::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


cerpen:awak hero saya heroin


Nizwan sudah beberapa kali cuba melepaskan diri daripada gudang usang yang berada di tengah hutan ini.Setiap kali dia cuba melepaskan diri pasti ada saja halangan.Nizwan sudah 3 hari diculik oleh beberapa orang penjahat yang menggelarkan diri mereka sebagai The Crow.

Nizwan bersandar di dinding kerana terlalu penat untuk memikirkan tentang nasib dirinya.Dia diculik sewaktu balik dari tempat kerja.Entah, macam mana ada sebatang kayu menghempap kepalanya.Sedar-sedar, dia sudah berada di sebuah gudang usang ini.

Kedua belah tangan dan kaki Nizwan telah di ikat.Nizwan tidak mampu untuk bergerak.Dia sudah terlalu letih untuk bergerak.Mata Nizwan makin lama makin kuyu.Hampir sahaja matanya hendak dipejamkan, pintu gudang tersebut dirempuh.Nizwan tersentak.

Nizwan melihat konco-konco penjahat sudah masuk ke dalam gudang.Salah seorang daripada mereka ataupun dipanggil sebagai Jackie mencempung seorang perempuan yang Nizwan agak sudah pengsan.Jackie meletakkan perempuan tersebut di sebelah Nizwan dan mengikat kedua belah kaki dan tangan perempuan itu.Mulut perempuan itu telah ditampal dengan pita pelekat berwarna hitam.

Nizwan menoleh sekilas ke arah perempuan yang ayu bertudung.Tapi tudungnya nampak tidak kemas.Nizwan berasa simpati.Diri sendiri pun tak selamat lagi, ada hati nak simpati kat orang lain.Aduhai..fikir tentang keadaan diri kau dulu Nizwan.

Selepas semua konco-konco The Crow keluar dari gudang, Nizwan akhirnya terlelap.Lama juga dia tertidur, sehinggalah dia terdengar suara esakan perempuan.Nizwan membuka matanya perlahan.Matanya masih kabur lagi kerana pening.

Ehh..apsal, ada bunyi suara perempuan ni ? Bukan aku sorang je ke yang ada kat dalam gudang.Eee..seramnya.Nizwan masih lagi mamai ataupun boleh dipanggil nyanyuk.Takkanlah tak ingat kat perempuan yang baru kena culik tadi.Hadoyai...Wan..Wan..

Esakan perempuan semakin kuat.Nizwan membuka matanya.Baru nampak jelas.Tidaklah kabur seperti tadi.Nizwan menoleh ke sebelah kiri.Emm..takde sapa-sapa pun.Nizwan menoleh pula kesebelah kanan.

“Arghhhhhhh”.Nizwan menjerit kerana terekejut.Terkejut melihat ada perempuan di sebelahnya.Nizwan..Nizwan..memang kau ni dah nyanyuk agaknya.

Gadis itu memandang Nizwan tanpa berkelip.Nizwan menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.Nizwan memandang semula wajah perempuan  yang agak serabai itu.Tudungnya sudah macam bukan tudung lagi.Dah tercarik sana-sini.Sedikit sebanyak otak Nizwan mula memproses.

“Mmm..mmmm…mmm”.Gadis itu ingin mengatakan sesuatu, tetapi di sebabkan mulutnya telah ditampal dengan pita pelekat, susah untuk Nizwan faham apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu.

“Apa bende yang awak cakap ? Mmm..mmm..mmm..abende ? Satu apa pun saya tak paham”.Nizwan sudah mula membebel.Gadis itu mengeluh perlahan.Selepas itu, gadis tersebut menyuakan mulutnya ke arah Nizwan.Menyuruh Nizwan membuka pita pelekat yang melekat di mulutnya.

Nizwan yang agak keliru mengangkat kening.Apa kena perempuan ni ? Sua-sua mulut dia pulak.Ingat aku nak sangat cium mulut dia.Pigidahhhh.

