::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Kisah Cinta Si Pengintip 2


BAB 2
 “Hello”.Caid mengangkat telefonnya yang berbunyi.

“Salam takde ke? Terus ke hello”.Kedengaran suara Jo di talian sana.

“Hish, kau yang call aku.Patutnya kau yang bagi salam dulu.” Ujar Caid taknak mengalah.

“Okey-okey.Assalammualaikum”.

“Waalaikummussalam”.

“Pagi ni kita ada job.Jangan lupa tau”.Jo mengingatkan.

“Yeee…aku tak lupalah.Nanti aku pergi spy lagi perempuan kaya yang kau cakap tu”.Caid cakap dengan nada perli.

“Macam nada perli jer tu.Kau perli aku ke sebab aku cakap perempuan tu terlamapau kaya.Hahaha”. Joe ketawa.

“Mana ada aku perlilah.Tapi, kalau kau terasa baguslah”.Caid ketawa sama.
“Heshh.Okeylah, aku nak pergi breakfast dulu.Jangan lupa tauu.Bye, Assalammualaikum”.

“Waalaikumussalam”.Talian terus dimatikan.Caid bingkas bangun lalu terus pergi ke bilik air untuk mandi dan selepas itu ingin solat berjemaah bersama-sama dengan isterinya.

Keluar sahaja dari bilik air,Caid terus bergerak merapati katil untuk mengejutkan isterinya.Caid mencium dahi isterinya.Secara automatik, isterinya terjaga.

“Jom sembahyang subuh.Sayang pergi ambil air sembahyang dulu.Lepastu abang pulak”. Eiya menguap beberapa kali.Eiya bangun dari katil dan bergerak ke bilik air.Tak sampai 5 minit Eiya keluar dari bilik air.Caid pula yang berlalu ke bilik air untuk mengambil sembahyang.

Caid keluar dari bilik air, Caid melihat isterinya sudah bersiap-siap memakai telekung yang Caid berikan sempena hantaran perkahwinan mereka 6 bulan lepas.

“Apa yang abang tercegat kat situ.Jomlah sembahyang”.Eiya menarik lengan suaminya yang berlapik.

“Okey, tunggulah sekejap.Karang terlondeh kain pelekat abang ni.Tak tahu malu ke ? ”.Caid gelak terbahak-bahak.Muka Eiya terasa panas.Cepat-cepat diusap mukanya yang dia rasa sudah merah tahap masimum.

“Hish, jomlah abang.Nanti terlepas solat subuh”.Eiya cuba menghindarkan rasa malunya.

“Aik, terlepas apanya.Ada lagi masa 1 jam sebelum subuh habis.Eiya ni dulu mesti matematik selalu gagalkan”.Caid masih ingin mengusik isterinya.

“Abang….” Eiya memanggil suaminya dengan panggilan meleret.

“Yee……” Caid mengikut rentak isterinya.

“Abang ingat tak prinsip kita dulu?”.Eiya berpeluk tubuh.Caid menggeleng.Apa bende ye prinsip mereka dulu.Macam mana boleh terlupa ni.Hadoiii.

“ALLAH diutamakan, Isteri pula tunggu kemudian”. Eiya mengangkat kening.Caid menepuk dahi.Terlupa pula tentang prinsip mereka yang satu itu.

“Okey-okey.Sorry.Terlupaaa”.Caid membuat  gaya meminta maaf.Eiya sudah menahan gelak tapi saja buat gaya macho.

“Okey, dinda maafkan kanda.Lain kali, kanda jangan buat lagi dah tau”.

“Okey, kanda janji dinda”.

……………………..

Aku melihat Caid sedang memakai baju t-shirt Nike berwarna putih dan diapadankan dengan seluar jenas berwarna hitam.Perghhh, macho gila suami aku ni.

Caid menghampiri aku yang masih duduk di atas sofa.Aku malas mahu bersiap lawa-lawa.Aku hanya memakai seluar trackshuit dan baju t-shirt hitam kosong.Aku bangun dari duduk ku kerana ingin mengambil tudung yang berada di dalam bilik.

“Abang pergi dulu tau”.Aku terkejut.Nak pergi mana pulok ni? Kata nak teman aku pergi hospital.

“Abang nak pergi mana ?”.Aku bertanya.Di dalam hati aku sudah menahan sebak.

