D'Owner! ![]() My Mood
Jejak kaki sini wehhh ![]() I Love them! ![]()
| #Moments 2012 :') Hello Guysssss ! Sekarang ni pukul 8:36 minit malam.Tinggal lagi beberapa jam je untuk kita menyambut kelahiran tahun 2013.Sedihnyaaaaaa :'O.Banyak kenagan kita pada tahun 2012.Terlalu banyakkk.Sampai kita pun dah tak terkira banyaknya mcm mana.Sedihhh woooo.And, tinggal lagi sehari je sebelum sesi persekolahan bermula.Tahun 2012 ? Hmm, ada maca-macam cerita pad atahun 2012 ni.Time saya gaduh dengan si dia.Waktu masuk form 1.Hari jadi, hari sukan, ramalam kiamata yang tak berapap betul dan buat semua orang gelabah ( Kalau iman kuat didada, kita tak payah percayakan benda tu semua ).Lepastu, ada banyak lagilah. Okey, memang sedih, bila memikirkan tahun 2012 akan melabuhkan tirai.Tapi, kita kenalah gembira juga untuk menyambut kelahiran 2013.Bukan senang tau nak sambut 2013.Macam kita sambut kelahiran bayi pertama.Hoho, ye ke ? Saya rasa ye ! Sebabnya, sebelum kita masuk tahun 2013, mesti ada kenangan pahit, manis, suka dan duka waktu tahun 2012.Sama jugak, macam waktu mak kita mengandung dan lahirkan kita.Waktu dapat berita, si ibu mengandung, mesti si ibu gembirakan ? Lepastu kena hati-hati.Waktu mengandung tak boleh makan, itu, ini.Waktu nak lahirkan kita mesti rasa sakitkan ? Samalah jugak macam kita nak menyambut kelahiran 2013.2012 ada bermacam peristiwa, sakit, sedih,gembira,seronok,happy ! Hehe, terlebih pulak. Last Day tahun 2012 ni waktu hujan pulak.Mesti hujan rahmat.Dan kita jangan lupa untuk menyiapkan persiapan untuk ke sekolah.Saya ni dahlah tak siap gosok baju.Naisb baik tudung dah jahit lencana.Apa lagi ek kita nak cerita.Maybe itu je kot.Happy 2013 ! (Tepat pukul 12) # Ops ! Tak sabar nak tunggu anime baru tahun 2013 ni.Hehehe >,< HAPPY 2013 ! :D Anime : Lovely Complex Hye ! Assalammualaikum, semuaaaa.Dah berapa hari tak update disebabkan kabel internet rosak.Memang geram gilerrr ! Selama dekat seminggu internet takde ni, saya habiskan masa saya dengan menonton sebuah cerita anime dengan cerita live action dia sekali.Pergh, 2 hari je saya dah dapat habiskan cerita anime tu.Tajuk anime tu ialah.... Lovely Complex.Memang best sangat-sangat.Saya akan buat review untuk cerita anime Lovely Complex ni. Nama watak heroin dia ialah Koizumi Risa,Nama watak hero pulak, ialah Otani .Otani dengan Risa ni pantang berjumpa ! Kalau diorang berjumpa je mesti bergaduh.Lepastu, adalah satu hari ni, Risa 'ter;jatuh cinta dengan Otani.Risa ni cakap yang Otani ni, Caring, baik hati and seumpama dengannya.Risa pernah bagitahu perasaan dia dekat Otani.Mula-mula Otani fikir, Risa ni hanya nak main-main dengan dia je.Sebab tu dia tak ambil kisah dan fikirkan semua ini hanya gurauan.Ada satu festival kat sekolah diorang.Waktu tu Risa kat dalam Kelas sorang-2.Lepastu, Otani pun masuklah kedalam kelas tu.Risa pun cakaplah, yang dia ni suka kat Otani sekali lagi tapi kali ni lagi jelas.Terkejut Otani ni dibuatnya.Lama-kelamaan Risa rasa menyesal pulak cakap macam tu kat Otani.Diorang berdua jalan kehidupan macam biase.Selalu gaduh.Tapi, ada satu part ni sedih gilaaaa.Time ni kelas diorang ada anjurkan satu rombongan.Diorang berdua pun pergilah.Time tu jugaklah, Otani tolak cinta Risa.Perghh.memang sedih gila-gila.Risa pun buat macam takde pape.Dia gelak je sewaktu Otani cakap macam tu.Lepas habis je Otani cakap macam tu, Risa pergi lah kat kawan dia.Tak ingatlah pulak apa nama kawan dia.Risa menangis.Waktu tu, otani ada kat belakang satu bangunan.Otani ni dengarlah Risa menangis.Kesian kot.Dah habis rombongan pun diorang buat bodoh je.Gaduh macam selalu.Anggap takde pape pun yang berlaku.Oh ! Terlupa pulak, Risa dengan Otani ni peminat nombor satu Umebouzu. Tiba-tiba, ada cikgu baru kat sekolah diorang.Risa ni dah terjatuh cinta dengan cikgu baru