::Love You::
D'Owner!

Arahan : Sentuhlah gambar tu



Entries About Linkies Stuff

Hello! welcome to my bloggie :D


My Mood

SAMBUNG BELAJAR PULAK LEPAS NI



Jejak kaki sini wehhh




I Love them!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Anis Sofea 14
Others:   


Cerpen:You My Star



    
      
  “Ridha!”

Ridha berpaling mencari kearah suara yang cukup dikenalinya.Ridha tersenyum.Seorang lelaki yang cukup segak memakai baju kemeja kotak-kotak berwarna merah hitam dan seluar jean sedang menghampiri Ridha dengan senyuman yang cukup manis sambil membawa beg besar.

“Harraz, rindunya kat kau.Dah 4 tahun aku tak tengok muka kau.Dah lain gile”.

“Memanglah dah lain.Korea tu sejuk giler kamu tau tak.Pucat muka aku duduk kat sana.Rindu betul aku kat kau”.

Ridha ketawa kecil sambil menumbuk perlahan bahu Tengku Amir Harraz.Mereka berdua berjalan beriringan menuju kepintu keluar airport KLIA.

Mereka sampai dirumah Ridha pada lewat petang.Harraz duduk diatas pangkin sambil mengupas kulit mangga.Ridha menghampiri Harraz sambil membawa semangkuk sos pencicah yang dibuat sendiri.Bukannya susah mana pon.Bubuh kicap dengan gula,lepastu siaplah.

“Raz,duduklah lama sikit kat rumah aku ni.Lagipun kalau kau balik rumah kau mesti Datin dengan Datuk takda kat rumah kan?”

Ridha duduk bersimpuh sambil mengambil mangga yang sudah siap dikupas oleh Harraz.Harraz tersenyum kecil.Dia langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Ridha sebentar tadi.Memang dia sudah diberitahu oleh papanya bahawa papanya tidak dapat mengambil dia di airport kerana masih berada diluar Negara.Sudah pasti mamanya mengikut papanya sekali.

“Aku okey je.Kalau kau suruh aku tidur sini 3 hari 2 malam pon aku sanggup tau.Dari duduk melangut kat rumah aku tu buang masa je.Rumah besar tapi orang gaji je yang ada nak buat apa”.

Ridha sudah ketawa sambil menekan-nekan perutnya kerana tidak tahan.Harraz meneliti seluruh wajah Ridha.Memang cantik! Ridha dianugerahi oleh Allah sepasang mata bundar yang bulat,kulit yang putih mulus,hidung yang mancung tapi yang membuatkan wajahnya lebih sempurna adalah tahi lalatnya yang berada di pipi kiri.Nampak manis sekali.Harraz pernah juga menyimpan hati kepada Ridha.Tapi cuba diusir.Risau persahabatan yang terjalin selama 15 tahun itu terputus disebabkan perkara seperti ini.Perasaan ini hanya dia seorang sahaja yang tahu.

“Ridha! Raz! Jom masuk dalam.Dah nak maghrib ni”.Puan Khadijah menjerit memanggil Ridha Surfina dan Tengku Amir Harraz.Ridha Bangun dari tempat duduknya lalu melangkah masuk kedalam diekori oleh Harraz.

“Malam ni Harraz nak tidur sini ke ataupun nak balik ke rumah”.Puan Khadijah bertanya sambil melipat kain baju yang menimbun.

 “Balik kot makcik.Sebab papa cakap dia sampai malam ni”.Harraz yang baru lepas mandi mengelap rambutnya yang basah.Ridha yang sedang membaca novel Andai itu takdirnya tergamam melihat rambut Harraz yang basah dan bau sabun yang wangi ,sekali lagi membuat dia terpegun.Harraz memang kacak.Muka Harraz putih.Rambut dia smart,dahlah baik.Belajar pon pandai.Untung sapa yang jadi isteri dia.Huh.Ridha mengeluh kecil.

“Ridha!”

