadi.

Ehh..apsal kau suruh aku tolong kau pulak ni ? Kalau kau nak jadi gentleman, kau kenalah pikat sendiri”.Terang aku.Malaslah aku nak tolong kau.Benciiiiiiii.

Alahh…tolonglahh.Pleaseeeee”.Harraz merayu.

Tengoklah.Esok aku bagitau kau,aku nak tolong kau ke taknak”.Aku mengeluh perlahan.Nak tolong ke taknak ye..emmm
………………………………
Tolonglah akak.Aimin nak kena tolong Harraz ke tak?” soalku kepada kak Ainun semasa aku sedang menolong dia membuat kek.

Erm..akak ada satu cadangan.Walaupun cadangan akak ni agak jahat sikit.Tapi boleh kot tolong kau ni”.Aku tersenyum gembira.Yessss!

Cadangan apa kak ?” tanyaku.Waktu itu aku sedang menggaul tepung.

Apa kata kau tolong je dia pikat perempuan yang dia suka tu.Tapi…kau ajar dia pikat perempuan tentang benda perempuan tak suka”.Aku mengerutkan kening.Blur sekejap.

Maksud akak?”

Maksud akak ialah..kau ajar Harraz pikat perempuan tapi kau ajar dia pikat tentang benda perempuan tak suka.Contohnya, kau suruh Harraz bagi perempuan tu benda yang bukan-bukan ke.Lepastu, mesti perempuan tu reject Harraz an ? Okey tak cadangan akak ?”Aku terdiam seketika.Selepas itu aku mengangguk setuju.Okey jugak cadangan kakak aku ni
……………..
Harraz.Aku setuju tolong kau pikat perempuan tu”.Aku memberikan persetujuan apabila berjumpa dengannya di kantin.Harraz tersenyum lebar.Aku hanya tersenyum paksa.

Betul ke? Thanz kawan !” Harraz menepuk bahuku.

Haippp…tangan tu.Jangan nak menggatal sangat okey”.Harraz hanya ketawa seraya melepaskan tangannya dari bahuku.Tahulah dia budak hot ! Tapi setakat nak pikat budak baru tu pun nak mintak tolong aku.

Cepatlah bagitau aku”.Harraz menggesa aku.Naik rimas dibuatnya.

Okey, first sekali…ermm..kau bagi dia CD lagu klasik.Gerenti dia suka punyalah.Perempuan sekarang ni minat lagu-lagu klasik tau”.Hentam jelah cik Aimin oii.Aku pun tak tahu nak bagi idea apa dah ni.

Eh, ye ke ? Esok aku bagi kat dia..” Harraz tersenyum sendiri.Aku pun ikut tersenyum.Hehehehe.

Eh, Harraz..apa nama budak tu?” aku bertanya sambil menggigit keropok lekor yang agak liat itu.

Raja Fatihah”. Jawab Harraz.Dia pun tengah makan keropok lekor jugak.Aku menggaguk.Nama aku lagi sedap rasanya.Cehh
……………….
Kau dah bagi ke CD tu kat dia ?” Soalku pada keesokan harinya waktu kami makan di kantin.

Dah…aku tak taulah macam mana agaknya reaksi dia”.Harraz mengeluh perlahan.Aku hanya tersenyum dan aku harap budak perempuan tu tak suka dengar lagu klasik.Aminnnn.Jahat tak aku ? Hehehe.
…………………
Oit..macam mana ? dia ada bagi respon ?” Tanya ku lagi pada keesokan harinya.Aku harus ambil tahu tentang benda ni.Sebab dia melibatkan tentang hati dan perasaan aku.

Entah ah.Tadi waktu kat dalam kelas dia tak bagi respon apa-apa pun”.Kali ni Harraz mengeluh kasar.Aku sudah tersenyum lebar.

Yang kau senyum macam orang gila ni kenapa ? Kau suka ke bila aku frust macam ni ?” Aku terkedu.Aik aku senyum pun kena marah.Baru sahaja aku ingin membalas kata-kata Harraz ,tiba-tiba ada orang menegur kami.

Erm..Harraz.Saya dah dengar lagu tu.And I Like It !”Aku memandang ke wajah perempuan yang menegur kami.Ooo itu ke Raja Fatihah.Erm..Not bad.Tapi yang aku terkejut tu, tak sangka pulak si Raja Fatihah ni minat lagu klasik.Terus aku berpaling memandang wajah Harraz.Harraz tersenyum lebar.Aku pulak yang buat muka masam.