tu, and dia cakap dia akan give up dengan Otani.Waktu ni mesti Otani dah suka kat Risa kot.Risa ni buat kelab peminat untuk cikgu baru tu ataupun dikenal sebagai 'MAITY'.Ramai gila perempuan minat kat cikgu tu.Tapi, lama kelamaan, abru Risa tau yang dia ni amsih suka kat Otani.And then, suatu Hari, Cikgu baru tu cakap kat Otani, dia cakap Risa tu comellah, apalah...lepastu, kalau Otani taknak boleh bagi kat dia.Nak tahu tak apa Otani cakap...dia cakap, "Kalau kau nak kat Risa tu kau ambil jelar.Aku taknak pun kat dia"Otani tak perasan yang Risa ada kat belakang Maity.Risa terdengar apa yang Otani cakap.Risa pun lari dari situ.Maknanya, Otani dah tolak cinta Risa sebanyak DUA KALI !! Sedihh :'( Lepastu, kawan Risa cakaplah, maybe Otani tak sengaja.Risa pun okeylah...diorang pun berbaik balik and Risa pun menjalankan misi memikat Otani semula.Dah lepas beberapa episode, sampai je episode 18 barulah Otani terima cinta Risa.Waktu tu birthday Risa, diorang semua tenga tengok bunga api.otani pulak duduk kat belakang satu bangunan kecik kat atas bumbung tu.First time diorang KISS !! Sweet kot waktu tu...^_^ Diorang pun kapel.And ada lah cabaran untuk diorang.Tapi tak teruk mana pun.Tapi apa-apa pun.Cuba tengok dulu and nilai sendiri ! Hahaha, macam mana ? Okey tak review saya tadi.XD Saya pun main tibai je yang mana saya ingat.Tapi, anime ni memang superbb ! Best Gile !!! Huh, saya dah cuba promot kat sepupu saya dan dia pun sekarang ni dah terminat anime.Hehehe, Okeylah.Nak blah dulu ! Babai :)
Ops ! Lupa pulak nak cakap, sebenanrnya Risa ni lagi tinggi dari Otani.Otani ni pendek je.Pemain bola keranjang...
Anime : Bokura Ga Ita Assalammualaikum, helloooooo.Buat pengetahuan korang semua lah annn.Saya baru je download satu citer anime ! Tajuk dia kalau tak silaplah kan ermm...Bokura Ga Ita Cerita dia tentang........*saya baru je tengok episode 1.Ahak~* Okey, saya nak cakap..bahawa hero cerita tu berjaya membuat hati saya berdegup kencangggg ! DUP ! DAP ! DUP ! DAP ! Hero dia takdelah hensem mana.Tapi, saya suka tengok dari gaya dia berpakaian.Style dia.Muka dia yang sentiasa cool.Perghhhh.Kedabommmmmm ! Smart ;) Apa ? Korang nak tengok gambar dia ? Hmmm :/ okeylah.kesian saya tengok muka korang ni.Nah saya bagi gambarr.... ![]()
Amacam ? cool tak ? bagi saya, muka dia comellah jugak ann ? Ni pulak gambar heroin dia.Heroin dia pun comel :)
Comel tak ? Hehe, saya sarankan korang try lah tengok anime ni kat youtube.Baru korang akan rasa.Wow ! Bestnya cita anime ni !!! Don't judge a book by a cover okey.Nak tengok tak adegan diorang bersama ? Okey..nah ni dia :)
Rasanya dah banyak dah kot ni saya post gambar.Apa-apa pun jangan lupa tengok anime ni tau...Babai.Oh, lagi satu ! Jangan lupa lawat blog saya yang kedua tau..Here we are !
Klik link ni -----> SI GADIS ANIME ! BUKAN OTAKU !
Sudah lama tidak ketemu :3 Assalammualaikummmm...Haiiii...dah lama tak update sebab tengah sibuk edit blog.Bukan blog saya sorang tau.Tapi, blog kawan-2 saya jugak.Huh...penatttt.Okey, arini nak cerita tentang apa ek ? Hmm..okey, saya nak tanya pendapat korang.Blog saya ni sebenarnya cantik ke tak ? Hmmm :/ Bagi saya comellah kot.Kuikuikui. Semalam sayah saya baru belikan saya Tab'bie' baru.Samsung.Auwwww.I love u ayah ! Warna putih+hitam.Nanti saya upload kalau ada masa.Hahaha. Saya sebenarnya tak tahu nak cerita apa kat korang.Erm..okeylah.Babai :D Ouran High School Host Club Assalammualaikum, Hye...Kali ni kita cerita pasal anime lagi okey ;) Saya baru je download satu cerita Anime ni.Tajuk dia Ouran High school host club serius saya cakap, cite tu best gile ! Kelakar kot.Hero hensem, heroin dia perghhh.Comel.Mata bulat ! Mungkin entry kali ni panjang sikit sbb saya nak taruk gambar watak-2 anime OHSHC.Okey, sekarang ni saya nak bubuh gambar yg bergerak tau.