Ridha tersedar lalu melarikan anak matanya dari memandang wajah Harraz.Entah tiba-tiba dia terasa malu pula.Umur dia dan Harraz hanya berbeza 2tahun.Umur Harraz 25tahun.Umur dia pula 23 tahun.

“Ya.Nak apa?”Ridha kembali menyambung bacaannya untuk menghilangkan rasa gugup dihati.

“Aku nak balik dah ni.Esok kita lepak agi.Tapi kaulah pulak yang kene datang rumah aku.Lagipon mama dan papa aku dah lama tak jumpa kau kan?”

“Ha ah, memang pon.Dah 4 tahun aku tak jumpa mereka.Aku malulah nak datang rumah kau kalau kau takda”.Ridha meletakkan novelnya itu ketepi lalu  mengekori Harraz ke pintu.

Sementara menunggu pemandu Harraz menjemputnya.Harraz duduk di tangga batu sambil menongkat dagu.

“Orang-orang dulu cakap.Kalau suka termenung kat tangga, orang tak datang meminang tau”.Ridha yang tadi berdiri dipintu kini berada dihadapan Harraz.Harraz ketawa.Sepatutnya anak dara yang tak boleh duduk termenung kat tangga.Ni anak teruna pulak yang jadi mangsa.

“Aku anak teruna.Kau tu anak dara.Kalau kau termenung kat tangga baru takda sapa datang meminang.Kalau takda sapa,biar aku jelah yang datang meminang kau.Nak tak? hahaha”.Ridha sudah mencebik.Alih-alih dia aja yang terkena.Tapi hatinya tiba-tiba bergetar.Seperti ada perasaan aneh apabila bertemu dengan Harraz.

Harraz tersengih.Tapi apa yang diucapkan itu memang ikhlas dari hati.Kalau boleh dia memang ingin meminang Ridha.Tapi disebabkan mereka kawan baik.Dia harus melupakan niatnya yang satu itu.

Harraz melihat ada satu cahaya seperti cahaya kereta.Mesti kereta pemandunya sudah sampai.

“Okey ah Ridha.Pak Mat dah sampai dah tu.Aku blah dulu.Jangan lupa janji kita tadi,pukul 10 mesti wajib kene ada kat rumah aku”.Harraz meluru masuk kedalam perut kereta.Kereta sudah meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Ridha.

“Ha, Ridha.Harraz dah balik dah ke?”Puan Khadijah yang baru sahaja selesai solat menghampiri anak daranya yang masih tercegat di hadapan pintu.

“Baru je balik.Mak, esok pukul 10 Ridha dah janji nak pergi rumah dia jumpa dengan datin dan datuk”.

“Yelah.Kirim salam sekali Esok mak buat pengat durian.Jangan lupa bagi sekali yek”.

“Okey.Sedia menurut perintah! Hahahah”.
******      
“Assalammualaikum.Razz…. oh Razzz”.Ish mana pulak dia nihhh.

“Eh, cik Ridha.Masuklah.Datin dengan Datuk ada kat dalam tengah breakfast”.Mak Mah membuka pintu pagar lalu memanggil  Datuk Tengku Rashid dan Datin Rozita.     

“Eh, Ridha.Dah lama betul tak jumpa dengan Ridha.Ridha apa khabar sekarang?”Datin Rozita tersenyum.Ridha menyalami tangan Datin Rozita.

“Haha, malu nak datang rumah Datin waktu Harraz takda.Ridha okey je.Ni ha,mak bagi pengat durian”.Ridha menyuakan pengat durian yang diletakkan didalam tappurware.

“Eh, susah-susah je.Cakap kat mak terima kasih tau”.Datuk Tengku Rashdan menyampuk perbualan Ridha Surfina dan Datin Rozita.

“InsyALLAH pakcik”. Ridha memandang sekeliling mencari kelibat Harraz.Tetapi hampa bayangnya langsung tidak kelihatan.