Harraz, kalau awak tak keberatan.Nak tak awak rehat dengan saya”.Ajak Fatihah.Aku menggigit bibir geram.Eeee mengada betul perempuan ni.

Saya okey je.Aimin..aku pergi dulu tau.Petang ni kita study sama-sama”Harraz meminta diri.Aku masih membatu.Entah kenapa, aku terasa sunyi…
...…………….
Harraz jangan lupa petang ni kita study sama-sama” Laungku apabila aku berjumpa dengannya di tempat parking motorsikal.
Err…Aimin, sorilah.Harini aku dah janji nak study dengan Fatihah.Kita study lain kali lah ye”.Jelas di wajah Harraz kelihatan bersalah.

Aku hanya tersenyum kelat.Padahal aku dah terasa hati.Waktu kat kantin tadi, cakap nak study sama-sama.Lepastu, cancel pulak sebab nak study dengan Fatihah.Harraz ingat aku ni takde perasaan ke ?

Erm..okey.Aku balik dulu babai”.Terus aku menghidupkan enjin motor dan meninggalkan dia disitu.

Aku sedih.Sedih gila wehhh.Mana perginya Harraz yang dulu.Memang aku nak luahkan perasaan aku kat dia tapi aku masih sedar yang aku ni masih budak sekolah menengah, tak layak lagi untuk bercinta.Lepastu, bila dia suka kat orang lain boleh pulak aku frust menonggeng.Huwaaaaa.
……………………….
Sedihnya akak.Aimin dengan dia dah jauh, dah tak rapat macam dulu.Sakit sangat perasaan ni”.Aku meluahkan perasaan ku kepada kak Ainun selepas seminggu Harraz berkawan dengan Fatihah.Selama seminggu jugalah aku dan Harraz tidak study dan makan dikantin bersama.Harraz semakin jauh dari aku.Entahlah..

Kak Ainun menenangkan aku. “ Shuh…adik akak ni kuatkan.Akak tau adik akak sorang ni seorang yang tabah.Aimin dan Harraz tetap BFF sampai bila-bila.Maybe Harraz tu hanya mahu perbezaan dalam hidupnya.Kita pun tak boleh nak kongkong dia kan ?”.

Aku mengangguk sambil menangis tersedu sedan.Entah tiba-tiba keluar lagu Tercipta Untukku dari corong radio.Nyanyian band Ungu.Serius aku tersentuh hati bila dengar satu rangkap lagu tu...

Aku ingin engkau selalu…
Hadir dan temani aku..
Di setiap langkah, yang meyakiniku
Kau tercipta untukku..sepanjang hidupku..

Air mata aku mengalir lagi.Aku sedih.Sedih sangat….Harraz..aku rindu kau.
……………………
Erm..Harraz jom kita rehat sama-sama”.Ajakku.Ketika itu Harraz sedang berjalan menuju ke arah kantin bersama dengan Fatihah.

Err..err”. Tergagap-gagap Harraz mahu memberi jawapan.Aku rasa dia macam taknak je rehat dengan aku.

Harraz..awak pergilah rehat dengan Aimin.Takpe, saya boleh rehat dengan kawan saya harini”.Fatihah memberikan persetujuan.Harraz mengangguk lambat-lambat.Haih..macam angguk tak ikhlas je.Taulah dah ada kekasih hati tapi takkanlah kau dah lupa dengan kawan baik kau ni.

Erm..Harraz kau nak makan keropok lekor ke ?”soalku apabila kami sedang duduk di atas kerusi dalam kawasan kantin.

Ermmm….” Harraz jawab endah tak endah je.Haish…

Okeylah Harraz.Kau pergilah rehat dengan Fatihah.Sorilah kacau korang”.Sebak je suara aku ketika itu.Harraz memandang aku.

Boleh ke ?? Thank You Aimin.Kau kawan baik aku selamanya”.ujar Harraz lalu berlalu pergi meninggalkan aku.