Gadis itu menggeselkan lengannya dengan lengan lelaki disebelahnya ,menyuruh  lelaki itu membuka pita pelekat dimulutnya.Memandangkan tangan mereka telah diikat di belakang, jadi semakin susah untuk mereka bergerak.

Nizwan menjauhkan jaraknya dengan jarak gadis disebelahnya.Ya ALLAH, miangnya perempuan ni.Nak gesel-gesel pulak.Ingat aku akan tergoda ke ? Iman aku masih kuat lagi ye.Lelaki sejati gitu.

Gadis itu sudah sakit kepala mahu meminta tolong dari Nizwan.Dia Cuma ada satu cara sahaja.Gadis itu membaringkan dirinya lalu mengesot menuju ke arah tiang kayu yang terdapat banyak paku.Gadis itu mencucukkan pita pelekat itu menembusi paku dengan berhati-hati.Dan akhirnya barulah pita pelekat itu Berjaya ditanggalkan.Selepas itu, gadis itu menjeling Nizwan tajam.

“Saya masih ada maruah.Saya bukan sengaja nak bergesel dengan awak.Saya Cuma nak mintak tolong awak tanggalkan pita pelekat kat mulut saya.Itu aja”.Nizwan terkedu seketika apabila melihat seluruh wajah gadis dihadapannya.Tadi muka gadis itu tidak berapa nampak keseluruhannya disebabkan pita pelekat yang berada di mulut gadis itu.

“Nama awak apa ek?” Gadis itu bertanya,

“Nasran Nizwan”.Nizwan menjawab secara automatik.Mulutnya bagai sudah di control.

“Ooo..Nama saya Aimy Marissa.Just called me Aimy”.Aimy tersenyum.Jelas senyuma Aimy hambar.Mungkin di sebabkan masih lagi trauma dengan keadaan seperti ini.Nizwan membalas senyuman Aimy.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu gudang yang terbukak dari luar.Aimy dan Nizwan memandang pintu gudang yang agak usang itu.

Jackie dan Rockie masuk kedalam gudang tersebut dan duduk di atas kerusi besi yang memang sudah tersedia ada di dalam gudang.

Jackie bangun dari duduknya lalu mendekati Aimy.Aimy mengesot ke belakang kerana takut.Jackie menarik lengan Aimy, menyuruh Aimy berdiri.Aimy menurut.Matanya sudah bergenang dengan air mata.

Nizwan ingin melawan, tapi dirinya tidak mampu disebabkan tangannya yang sudah di ikat.Jackie menarik Aimy supaya mengikutnya keluar.Aimy meronta tidak mahu.Pipinya sudah basah dengan air mata.

“Jangan melawan boleh tak? Ikut aku sekarang !” Begitu keras suara Jackie.

“Apa yang kau nak hah? Aku takde duit nak bagi koranglah!”.Aimy menjerit.Jelas wajah Jackie menahan geram.

“Rockie.Tolong aku, seret perempuan ni !” Jackie memanggil Rockie yang sedang memerhatikan mereka.

“Korang jangan apa-apa kan dia !” Rockie dan Jackie mengalihkan pandangan ke arah Nizwan.Mereka tersenyum sinis.
“Heh, kau nak berlagak jadi hero lah ni.Silakan..Aku nak tengok macam mana kau dapat selamatkan dia”.Jackie melepaskan Aimy.Aimy rebah kerana tidak dapat mengawal keseimbangan badan.

Nizwan memandang Aimy yang sudah terkulai layu di atas lantai simen yang agak kotor.Aimy cuba untuk bangun tapi tidak boleh disebabkan tangannya yang terikat.

“Apa lagi ? Tolong ah dia ! Tadi kau nak berlagak jadi hero kan ? Aku dah bagi kau jadi hero, kau taknak pulak.Huh !”.Jackie mencempung Aimy keluar dari gudang using itu.Aimy tidak dapat melawan kerana badannya dicempung kuat oleh tangan sasa Jackie.Rockie mengekori Jackie dari belakang.Nizwan pula hanya dapat melihat mereka berlalu.Terus tiang yang berada di sebelahnya ditendang.