“Ridha cari Harraz ye.Harraz tengah tidur lagi tu.Ridha tolong naik atas pergi kejutkan dia.Makcik nak tolong Mak Mah masak untuk makanan terngahari.Ridha makan terngahari kat sini jelah yek”.Ridha mengangguk.Datin Rozita terus berlalu kedapur.


*****

 “Ya ALLAH Harraz.Sekarang ni kau fikir dah pukul berapa.Bangunlah! Semalam beria ajak datang rumah, tapi dia beroloh lagi kat sini.Heiii, bangunlahhh”.   
Ridha mencampak semua bantal yang ada diatas katil itu.Harraz masih lagi tidak bangun.Kesabaran Ridha sudah sampai kemuncak.Dia akan menggunakan beberapa taktik untuk membuatkan Harraz terjaga hehehe.   

Taktik 1

Ridha mengambil kuali dan sudip.Lalu diketuk-ketuknya kuali itu.Membuatkan suasana bilik itu menjadi semakin bising.Harraz masih lagi tidak bangun malah dia masih sempat menghisap ibu jarinya.   

Taktik 2

Ridha mula menjalan kan eksperimen jahat.Dia mengambil secebok air lalu dicurahkan kemuka Harraz.Harraz terjaga Ridha tersenyum.Tapi buat beberapa saat Harraz terlena kembali.Mulut Ridha dah terlopong.Heiii.Ini orang ke hantu nii.Jaga kau Harraz.          

Taktik 3      

Ridha menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau sisa nasi semalam yang diletakkan didalam mangkuk.Eeee,busuknya bau nasi basi ni, uwekkk.Ridha menyuakan nasi basi itu kehidung Harraz.Harraz yang terasa mual terus terjaga dari tidur.Ridha pula sudah ketawa terbahak-bahak.
“Eh, Ridha.Apa kau buat kat bilik aku ni”.Selepas menghabiskan ayat tersebut Harraz terus berlalu kebilik air dan muntah disingki.Bau apa yang busuk sangat ni.Gelinyaaaa.

“Kau yang suruh aku datang pukul 10 kan.Sekarang ni dah pukul 11, kau tau tak.Penat aku nak kena gerakkan kau”. Ridha duduk disisi katil sambil membetulkan tudungnya.Pakaian dia harini simple je.rambut yang diklip di tepi,seluar slack berwarna putih dan baju lengan panjang berwarna pink.

Harraz keluar dari bilik air.Ridha terkedu,Rambut Harraz yang baru bangun tidur sungguh menarik.Dengan muka blur, baju singlet.Erkk singlet….?

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!” Ridha menjerit lalu terkocoh-kocoh keluar dari bilik Harraz dan turun kebawah.Macam manalah dia boleh tak perasan yang Harraz tu pakai singlet.Nasib baik dia pakai seluar short kalau takkk? Malunyaaaa. 

Harraz yang masih lagi kelihatan blur hanya menjongketkan bahu.

*******                                                                                                                                                                   
“Ridha,kenapa menjerit ni.Harraz dah bangun dah ke?”Datin Rozita yang sedang memotong bawang sedikit melatah apabila terdengar jeritan Ridha.Nasib baik suaminya pergi kerja.Kalau tak mesti dengan suaminya sekali melatah.

“Dah makcik.Susah betul nak kejut dia tu kan makcik”.


“Ha ah.Dia memang selalu bangun lambat.Kadang-kadang tak bangun langsung haha”.

“Haa, kutuk Raz lah tu.Tulah dia orang perempuan.Suka sangat mengumpat pasal orang”.Harraz yang baru selesai mandi menghampiri Datin Rozita dan Ridha Surfina.

“Eh,eh sedap-sedap je nak kutuk kaum hawa.Memang betulkan kamu tu susah nak dikejut.Nasib baik Ridha datang.Kalau tak, sampai pagi esok kau tu tak bangun-bangun”.