“Abang nak pergi kerjalah.Macam biasa hehehe”.Dia mengusap kepalaku.Aku hanya mengangguk.

“Okeylah, abang.Cepat-cepatlah pergi kerja tu”.Aku menolak badan suamiku ke arah pintu rumah.Aku takut kalau air mata ini tidak dapat lagi ditahan lalu mengalir.Aku malas mahu menghalang suamiku dari pergi kerja.Aku tak mahu memaksa dia untuk menemaniku.

“Halau abang ke ni ?”.ujarnya sambil tergelak kecil.Aku pantas menggeleng.Aku mencium tangannya lalu terus menutup pintu.Aku tahu, kelakuanku agak kurang ajar.Tapi air mata ini sudah hampir tumpah ke bumi.

Aku terduduk di depan pintu sambil memeluk lutut.Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana sakitnya perasaan aku ketika ini.

Selepas 10 minit aku menangis.Aku bangun dan terus membuka langkah naik ke bilik untuk mengambil tudung.Aku terpaksa pergi seorang diri.Haih..redha jelah.
……..
“Buat apa pulak ni ?” Caid merebahkan badannya di atas sofa panjang.

“Macam biasalah.Mengintip perempuan tu”. Ujar Jo.

“Malas”.Selamba sahaja Caid berkata.

“Kau jangan nak mengelat okey.Kau dah janji nak buat job ni”.Jo menyekeh kepala Caid.

“Aduhhh.Kepala jangan main aaa…”.Caid mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya yang sakit.

“Kau nak buat ke tak job tu”.Jo mengugut.Bajet gangsterlah kononnya tu.

 “Fine ! Aku buat kerja tu”.Caid akhirnya mengalah.Malas mahu bergaduh dengan orang macam Jo ni.Buang karan je nanti.

“Bagus-bagus.Go to your job !”.Jo menolak badan Caid.Caid menjeling Jo seketika lalu terus bertapak menuju ke arah keretanya.

……………

“Tahniah ! Puan mengandung dah 3 bulan”.Doktor Yati memberitahu berita gembira itu dengan nada yang teruja.

Aku yang masam tadi terus mengangkat muka.Aku dah nak jadi mama.Aku nak jadi mama.Yeyeiii.
“Betul ke doktor ?”.Aku bertanya meminta kepastian.

“Yup ! Nah ni surat appoiment yang Puan buat dengan hospital ini.Minggu depan, Puan sila datang lagi ke sini untuk mengambil gambar scan janin Puan”.Ujar Doktor Yati yang masih lagi tidak lekang dengan senyuman.

“Okey, terima kasih doktor”.Aku menyambut huluran surat appoiment yang Doktor Yati berikan.Bibir aku masih lagi tersenyum.Ya ALLAH, gembiranya hatiku.

Aku keluar dari bilik Doktor Yati dan terus menuju ke tempat parking kereta.Aku masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin kereta sambil bernyanyi kecil kerana hatiku begitu gembira.Tapi tak lama.Hampir 5 minit aku memandang seorang lelaki yang duduk di sebalik tiang dan aku amat kenali lelaki itu.Lelaki itu sedang memandang seorang perempuan yang memang aku kenali juga.

Ya ALLAH ! Apa yang suami aku  sedang buat ? Kenapa dia memandang jiran aku tu pulak ? Mereka ada apa-apa hubungan ke ? Hish, Nauzubillah.Semoga dijauhkan ALLAH.Aku tak boleh cepat curiga.Aku kena siasat lagi.Dah 2 kali aku tengok benda yang sama macam ni.Tapi, kali pertama aku tak berapa pasti.Kali ni, aku kena siasat betul-betul ! Misi dijalankan !

…………….

Selepas 2 jam mengekori perempuan kaya a.k.a Hamidah itu.Caid pulang ke rumah dengan wajah yang sembap dan penat.Mana tak penat, Hamidah tu ashik masuk dalam mall, mall dan mall !

 “Abang dah balik.Nak minum apa-apa tak ?” Isteri kesayangannya sudah bertanya soalan yang sudah biasa didengarinya.
“Susu”.Susu aje memanjang.Dah takde minuman lain agaknya.

“Okey, kejap”.Eiya berlalu ke dapur.Tak sampai 5 minit, Eiya kembali ke ruang tamu
.Eiya menghulurkan gelas yang berisi susu Everyday itu kepada suaminya.