HERO
HEROIN
PUPPY EYES !
My FUTURE BOYFRIENDS XD
THEY TWINS
CAIR TAK ? HEHE
Kawaiiiiii
CUTE GUYS ! MELTING
She really a cute girls ! Look at her eyes !
Muka terkejut.Hehe
At HARUHI house
FUNNY FACE xD
He are really happening guy !
Okey, korang dah tengokkan gambar-2 tu.Mmeang comel gile ! Geram rasanya.Kan best kalau diorang semua tu wujud.Haha, takkan mungkin terjadi punya lar.Okey ah.Korang husya lah gambar tu lama-lama.Saya dah nak chao dulu ! Babai :)
Pengadil Berat sebelah ! AFF SUZUKI 2012 Assalammualaikum.Hello.Aku tengah bengang sekarang ni.Aku bengang tentang perlawanan Bola sepak tadi.Malaysia VS Thailand.Memang bengang gile arr weh.Bukan aku bengang sebab pemain malaysia main teruk tapi,aku bengang tentang pengadil yang berat sebelah tu.Eeeee geramnyyaaaaaaaa.Pemain Thailand yang mulakan dulu, tapi Pemain Malaysia yang dapat tempiasnya.Kena ah anti k-pop lepas ni.Sebab pengadil tu ialah orang Korea.Agak-agaknya pengadil tu makan rasuah kot. *Hish aku dah serkap jarang dah ni. Hati aku panas gile wehhhh.Macam mana lah akku tak panas.Pengadil main tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Okey, aku saja buat tanda seru banyak-banyak sebab Pengadil yang memang tak adil ! Erghhhh.Okey bai ! *Mood tak baik. BURGER BAKAR Oooo... Assalammualaikum, guys ! Today i want disscus about... *speaking LONDON* Hehe..okey, sebenarnya saya nak sangat makan burger bakar tau.Tapi jauh sangat lah pulak.Selalu husyaa kat fb je gambar burger bakar tu tapi tak dapat nak merasa pun.Huhu sedihhhh :( Credit : Page facebook Burger bakar abang burn Asal tak bukak kedai burger bakar kat Kuala Kangsar or kat Ipoh.Teringin nak makanlah.Terliur tengok gambar ni.Slurppppppp.Tersirap ayaq liuq ! Saya nak makan ada yang lagi berdouble-double tinggi tu.Woooo....tinggi kot.Macam mana agaknya nak makan.Kalau saya mesti ngap semua.Huhu lapar... Okeylah...LAPAR ! LAPAR ! NAK BURGER BAKAR ! HUHU T_T CINTA ? PLEASE.... Hai...malam ni kita post lagi yaaa...Hahaha.Bateri lappy dah nak habis.Saja je nak post yang bukan-2 tengah malam ni.Kita nak borak tentang apa yek ? Hmm...apa kata kita berbincang tentang topik CINTA (bluek muntah pulak nak dengar tentang topik tu) Bukan apa, saya nak bincang topik tu sebab sekarang ni kawan saya ramai yang kapel (mereka tak tau ke kapel itu haram !) Kadang-2 saya cemburu jugak tapi cepat-2 saya ingatkan diri saya tentang KAPEL ITU HARAM Mak saya pun suruh saya belajar dulu.Lepas dapat kerja semua baru fikir pasal kahwin.*umur saya pun baru 13 taun* Saya nak shared lah dengan korang tentang realiti orang yang bercinta ni.Kalau orang yang tengah hangat bercinta * kononnya lah kan ?* mesti call 24 jam and tulis status kat fb 'rindulah dengan pakwe titew' serius geli nak baca.Lepastu, kalau single sekejap...'Awok..jom fake relay' err..nak fake relay bagai.Macam perempuan murahan ! *sorri sapa-2 yang terasa*.Adalah kawan saya kat fb.Budak Hot.Baru darjah 5 okeyy.Nama dirahsiakan.Budak tu selalu tulis status macam ni tau 'Yeii..kite sayang pakwe kite' tak sampai seminggu 'Kalau kau pandai curang aku pun bolehlah' seminggu tiga hari kemudian 'Batak betul ex-bf aku.Tak guna !' tak sampai berapa hari kemudian. 