Ridha menahan gelak mendengar ayat yang dicakapkan oleh Datin Rozita.Tangan tu siap buat gaya lagi.Dah lah guna pisau.Nanti tertoreh pulak muka Harraz tu.Daripada hensem terus jadi tak hensem ahaha.

“Ridha, apasal muka kau macam nak teran berak jer tuh.Ingat lawak ke.Dahlah pergi baginya nasi basi kat hidung orang.Busuk tau tak”.Harraz menguis hidungnya.Ridha sudah melepaskan tawanya yang dari tadi ditahan.

“Ye lah.Aku kejut guna air pon kau tak bangun.terpaksalah aku gunakan perkara yang menggelikan camtu”.

Ridha sudah berhenti ketawa.Dia  tersenyum.Manis je rupanya.Hati Harraz sudah berbolak balik.Dia tidak mampu menahan perasaanya yang satu itu.Dia harus meluahkan juga perasaanya.Sakit betul apabila menyimpan perasaan begitu lama.

“Ridha.Jom kita pergi keluar jap”. Harraz sudah tekad.Dia harus meluahkan perasaannya ketika itu juga.

“Okey. Tunggu kejap aku nak ambik handbag”.Ridha berlari memasuki ke  ruang dapur dan mengambil handbag diatas meja makan.


Mereka menuju ke Sungai Perak.Mereka berdua melayan perasaan masing-masing sambil menghadap sungai semula jadi itu.

“Ridha, aku nak bagitau kau satu rahsia yang mungkin boleh menjejaskan hubungan kita sebagai kawan”.Harraz menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan-lahan.

“Apa die.Penting sangat ke?”Jantung Ridha sudah berdegup kencang.
“Sebenarnya aku…..”

“Ehh, ada helikopterlah kat situ”.Jeritan seorang budak lelaki membuatkan mereka berdua mendongak memandang langit.Aik?takda pon.tipu jelah budak lelaki tu.Omel Harraz didalam hati.

“Ha! Apa yang kau nak cakap tadi?”Ridha sudah bercekak pingang kerana kakinya sudah lenguh dari tadi ashik berjalan.Taknak duduk ke lelaki ni.

“Er..er.. takde ape lah.Aku pun dah lupa nak cakap apa”.Harraz berpaling kearah lain untuk menutup wajahnya yang sudah bertukar kemerahan.

“Ish, kau ni cakap macam keling.”Ridha melangkah pergi meninggalkan Harraz.Harraz berlari mengejar Ridha yang jauh dihadapan.Tiba-tiba…Bapppp!

“Ridha, asal berhenti tiba-tiba ni?”Harraz menekan-nekan dadanya yang sakit akibat terhentak dikepala Ridha.

“Raz, kau tengok tu.Kat sini ada orang buat contest menyanyi lah.Hadiah dia menarik giler woo.Juara, Samsung Galaxy Tab.Wowww! Kau pergilah joinnn”.
Ridha menolak badan sasa Harraz.

“Ehh, apa ni.Aku  taknaak join lah.Kalau kau nak.Kau pergi jelah join”.

“Alaaa.Takperlah.Samsung Galaxy Tab tu tak penting pon”.Ridha berjalan meninggalkan Harraz sambil membuat muka simpati.

“Ehh, Ridha! Okey Fine! Aku join contest tu”.Harraz mengeluh.Langkah Ridha terhenti.Dia berpatah balik kebelakang.

“Betul keee? Cepat-cepat kita isi borang tu”.Ridha menarik lengan baju Harraz.Harraz menurut tanpa banyak soal.Nasib…nasib,dapat kawan macam ni haihh.Harraz mengeluh lagi.

******

“Okey, semua peserta dah adakan.Biar saya kira dulu.Okey cukup 7 orang.Contest ni Cuma hiburan tapi hadiah dia menarik tau.Okey peserta pertama kita.Ezzat Hakimie dpersilakan”.

