D'Owner! ![]() My Mood
Jejak kaki sini wehhh ![]() I Love them! ![]()
| Kisah Cinta Si Pengintip 4
BAB 4
Aku
memulakan misi ke dua.Iaitu mencuri masuk ke bilik bawah tanah
suamiku.Aku tahu, mesti suamiku ada menyembunyikan sesuatu dekat
dalam bilik bawah tanah tersebut.Selepas aje suami aku pergi
kerja.Terus aku memulakan misi kedua.
Dengan
langkah yang agak cepat.Aku membuka pintu bilik bawah tanah tersebut
dengan menggunakan kunci yang suami aku sorokkan di bawah tilam.Caid
ingat dia tak tahu ke tentang kunci yang Caid sorokkan.Hahahaha.Ini
isterimu yang pandai lah Caid.Cehhh.
Setelah
Berjaya membuka pintu bilik bawah tanah tersebut.Aku masuk ke dalam
dengan muka yang agak terkejut dan mulut terlopong.Wow ! Banyak gila
duit laki aku ni.Sampai ada 3 ‘biji’ komputer.Nak buat apa dengan
semua komputer ni ?
Baru
sahaja aku ingin mendekatkn diriku dengan komputer –komputer
tersebut, aku sudah terdengar bunyi pintu gril dibuka.Alamak ! Laki
aku dah balik ke ? Sekejapnya dia pergi kerja.
Dengan
tergopoh-gapah aku mengunci semula pintu bilik bawah tanah itu .Aku
terus membuka langkah menaiki tangga.Belum sempat aku mahu jejak
tangga yang terakhir, suami aku sudah berada di hadapanku.Aku menelan
liur.Gulp ! Alamak.Macam mana ni ? Aku memasukkan kunci bilik bawah
tanah itu ke dalam poket seluarku.
“Eh,
abang.Awalnya balik harini.Tak pergi kerja ke ?” Sengaja aku
bertanya soalan macam itu kepada Caid.
“Pergi”.Jawab
Caid.
“Abis
tu, apsal balik awal sangat ?” Tanya aku lagi.
“Hari
ni, abang dapat cuti.Sayang pulak buat apa kat bilik bawah tanah
abang ?”Caid pula yang menyoal aku.Aku tergamam.Err, nak bagi
alasan apa ni ? Hadoiii.
Aku
menggarukan kepala sambil memandang ke arah lantai yang agak bersih
tanpa sebarang habuk.Aku menggesel-gesel kan kaki.Sebenarnya tengah
fikir alasan apa yang aku nak bagi kat suami aku ni.
Aha
! Guna jelar idea tu. “Sebenarnya, Eiya tengah kejar tikus.Tikus tu
besar bang… Sebab tu Eiya turun ke bilik bawah tanah abang ni”.Apa
bende pulak aku merepek ni ? Bila masa pulak, rumah aku ni ada tikus
? Lantak jelar ! Hentam sajalah…
“Eh
ye ke ? Sejak bila pulak rumah kita ada tikus ? Nak abang bunuh tikus
tu ke ?” Caid menawarkan diri.Aku menggeleng laju.
“Tak
payahlah susah-susah.Abang duduk depan dan tengok Tv je”.Aku
menolak badan Caid ke arah ruang tamu.
“Haiii…tak
payahlah tolak abang.Abang tau jalan sendirilah sayang oii”.Aku
hanya tersengih.Selepas memastikan bahawa suami kesayangan aku sedang
ralit menonton Tv, aku secara senyap-senyap menaiki tangga ke tingkat
dua.Nasib baik tangga aku ni sudah terhalang oleh dinding yang
memisahkan dapur dan ruang tamu.
Aku
masuk ke dalam bilik dan meletakkan kunci itu semula ke bawah
tilam.Huh…selamat.Nasib baik tak kantoi dengan laki aku tadi.Aku
turun tangga dengan senang hati.
“Sayang
cakap nak halau tikus ?” terkejut aku apabila melihat Caid berada
di hadapanku.Alasan apa pulak yang aku nak cilok lepas ni ?
“Tikus
tu dah jadi arwah”.Aku bercakap dengan nada lirih sambil
menunduk.Caid memandang aku tidak faham.
“Tikus
tu dah kena makan dengan kucing jiran sebelah. ‘Cik Ti’ dah takde
abang. ‘Cik Ti’ dah takde”.Tiba-tiba je aku meraung lalu
mendakap suamiku.Apa kena dengan aku ni.Pasal tikus kena makan dengan
kucing pun aku boleh menangis teruk macam ni.Jangan sampai turun kat
anak aku sudah.
“Kenapa
dengan sayang ni ? Memanglah tikus kena makan dengan kucing.Sebab
tikus tu makanan kucing”.Jelas Caid.Aku mengangguk sambil mengelap
hingus dan air mata yang dah meleleh.Over acting betul aku ni.
“Dah..dah.Pergi
basuh muka tu.Lepas ni kita kan nak kena ambil scan baby kita kat
Hospital”.Aku memandang Caid.Caid ingat tentang hari nak kena
ambil scan baby.Tapi, aku dah hampir terlupa.
Aku
hanya mengangguk lalu menuju ke arah singki.Aku membasuh mukaku.Aku
berfikir sejenak.Touching betul aku arini.Memang bertuah betul ‘Cik
Ti’ tu sebab aku menangis untuk dia.
|