Caid menyambut huluran isterinya dan terus diteguk air susu itu sehingga habis.Eiya memandang wajah suaminya.Eiya tergelak kecil.Kerana terdapat sedikit sisa air susu itu di atas bibir suaminya.
Cup !

Eiya mencium bibir suaminya.Caid terkedu.Erk…sejak bila isteri aku ni suka cium-cium mulut orang ? Caid akhirnya tersenyum lalu menjeling ke arah isterinya.Eiya buat-buat tidak nampak.Sengaja dia berbuat begitu.Sejak dia mengandung, dia ashik mahu bermanja dengan suaminya sahaja.

“Sayanggggggg…..”.Caid memanggil meleret.

“Abangggggggg….”.Eiya mengikut rentak suaminya.

“Ada apa-apa ke yang abang tak tahu?”.Caid mengangkat kening.Eiya hanya tersenyum.

“Entahlah”.Eiya mengangkat bahu.Terus Caid mencubit pipi gebu isterinya.Eiya cuba melepaskan diri, tetapi tidak berhasil.Akhirnya Eiya mengalah.

“Okey-okey.Eiya bagitau.Ehem..ehem..6 bulan dari sekarang, abang akan jadi papa”.Lebar senyuman Eiya waktu itu.

“Ehh, buat apa abang nak jadi papa.Papa kan dah tua.Abang taknak jadi papa.Abang nak jadi diri abang sendiri!”.Caid sudah membebel di hadapan isterinya.Tetapi isterinya hanya ketawa terahak-bahak.

“Kenapa gelak ? Ada benda yang lucu ke ?”.Caid mengangkat kening.Eiya masih lahi tergelak gelak sambil menonggeng.Eh, dah kes parah dah tu.

“Haiii..apalah abang ni.Abang akan jadi papa untuk anak kita nanti.Bukannya Eiya suruh abang jadi ‘papa’ abang tu “.Caid memandang wajah isterinya dengan mata yang tak berkelip.

“Abang jadi papa”.Ujar Caid sambil menunjuk ke arah dirinya.

“Yup !”.Eiya mengangguk laju dengan wajah tersenyum, tapi tidak lama lepas tu senyuman itu menjadi hambar.Caid mengerutkan kening.Pasai apa pulok ni.

“Kenapa ni sayang.Patutnya sayang happy, sebab kita akan dapat baby”.Caid mengusap lembut bahu isterinya.

Tiba-tiba, Eiya menangis teresak-esak.Caid kalut.Kenapa ni ? Aku ada buat salah ke ?
“Abang tipu !”.Eiya menepis sedikit tangan Caid.

“Tipu apa ni sayang ?” Caid bingung.Aku tipu apa ?

“Semalam abang dah janji nak temankan Eiya pergi hospital untuk check up.Tapi, pagi tadi abang terus pergi kerja.Abang tipu Eiya !”. Semakin kuat raungan Nadiah a.k.a Eiya.Caid tergamam.Ya ALLAH, sesungguhnya aku dah lupa tentang tu.Astraghfirullahalazim.

“Sayang…err..abang mintak maaf.Abang betul-betul terlupa.Sorry sangat-sangat.Abang takde niat pun nak tipu sayang”. Caid menarik badan isterinya dan terus memeluk isterinya sekuat hati.

Eiya memukul-mukul dada suaminya. “Abang tipuuuu.Tipuuu.Kalau tak, mesti kita sambut berita gembira ni sama-sama.Tapi pagi tadi Eiya sorang je yang sambut berita tu”.

“Eh, bukan dengan doktor sekali ke yang sambut berita gembira tu dengan sayang emm”.Caid mengusik.Eiya menarik muka masam.Aku tengah merajuk ni, boleh pulak dia buat lawak.

“Alalala,sayang.Abang mintak maaf sangat-sangat ! Sorry ! kalau lepas ni sayang nak pergi hospital, abang akan temankan sayang.Abang janji !”.Caid mengeluarkan jari kelingkingnya.

Eiya memandang lama jari kelingking tersebut.Dia memandang wajah suaminya. “Minggu depan, Eiya kena pergi hospital sebab kena ambil gambar scan janin tu.Abang janji kena ikut Eiya”.

“Abang  janji”. Caid tersenyum manis.Eiya  memebalas senyuman suaminya.Lalu, jari kelingkingnya bersambung dengan jari kelingking suaminya.