Shit”. Habis perkataan itu di sebutnya.
……………
Hampir 5 jam Nizwan menunggu kelibat Aimy dan Jackie.Tapi masih tidak muncul-muncul.Nizwan mengeluh kasar.Tangannya sudah kebas.Kakinya juga sama.Nizwan cuba mencari kaca.Tapi tidak jumpa.Bukan dia tidak mahu menggunakan paku, tapi dia sudah cuba waktu hari pertama dia diculik.Paku itu tidak dapat memutuskan tali yang terikat di tangannya.

Nizwan termenung sebentar.Tiba-tiba pintu gudang terbuka.Cepat-cepat Nizwan mengalihkan matanya untuk memandang pintu gudang tersebut.Kelihatan Aimy dan Rockie masuk ke dalam gudang.Rockie mendukung Aimy menggunakan bahunya, lalu dilemparkan Aimy di atas simen kotor.Berang Nizwan melihatnya.

“Haish ! Tak laku betul perempuan ni, tak guna !” Nizwan mendengar Rockie membebel sendirian sambil menumbuk meja kayu yang terdapat disitu.

Tak laku ? Maksudnya, Aimy nak kena jual ? Bangsat betul diorang ni ! Sekali lagi perkataan kotor keluar dari mulut Nizwan.

Selepas sahaja Rockie keluar dari gudang, Nizwan terus mengesot mendekati  Aimy.Sampai sahaja di sisi Aimy, Nizwan terus menggerakkan tubuh Aimy menggunakan lengannya.Wajah Aimy tampak pucat.Matanya sedikit sembap dan terdapat kesan lebam di pipi kanan Aimy.Mesti kena tampar dengan konco The Crow.Tudung Aimy pula masih lagi tersarung di atas kepala.Tapi tudungnya memang terlalu serabut.Ada rambut halus terkeluar sedikit dari celah tudung.

Aimy membuka matanya sedikit.Apabila melihat wajah Nizwan di hadapannya terus dia menangis tersedu sedan.Makin lama makin kuat tangisannya.Nizwan hanya memandang belas.

“Saya nak keluar dari sini.Saya nak keluar dari sini ! Mereka ingat saya takda maruah.Mereka ingat maruah saya boleh dijual beli ? Saya benci diorang ! Benciiiii !” Aimy meluahkan perasaanya kepada Nizwan sambil menangis.


Nizwan memandang sayu.Dia mengeluh perlahan. “ Kita pasti boleh keluar dari sini.Saya pasti akan tolong awak”. Lembut suara Nizwan memujuk.

Aimy mendongak untuk memandang wajah Nizwan.Tapi wajah Nizwan tidak berapa jelas.Nampak samar-samar disebabkan cahaya matahari yang memancar di tingkap belakang.Eh, tingkap ? Tingkap buat daripada kaca.So..mesti dapat putuskan ikatan ni.Aimy tersenyum sendiri.

“Betul ke awak nak tolong saya?” Aimy bertanya.Nizwan mengangguk.Aimy tersenyum meleret.Ada maskud disebalik senyumannya itu.

“Awak nampak tak tingkap kat belakang awak tu ?”Aimy memuncungkan mulutnya ke arah tingkap.Nizwan menoleh kebelakang.Selepas itu, dia memandang Aimy semula.

“Nampak.Kenapa?” Nizwan mengangkat kening.

“Tolong pecahkan tingkap tu”.Selamba sahaja Aimy menyuruh.Nizwan sudah membeliakkan biji mata.
“Gila !” Nizwan bertempik.

“Tolonglah.Rockie dengan Jackie dah keluar.Waktu ni je kita boleh pecahkan tingkap tu”.Aimy merayu.