Kawan baik ? Aku rasa, aku ni macam orang asing je dengan kau Harraz.Mana perginya Harraz yang dulu.Kawan baik aku yang akan sentiasa di sisi aku.Aku menarik nafas lalu menghembusnya.It’s okey Aimin.Aku taknak kongkong Harraz.
…………………..
Hari ini adalah hari pertama aku menjawab kertas peperiksaan SPM.Aku adalah jugak tunggu kata-kata semangat dari Harraz.Tapi aku tak mengharap pun.Lagipun selepas dia kawan dengan Fatihah, terus dia layan aku ni macam orang asing.Huhh…

Okey, sila jawab kertas soalan peperiksaan sekarang” Arah seorang pengawas peperiksaan.Aku menjeling Harraz yang berada di hadapan.Tempat duduk kami jauh.Good Luck Harraz.Doa aku dalam hati.Tak semena-mena air mata aku mengalir.Cepat-cepat aku menyeka air mata itu sebelum sempat jatuh ke atas kertas peperiksaan.

Pejam celik-pejam celik, Peperiksaan SPM dah pun tamat.Aku membuka langkah menuju ke arah pondok yang terdapat kerusi batu di hadapan dewan.Aku mendekati kerusi batu tersebut, lalu aku tersenyum sendiri.Di atas kerusi batu ini tempat aku selalu lepak dengan Harraz.Waktu awal tahun hari tu kami ada tulis sesuatu atas kerusi batu ni.Aku tulis ‘ BFF SELAMANYA HARRAZ’ Harraz pula tulis ‘SELAMANYA AIMIN, SELAMANYA…’.Waktu dulu memang kami jahat sikit.Sampai nak conteng kerusi batu Hak milik Kerajaan.Haih..rindunya waktu dulu.

Teringat pulak tentang janji kami dulu….kat atas kerusi batu ni.
……………
Aimin, bila last day sekolah…kita duduk kat kerusi batu ni and then kita raikan Hari SPM dah habissss !”Jerit Harraz.Aku hanya ketawa.

Aku okey je.Tapi, aku risau kau pulak yang tak tepati janji”.Aku berkata selamba.Harraz menyiku aku.

Tak Aimin.Sekali aku buat janji.Selamanya aku pegang pada janji”.ujar Harraz tenang.Aku memandang wajahnya.Ketika itu, wajahnya agak redup…
……………
Aku menyeka air mataku.Janji hanya tinggal janji lah Harraz.Haih..kau memang dari dulu takkan tepati janji langsung.Aku tertawa kecil.Kenangan dulu memang indah.

Haha..Harraz memang selalu mungkir janji”.Ujarku sambil ketawa kecil.

Aku akan sentiasa pegang pada janji, Aimin”. Aku tersentak apabila terdengar suara yang amat aku kenali.Aku tidak menoleh mahupun berpaling.Aku masih memandang kerusi batu tersebut.Aku menggenggam tanganku seerat mungkin.

Kenapa baru sekarang ?” soalku.

Ha ?” Harraz blur.

Kenapa baru sekarang kau nak tegur aku.Kenapa bukan sebelum ni ?” soalku dalam nada sebak.

Aimin…aku..aku”.Harraz mengusap belakang rambutnya.Tanda dia sedang serabut.

Kau memang dah lupakan aku Harraz.Kau memang dah lupakan aku” ujar aku.Pipi aku sudah dibasahi dengan air mata.

Aimin..aku takkan pernah lupakan kau.Aku buat semua ni sebab terpaksa”.Aku berpaling memandangnya.Terpaksa ? macam cerita dalam novel pulak.

Terpaksa ? Apa maksud kau ?”soalku.Hatiku sudah berdebar-debar.Dia suka aku ke ? Hehehe…kalau dia suka aku maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan.Erk..abende aku merepek ni.Tak mungkin dia suka aku.Dia kan dah ada Fatihah…Hurmm.

Sebenarnya..aku suka kamu Aimin”.Jawab Harraz malu-malu.Gulp ! aku menelan liur.Betullah apa yang aku fikirkan tadi.Harraz suka aku ? Wow, aku rasa macam nak pengsan.

Kan kau dah ada Fatihah ?” Aku menyoal.

Sebenarnya Fatihah tu just my cousin.Aku nak bagitau kau yang aku sukakan kau, tapi kau selalu cakap yang kita ni BFF selama-lamanya.Aku takut kau akan pergi tinggalkan aku”.Harraz menundukkan mukanya.Aku pula tersenyum kecil.Haii…buat penat je aku menangis selama ni.

Tapi Aimin…minggu depan aku akan pindah”.Aku memandang tepat pada wajahnya.Harraz nak pindah ? Tadi baru je dia cakap takut aku tinggalkan dia.Tapi sekarang ni, dia pulak yang nak tinggalkan aku.