Harraz menunggu giliran sambil berjalan mundar mandir.Contest ni cuma buat Taman Kanak-kanak berdekatan dengan sungai Perak,tetapi ramai orang yang datang melihat.

“Weh, rilek okey.Kau Cuma naik kat pentas tu then nyanyi k.Kalau kau menang aku memang tabik kau lah”.Ridha berkata sambil menunjukkan isyarat tabik seperti kadet polis.

“Kau cakap senanglah.Aku dahlah anak Datuk.Nanti mesti semua orang kenal aku.Malulah aku.Lagipon satu Perak ni kenal anak datuk Tengku Rashid”.Harraz sudah gelabah.

“Okey peserta yang ke 7.Tengku Amir Harraz.Wow! tak sangka anak Datuk pon join contest ni yek.Kita berikan tepukan gemuruh kepada Tengku Amir Harraz! Yehhh”.Pengacara contest menyanyi menyebut nama Harraz dengan begitu lantang sekali membuatkan Ridha dan Harraz yang sedang khusyuk bersembang tersentak.

“Nama kau tu.Pergilah naik.Good Luck tau. Ingat, Galaxy Tab”.Ridha menolak badan sasa Harraz keatas pentas.Harraz yang gugup terus mengambil mikrofon daripada pengacara.

“Tengku Amir Harraz datang.Woooo.Tengku! Tengku! Buat yang terbaik”.penonton wanita yang sedikit gedik menjerit memanggil nama Harraz berulang kali.Ridha mencebik.Elehh, Harraz tu bukannya hensem mana pon (sebenarnya dalam hati jeles).

“Okey saya nak menyanyikan sebuah lagu menggunakan gitar.Khas untuk kawan baik saya.Saya inigin menyanyikan lagu korea.Saya bukan peminat korea.Tapi kawan baik saya yang suka sangat dengar lagu Korea.Okey, terimalah.Star dari Kang min hyuk”.Harraz mengambil gitar dari pengacara.Ridha sudah tergamam.Dia tersenyum kecil.

Haneure bitnadeon byeori
Jeo meolli bitnadeon byeori
Nae mame naeryeowannabwa

Gaseume saegyeojin byeori
Gaseume bitnadeon byeori
Ama neo ingeot gata

Tteollineun soriga deullini
OH Star
Tteugeoun shimjangeul neukkini
You’re my Star

Aju oraen meon yennal buteo
Na kkumkkweowatteon sarangi
Neo ingeol ara
Eonjena hamkke haejweo

Aju oraen shiganeul neodo
Neul gateun jarieseo bitnajugil
Naemam neoegeman billyeo julke

Gaseume saegyeojin byeori
Gaseume bitnadeon byeori
Ama neo ingeot gata

Tteollineun soriga deullini
OH Star
Tteugeoun shimjangeul neukkini
You’re my Star

Aju oraen meon yennal buteo
Na kkumkkweowatteon sarangi
Neo ingeol ara
Eonjena hamkke haejweo

Aju oraen shiganeul neodo
Neul gateun jarieseo bitnajugil
Naemam neoegeman julke

Ni mam soge saegyeojin byeoldo
Ni mam sok bitnaneun byeoldo
Naege malhae yeongweonhi neol saranghae

Nae nun neoman barabol geoya
OH neodo namaneul barabwa jullae
Uri seoroeui byeori dwe~ jugil

Begitu lancar sekali Harraz menyanyikan lagu korea.Dia ada menghafal beberapa lagu Korea semasa belajar di Korea dulu.Sebab itu dia tidak janggal untuk menyanyikan lagu itu.Ridha yang berada dibawah pentas tergamam bersama juga dengan penonton lain.

“Wohooooooooo!Cayalah Tengkuuu, memang bravoooo”.Jerit semua penonton yang berada disitu.Harraz turun dari pentas dan menghampiri Ridha dengan wajah bangga.