“Tapi, konco dia masih ada kat luar kan?” Nizwan masih lagi tidak mahu mengalah.

“Konco tu  kerja part time je.Diorang pun ada anak bini nak kena jaga kat rumah tu”.Terang Aimy lagi.Nizwan berfikir sejenak.Konco-konco tu kerja part time je ? Patutlah, jarang nampak diorang kat gudang ni.

“Mana awak tahu yang konco tu kerja part time je ?” Nizwan bertanya.

“Tadi waktu kat dalam kereta, diorang cakap yang diorang nak balik sebab bini diorang dah  bising sebab balik lambat” ujar Aimy seraya ketawa perlahan.Nizwan mengangguk faham.

“Okey.Tapi awak boleh tak tolong bukak kan ikatan kaki saya ni?” Nizwan meminta tolong.Aimy mengangguk.Kalau nak bukak ikatan tangan tu susah sikit.Sebab ikatan tangan tu lagi kuat dan ketat.Lepastu,ikatan tu dia buat simpul mati .

Aimy membelakangkan badannya, dan tangannya terus mencari kaki Nizwan.Selepas dapat mencapai kaki Nizwan, terus Aimy membuka ikatan yang agak ketat itu.

Selepas Berjaya membuka ikatan, Nizwan bangun dari duduknya dengan susah payah.Dia berjalan menuju  ke tingkap.Dengan bacaan bismillah, Nizwan menendang cermin tingkap tersebut.Habis cermin tingkap itu pecah.Nizwan bertinggung kerana hendak mencapai kaca yang sudah berselerakan di atas lantai.

Nizwan membawa serpihan kaca itu menuju ke arah Aimy.Nizwan duduk di sebelah Aimy lalu cuba memotong ikatan tali tangannya dahulu.Hampir 10 minit, barulah ikatan tali itu terputus.Nizwan mengucap syukur.Entah macam mana, dengan kedatangan Aimy, terus segala urusannya menjadi senang.Selalunya kalau nak bukak ikatan tali tu pun mengambil masa selama beberapa jam.

Nizwan bergerak menuju ke arah Aimy, lalu cuba untuk membuka ikatan Aimy pula.

“Okey, dah dapat bukak ?”Aimy bertanya.

“Belum.Sekejap”.Nizwan cuba membuka lagi.Tapi, ikatan Aimy itu terlalu ketat dan bersimpul mati.Ikatan tali itu sangat tebal.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi enjin kereta.Muka Aimy dan Nizwan pucat.Nizwan cuba membuka ikatan itu  lagi.Masih tidak mahu.

“Awak pergi je.Biar saya duduk kat sini.Nanti awak boleh call polis”. Aimy memberikan cadangan.Terus Nizwan menggeleng.

“Awak sekarang ni dibawah tanggungjawab saya,Saya takkan biarkan awak kat sini sorang-sorang”. Ujar Nizwan ikhlas.Aimy berasa terharu.Terus dia menundukkan mukanya.

Nizwan terdengar bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah pintu.Nizwan tidak membuang masa.Terus Nizwan mencempung Aimy dan berlari meuju ke arah  cermin tingkap yang pecah tadi.

Aimy terkedu.Jantungnya berasa berdebar-debar.Nizwan melangkah tigkap tersebut.Belum sempat dia mahu melarikan diri, terdengar jeritan Jackie.

“Woi ! Jangan Lari”. Jackie dan Rockie berlari menghampiri mereka berdua.Nizwan terus membuka langkah seribu masuk ke dalam hutan yang berada di belakang gudang..Aimy menoleh sedikit ke belakang.Ternyata Rockie dan Jackie masih mengejar mereka.Aimy memandang pula muka Nizwan.Muka Nizwan nampak mengah dan pucat.Mesti keletihan sebab mencempung dirinya.Tadi rasanya kaki Nizwan ada sedikit luka, mungkin luka sewaktu ingin menendang tingkap.