Aku menjauh dari kau selama ni sebab aku akan pindah Aimin.Selama 8 tahun.Aku takkan ada kat Malaysia.Aku akan pindah ke Australia”.Terang Harraz.Matanya ashik memandang wajahku.

Aku nak mintak maaf dengan kau.Aku tau, mesti kau tersinggung selama ni dengan perbuatan aku.Aku buat semua ni sebab aku taknak bila aku pindah dah kau akan rindu aku”.Sambung Harraz lagi.Air mata aku nak jatuh lagi.Tadi aku seronok sekarang aku sedih.Tapi cepat-cepat aku menyekanya kembali.

Rindu ? Hahaha..kau ni lawaklah Harraz.Memanglah aku akan rindu kau tapi kau tak payahlah nak jauhkan diri kau dari aku.Disebabkan kau dah buat aku tersinggung, kau kena belanja aku makan selama seminggu dekat restoran mamak !” laungku sambil tergelak kecil.Cuba menahan rasa sedih.Aimin…jangan nangis lagi.Kau kena happy selalu.

Harraz memandang aku tak percaya.Lalu, dia tergelak sama. “Aimin, you know what, you are my best friends and will be my future wife 8 tahun akan datang”.Aku berhenti gelak.Future wife ? Gila apa.

Macam mana ? Kau terima tak lamaran romantik aku ?” sambung Harraz lagi sambil menagangkat kening.Aku mencebik.Romantik ? Err..nak muntah aku dengar.

Romantik kau cakap ? Kat kawasan sekolah.Tepi tong sampah.Sebelah tandas.Cincin pun takda.Ada hati nak cakap romantik”.ejekku.Padahal dalam hati dah terharu.Buekk.

Hahaha…so, your answer is ?” Tanya Harraz.Aku memegang daguku.Buat macam berfikirlah kononnya.Padahal dalam hati suruh cakap YES !

Okeylah, sebab aku hargai dengan lamaran kau, aku terimalah lamaran kau yang teramat ‘romantik’ ni”.Haha..ceh jual mahal pulak aku ni.

Gedikkkknya kau…kalau dah suka tu cakap jelah suka ! Ni nak jual mahal konon”. Harraz mencebik geram.Aku hanya ketawa.

Dulu kau ejek aku hitam.Tengok sekarang , yang hitam ni jugaklah yang kau suka.Kuat betul penangan orang hitam macam aku ni.Hahahaha”.Dah mula dah aku perasan.Biar lah…Hohoho.

Hmmm…okey aku mengaku.Orang hitam macam kaulah selalu buat aku angau.Kalau result SPM aku teruk.Aku akan salahkan kau”.Harraz menundingkan jarinya ke arah aku.

Aku hanya ketawa geli hati.Haiii…salahkan aku pulak.

Okey, Harraz.Aku akan tunggu untuk jadi future wife kau”.ujarku.Ikhlas dari hati kot.

Okey, aku akan tunggu untuk jadi future husband kau.Kau jangan nak cari jantan lain pulak.Kalau tak memang aku sepak kau habis-habisan”.Harraz bagi amaran.Aku menjelirkan lidah.Tak takut langsung.

Sekali aku berjanji, selamanya aku akan pegang pada janji.InsyALLAH”.Jawabku.

Cehhhhhh.Merpati sejoli nak kahwin rupanya”.Tiba-tiba ada dengar suara orang menjerit dari tingkat tiga.Aku mendongak.What ! Ada ramai pelajar kat tingkat tiga dan tingkat dua memandang ke arah kami.Ya ALLAH.Macam mana aku boleh tak sedar.Malunyaaa.Nasib baik dah habis sekolah.And, nasib baik semuanya budak form 5.

Cepat-cepat aku ambil beg , sebelum tu aku sempat menjerit kepada Harraz. “ Aku tau, kau yang panggil diorang semuakan ? Kau siaplah nanti.Ada padi,ada beras.Ada nasi, ada bekas.Ada hari, akan kubalas”.Aku mencampak ranting kayu ke arahnya.Harraz hanya ketawa dan aku terus berlalu pergi.Senyuman di bibir masih lagi tidak mati.Ini kot takdir aku.Moga jodoh aku dan dia berpanjangan..aminn.

p/s : Sorri,kalau cerita macam childish atau mengada-ngada atau gedik . Tapi,cerita ni kisah benar ye . hehe, lepas ni ada sambungan lagi :)