“Amacam.Sedapkan.Suara aku memang dilahirkan sedap.Aku tau tu”.Harraz ketawa.Ridha mencebik.Memang tidak dinafikan suara Harraz memang sedap.
                                                                                  
“Okey.Memang sedap.Aku tabik kau”.Ridha membuat aksi tabik.Harraz tersenyum bangga.

“Okey.Kita umumkan pemenang bagi contest menyanyi pada hari ini.Pemenangnya adalah.Tengku Amir Harraz!”Semua penonton bertepuk tangan.Ridha tersenyum lebar.Harraz menarik tangannya lalu membawa Ridha keatas pentas.Ridha terkejut.Tetapi dia mengikut juga langkah Harraz.

“Okey ada ucapan tak untuk disampaikan.Memandangkan Tengku ada membawa gadis manis ni ke pentas.Cuba perkenalkan kat kami semua”.Pengacara itu mengusik.

“Inilah kawan baik saya.Namanya Ridha Surfina.Dia amat istimewa bagi saya.Tanpa dia hidup saya kosong.She’s my star.Mencerahkan hidup saya yang gelap”.Harraz berkata dengan gembira.Ridha terkedu.Jantungnya berdegup laju.Aduhai hati.Janganlah kau meragam sekarang.

*********

“Thank You Harraz.Sebab menang.Dan aku dapat Galaxy Tab.Yahoo”.Ridha sudah berpusing sekeliling ruang tamu banglo milik keluarga Harraz.Harraz tersenyum menampakkan lesung pipit disebelah kiri.

“Takda hal lah.Aku tau suara aku memang sedap.
“Eleh.Berlagak”.

Mereka berdua ketawa bersama-sama.

*****

“Raz.Papa nak bagitau, kita sekeluarga kene pindah ke US minggu depan”.begitu tegas suara Datuk Tengku Rashid.

“Ha! Raz taknak pindah.Raz baru je balik Malaysia.Baru je jumpa dengan Ridha”.Harraz membangkang.

“Raz, tolong dengar cakap papa ni.Syarikat kita yang kat sana tu takda sapa yang handle.Papa kenelah pergi sana untuk handle syarikat tu.Dan kamu wajib ikut papa”.

“Ma…apa ni.raz taknaklah”.Harraz meluru ke Datin Rozita yang setia disisi DatuK Tengku Rashid.

“Raz, tolong ikut cakap papa.Sekali ni je.Pleaseee”.Datin Rozita pula cuba memujuk.Dengan berat hati, 
Harraz hanya mengangguk lemah.

*****

“Assalammualaikum,makcik.Oh makcik”.Harraz memberi salam.

“waalaikummussalam.Harraz ada apa.Marilah masuk dulu”.

“Saya sekejap je ni makcik.Nak Tanya.Ridha ada kat rumah tak?”


“Ridha takda.Dia pergi kerumah maklong dia kat Shah Alam tu.Minggu depan baru dia balik”.

Minggu depan…? Tak sempatlah nak jumpa Ridha untuk kali terakhir.Hati Harraz dipagut sayu.

“Takpelah makcik.Makcik tolong bagi surat ni kat Ridha ye kalau dia balik nanti”.

“Kenapa Raz tak call je dia”.

“Erm, Harraz ada call haritu tapi tak berangkat..Okeylah makcik.Raz balik dulu”.

“Yelahh.Hati-hati bawak kereta tu”.

“Baik makcik”.

*****
Seminggu kemudian…

“Ridha.Harraz ada bagi surat kat kamu minggu lepas.Dia cakap dia ada call kamu.Tapi kamu tak angkat”.Puan Khadijah menghulurkan surat itu kepada Ridha.

“Ridha tertinggal hanset.Sebab haritu hanset orang takde bateri”.Ridha mengambil huluran Puan Khadijah.Ridha memasuki bilik dan membuka surat tersebut.Dia terkejut.Dia membaca berulang kali.