“Awak, awak letak jelah saya kat sini.Diorang masih kejar kita.Awak dah tak larat tu.Keselamatan diri awak tu lagi penting” Suara Aimy lirih.Bukan disebabkan, dia menyuruh Nizwan meninggalkannya disitu.Tapi, di sebabkan ia berasa begitu terharu.Terharu kerana Nizwan sanggup menyelamatkan dirinya.

“Saya dah cakap dah tadi.Jadi, saya taknak ulang ayat tu dua kali” Suara Nizwan tersekat-sekat sedang menahan  nafas.

“Aku kata jangan lari woii.Jahanam betul !” Suara Jackie kedengaran lagi.Kali ni begitu kuat.Sehingga bergema seluruh hutan.Lagi laju larian yang dibuat Nizwan.Nizwan menghela nafas lega apabila ia ternampak jalan raya di hadapannya.

“Aimy, kita akan  selamat”.Nizwan bersuara perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh telinga Aimy.

“Ye, kita pasti akan selamat”.Pipi Aimy tiba-tiba terasa panas.Air matanya sudah mula turun.

Sampai sahaja di kawasan jalan raya, nasib mereka memang bertuah disebabkan ada dua polis trafik sedang cuba menyaman seorang  pemandu kereta.

Belum sempat Nizwan melangkah ke arah polis trafik itu, bunyi tembakan bergema.Nizwan tersungkur jatuh.Aimy turut terjatuh.Polis trafik dan pemandu kereta tadi terkejut.

“Haha, aku dah cakap jangan lari.Inilah akibatnya.Hahahah”.Jackie dan Rockie tersenyum puas.Mereka mendekati Nizwan yang sudah terbaring.Mereka tidak nampak akan kelibat dua orang  polis trafik tersebut.

Polis trafik terus bertindak dengan menyiku leher Rockie dan Jackie.Kebetulan polis trafik itu berada di belakang mereka.Jackie dan Rockie pengsan akibat perlakuan dua orang polis trafik tersebut.Jackie dan Rockie terus di gari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis.

Pemandu kereta atau dipanggil sebagai Imran membuka ikatan tali Aimy.Selepas ikatan dibuka, Aimy berlari menuju ke arah Nizwan.Nizwan ditembak di bahagian bahu.Luka itu nampak macam dalam.

“Nizwan, bangun.Bangun.Awak mesti kuat”.Aimy menggoncangkan tubuh Nizwan.Tapi tiada reaksi daripada Nizwan.

“Kita kena hantar ke hospital sekarang !” Arah seorang polis trafik atau nama  dekat tag nama dia ialah Azril.

“Azril, jom angkat dia.Kita bawa dia pergi ke hospital” ujar seorang lagi polis trafik a.k.a azim.
Azril dan Azim mengangkat tubuh Nizwan ke dalam kereta Azril.Manakala kereta Azim telah dipenuhi oleh Jockie dan Rackie yang sedang pengsan.

Aimy berdoa di dalam hati.Ya ALLAH, selamatkan dia, sebagaimana dia telah menyelamatkan nyawaku.Amin…
………….
Sesampai sahaja di hospital, Nizwan dimasukkan ke bilik pembedahan di sebabkan peluru itu terlalu dalam dan pembedahan harus dibuat segera.

Pihak Polis cuba menelefon keluarga Nizwan.Hampir setengah jam baru dapat mencari nombor telefon keluarga Nizwan.Saat itu, hati Aimy hanya merisaukan tentang keadaan Nizwan.

Selepas mendapat keterangan daripada Aimy tentang apa yang berlaku, pihak polis terus balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Aimy menelefon Fatihah, iaitu sahabat baiknya tentang keadaan dirinya.Aimy hanya tiggal bersama dengan Fatihah kerana Aimy seorang anak yatim piatu.
……………
Keluarga Nizwan datang ke hospital  setengah jam kemudian.Ibu Nizwan ters menghampiri Aimy sambil menangis.

“Macam mana dengan keadaan dia?” Tanya ibu Nizwan.

“Saya tak tahu mak cik.Tapi, doktor cakap peluru tu terlalu dalam dan pembedahan harus dilakukan segera”.Terang Aimy.Ibu Nizwan terus terduduk di kerusi berdekatan.Keluarga Nizwan cuba menenangkan ibu Nizwan.

“Ana, sabar Ana.Nizwan pasti selamat.Abang yakin” Pak cik Nizam cuba memujuk.

“Tapi kalau tak selamat ?” Mak cik Ana masih menangis.

“Astraghfirullahalazim, kita kena banyak berdoa supaya Nizwan selamat” Pujuk pak cik Nizam lagi.Mak cik Ana hanya mengangguk.Dia turut terkejut apabila mendapat berita daripada pihak polis tentang anaknya yang hilang sekarang berada di hospital.Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaanya ketika itu.

Aimy memandang sayu ke arah pasangan warga emas itu.
…...…………..
Selepas 4 jam.Baru bilik pembedahan dibuka.Aimy, mak cik Ana dan Pak cik Nizam terus meluru ke arah doktor Amer.

“Anak saya selamat ke ?”Mak cik Ana bertanya.

Doktor Amer memandang kesemua wajah yang berada di hadapannya.Apabila doktor Amer memandang ke wajah Aimy, doktor Amer terus tersenyum.Doktor Amer tiba-tiba teringat perbualan antara dia dengan Nizwan sewaktu sebelum pembedahan.
………………..
“Cepat ! Kita kena lakukan pembedahan dengan segera”.Doktor Amer mengarahkan semua nurse yang terlibat dalam melakukan operasi pembedahan.

“Dok..tor..”.

Doktor Amer terus mengalihkan pandangannya  kepada wajah Nizwan yang pucat lesi tidak berdarah.

“Awak dah sedar ? Pembedahan pun tak buat lagi.Kuat betul semangat awak.” Sempat Lagi Doktor Amer berseloroh.

Nizwan hanya mampu tersenyum kecil.

“Doktor…kalau nyawa saya dah tak panjang…boleh tak doktor tolong bagitau sesuatu kat perempuan  tudung dia warna krim tu?” Nizwan meminta tolong dengan suara yang tersekat-sekat.

“Bagitau ape ?” Tanya doktor Amer.

“Bagitau, saya suka kat dia”.Selepas mengucapkan tiga perkataan itu, terus sahaja Nizwan pengsan.

“Baiklah”.ujar doktor Amer perlahan.Dah cukup semua peralatan, terus pembedahan dilakukan.
…………..
“Doktor”.Pak cik Nizam melambaikan tangannya ke wajah Doktor Amer.

“Ehh,ya”Terkejut doktor Amer dibuatnya.

“Macam mana dengan anak kami ni ha?” Tanya mak cik Ana lagi.

“Owhh.Anak mak cik selamat.Sekarang ni dia sedang berehat di bilik wad biasa.Peluru tu sudah dapat dikeluarkan”.Terang doktor Amer.Mereka bertiga terus mengucap syukur.Alhamdulilah.
……………….
Nizwan membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya terang menyukarkan dia membuka mata.Nizwan mengalihkan badannya sedikit menghadap ke kiri kerana bahu sebelah kanannya baru sahaja dibedah.

“Arghhhh”.Nizwan menjerit kerana terkejut apabila melihat seorang gadis yang sedang tidur secara duduk beralaskan lengan sedang berada di sbeelah kirinya.

Aimy yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana terkejut mendengar orang menjerit.Aimy membuka matanya.Dia memisatkan matanya menggunakan tangan.

“Apa awak buat kat sini ?” Tanya Nizwan.

“Mak ayah awak baru je balik.Dia suruh saya temankan awak kejap, sebab diorang nak ambik baju”.ujar Aimy.Sebenarnya, dia begitu teruja kerana Nizwan sudah sedar sekarang.