“Mak, Harraz dah pergi mak.Harraz dah pindah Jepun.Ridha tak sempat nak jumpa dia.Mak tau tak, dekat Shah Alam tu Ridha rindu sangat dengan dia.Kenapa dia tinggalkan Ridha”.
Ridha memeluk Puan Khadijah.Puan Khadijah memeluk bahu anak daranya itu.Kenapa Datin Rozita tidak memberitahu berita penting ini kepada mereka sekeluarga? Mesti taknak kami sedih.Puan Khadijah berfikiran positif.

“Sabarlah.Mungkin mereka terpaksa pindah kesana.Bukan mereka merancang untuk pindah”.Puan Khadijah memujuk.Ridha menangis didalam dakapan ibunya itu.
*******
6 tahun kemudian…

“Ridha membetulkan tudungnya yang senget kerana ditiup angin.Dia duduk ditepi sungai Perak.Teringat memorinya bersama Harraz dulu.Haih, Harraz bila kau nak balik Malaysia ni.Aku rindu kat kau lah.Ridha baru tersedar tentang persaannya terhadap Harraz selepas Harraz berpindah keJepun dulu.Dia memang mencintai Harraz.Tetapi disebabkan sifat ego, dia tidak sempat untuk meluahkan perasaanya itu.
Terdengar bunyi gesekan gitar dibelakang Ridha.Tetapi Ridha tak menoleh.Dia masih lagi menghayati keindahan sungai Perak itu.

Tteollineun soriga deullini
OH Star
Tteugeoun shimjangeul neukkini
You’re my Star…

Asal ada lagu Star ni.Teringat pulak kat Harraz.Tolong jangan nyanyi.Aku tengah sedih ni.
“Ridha.”

Macam pernah dengar je suara ni.Aik?Jangan-jangan.Ridha terus menoleh.Terkejut! Itu satu reaksi yang harus ditunjukkan sekarang ni.Harraz berdiri dibelakangnya.Wajahnya berbeza.Putih sedikit.Muka matang.Rambutnya dah bertukar gaya.Tapi memang hensem.

“Bila awak balik?”Empangan air matanya hampir pecah.

“Malam semalam.Maafkan saya sebab tak bagitau awak.Saya ada datang kerumah awak tapi awak takda kat rumah.Maafkan saya sebab sudah pergi begitu lama”.

“Saya sedih sangat bila saya baca surat awak.Saya sayang awak dan saya cintakan.Tapi kenapa awak pergi”.Terlepas kata-kata keramat yang disimpan didalam hati.Harraz terpampan.

“Maafkan saya.Betul ke yang awak cintakan saya?”Harraz mengangkat kening.

“Betullah.Tapi saya tahu.You not love me right?”Ridha pula mengangkat kening.

“I love you before you love me.You are my star.Saya takkan biarkan bintang saya kesepian tanpa bulan.Biar saya yang jadi bulan awak.Sudikah awak,Ridha Surfina menerima lamaran Tengku Amir Harraz”.Harraz mengeluarkan sebentuk cincin.Ridha sudah mengalirkan air mata lalu mengangguk.Mereka tersenyum bersama.

“Nyanyikan saya sebuah lagu.Saya rindu nak dengan suara awak”.Ridha merayu.Harraz tersenyum lalu mengangguk.Dia menyanyikan semua lirik lagu Star dari Kang Min Hyuk.

“Awak nak tau tak.Rangkap lagu Star yang paling saya suka adalah ini”.

Tteollineun soriga deullini
OH Star
Tteugeoun shimjangeul neukkini
You’re my Star

“Harraz, saya nak jadi bintang awak sorang.Bintang tak boleh berpisah dari bulan.Jadi jangan berpisah dengan saya buat kali kedua”.Harraz mengangguk.

Kawan baik pon boleh jadi Cinta.Jadi jangan tak percaya bahawa cinta ini ajaib.

Tamat.



Lagu dari Kang Min Hyuk.Saya tergoda dengan lagu ni.Sebab tu saya menjadikan lagu ni sebagai tema dalam cerpen ni :)