“Mak ayah saya pun ada ?” Nizwan mengerutkan kening.

“Ha ah.Diorang datang sebab pihak polis telefon”.terang Aimy.

Nizwan mengangguk sebelum  matanya menangkap penampilan Aimy.Erm..nampak semakin kemas dan semakin comel.Kalau  tidak, sebelum ni muka Aimy kotor dengan debu.

“Ooo…Erm…Aimy, boleh tak saya cakap sesuatu kat awak ?”Nizwan memandang wajah Aimy.

“Boleh.Tapi sebelum tu saya nak cakap kat awak sesuatu”.Aimy membalas pandangan Nizwan.

“Apa dia” Nizwan menggaru dagunya yang ada janggut sejemput.

“Saya nak cakap terima kasih dan minta maaf banyak-banyak kat awak.Saya bersalah sangat-sangat.Sebab saya, awak jadi macam ni.Saya mintak maaf”.Sudah berapa kali Aimy mengulang perkataan minta maaf itu.

Nizwan tersenyum.Nizwan memegang lehernya.Kalau dia malu mesti dia kena pegang leher.Ikut keturunan kot.Hehe.

“Saya kan dah cakap aritu.Awak tanggungjawab saya.Saya kena jaga awak sebaik-baiknya.Lagipun….” Nizwan menundukkan mukanya.Tiba-tiba sahaja mukanya menjadi panas.

“Lagipunnnnn….?” Aimy mengangkat kening bertanya.

“Err….444 !” Nizwan terus memejamkan matanya.Aimy blur.444 ?
“Ha ? 444 ? Abende tuh ? Nombor ekor ke ?” Bertalu-talu soalan Aimy berikan untuk Nizwan.

“Hish..takkan tak tahu kot.444 lahh”.Nizwan menguatkan sedikit suaranya.

“Saya memang tak tahulah”.Aimy mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

“Saya suka awaklah !” Terus Nizwan mengambil bantal dan menutup mukanya.

“Itu bukan 444.Tapi 447” Aimy tersenyum.Nizwan pelik.447 ?

"147 ? means`?” Nizwan bertanya.Tapi  mukanya masih lagi ditutup dengan bantal.

“Awak cakap, ‘saya suka awaklah’.Kan ada ‘lah’ kat belakang tu.So, maknanya itu bukan 444 tapi 447”. Nizwan mencebik.Cis, dia dah terkena Aimy ketawa mengekek.

“So, apa jawapan awak?” Nizwan tetap menutup mukanya.

“Macam mana saya nak bagi jawapan, kalau awak tak tunjukkan muka awak tu”.Lambat laun, akhirnya bantal itu dikalihkan ketepi juga.

“Okey.Cepatlah bagitau!” Gesa Nizwan tidak sabar.

“43447”.jawab Aimy pendek.

“43447?”

“Saya pun suka awak jugaklah”.Kali ini wajah Aimy pula yang merah.Terus bental yang berada di dakapan Nizwan ditarik bagi menutup mukanya.

Nizwan ketawa.Selepas itu, dia menarik bantal yang Aimy gunakan untuk menutup wajah Aimy yang sudah merah.Aimy ingin merampas balik tapi Nizwan sudah letakkan bantal itu di belakang badannya.

“Comel betul kalau muka awak merah-merah macam ni”Nizwan memuji.

“Saya tau saya comel” Aimy perasan sendiri.

“Perasan.Tapi, muka awak memang comel gilaaaaaaaaa!”Nizwan makin memuji Aimy.

“Saya tauuuuuuu.Terima Kasihhhhhhh”.ujar Aimy sebelum mereka berbalas pandang dan  ketawa bersama-sama.
………………….


TAMAT

*Hope enjoy.Cubaan pertama nak buat cerpen gaya macam ni.Agak susah sikit.Maaf kalau ada banyak kesilapan. ^_^