'Yeiii...kita ada pakwe baru.Kita rasa mesti kita dengan dia lama kot' lepastu tak sampai berapa hari putus and kapel balik.Macam takda maruah diri ! Haih..ALLAH dah tetap jodoh yang terbaik untuk korang.Buat apa nak pergi cari lagi.Korang just tunggu je.Tengok saya ni.Still single.Sebabnya saya tau mesti ada lagi yang terbaik buat saya.Kalau saya suka dengan lelaki pun saya just pendamkan aja.Buat apa nak heboh-2.Buat malu je... Erm..lebih kurang post ni macam saya nak luahkan perasaan jelah.Hehehe...Okeylah.Ciaooo HARIMAU MALAYA ! Aummmm Hallooooooo.Kita ketemu lagi yaa.Hahaha.Sekarang kan musim bola, jadi saya pun nak cerita pasal bola lah jugak.SELAMANYA HARIMAU MALAYA ! Yehaaaa.Semangat gitu.Mula-mula Malaysia agak merosot dengan kekalahan lawan singapura.Iaitu Malaysia-0 Singapura-3.Lepas tu, Malaysia lawan Laos pulak.Alhamdulillah, Malaysia-4 Laos-1.Then 1 Dec 2012, Malaysia VS Indonesia pulak.Alhamdulillah Malaysia menang dengan Malaysia-2 Indonesia-0.Selepas ni Malaysia akan pergi ke separuh akhir lawan dengan Thailand.Harap Malaysia menang.Aminnn.Teringin nak pergi tengok dekat stadium tapi jauh sangat an... SELAMANYA HM MALAYSIA Saya suka dengan Ultras Malaya ! *Eh tiba-2 je* Hehe, kalau korang bukak youtube, korang boleh search Ultras Malaya *bagi yang tak tahu tentang Footbal Malaysia Fans club*.Ultras Malaya ni dah semakin popular tau..First time saya tau tentang Ultras Malaya ni waktu saya tengok Majalah 3.Saya pun tertariklah dengan diorang sebab kalau ade perlawanan je mesti Ultras Malaya ada and buat kain rentang ke apa ke.Wait ye...tengok gambar bawah ni... ULTRAS MALAYA Okey, gambar kat atas tu contoh diorang sokong ramai-ramai.Kalau boleh saya oun nak join jugak dengan group UM ni.Tapi, malas lah.Hehehe.Saya pun penyokong tegar HARIMAU MALAYA.Kalau ada perlawanan dengan Indonesia.Malaysia memang wajib menang.Kalau kalah, ia macam memalukan negara.Kalau Malaysia kalah dengan Bahrain,Singapore or whatever.Itu boleh terima lagi, tapi kalau kalah dengan Indonesia ia ibarat hidup mati negara Malaysia.Okeylah saya cau dulu.Hidup Harimau Malaya ! Aummmmmm....... Geramnya aku dengan kau ni ! Assalammualaikum, hye stalker *ade ke org nak stalker blog saya hehehe* Hmm, harini mau cerita apa yaa ? Saya pun tak tahu.Okey saya just nak meluahkan perasaan geram ! Saya bukak twitter.And then adalah heboh orang cakap yang si Mutia Dewi ni kutuk malaysia.Nak ni saya screen capture nak bagi korang tengok !
Korang baca pun mesti korang geram kan ? Aku beribu kali ganda geram.Apa masaalah minah ni nak kutuk Malaysia.Malaysia ada buat masaalah ke dengan dia.Nak cakap kita hitam lah.Low class ah.Geram k gerammmmm ! Lepastu dia support Israel.Dia tweet 'DELETE PELESTIN,DELETE PELESTIN' hesh mana lah aku tak meradang ! * dah guna perkataan aku sebab geram sangat* Saja je saya nak husya an.Memang bajet cantik kot.Dia tweet 'BURUK AND HODOH DILARANG UNTUK MENTION AKU' lebih kurang macam tu lah kan.Kalau korang nak tengok twitter dia.Korang search je @QueenMutiaa.Adelah muncul nanti.Okey ah.Nak menjerit atas gunung kejap.Babai :P
SAHABAT SELAMANYA
Assalammualaikum semua.Hai...Erm arini nak cerita tentang MY BEST FRIENDS EVER AND EVER.Nampak tak ? Hehe, okey saya nak kenalkan bestfriends saya kat korang.Diorang ni cool and chil.Kalau diorang takde, maybe saya mesti akan rasa sunyi.Tapi saya tetap ada ALLAH dalam hati saya.Sebelum tu saya bagi kat korang link facebook diorang.Kalau ada yang nak kenal-kenal ke ? Hehehe.
Okey,korang just click je kat nama diorang, nanti keluarlah facebook diorang.Erm..saya nak perkenalkan Auni Azman dulu.Boleh dikatakan dia ni ialah pendengar setia saya.Selalu teman saya kemana pun saya nak pergi.Memang kawan yang cool lah.Saya sayang sangat kat budak jelek ni *nama samaran dia*
AUNI AZMAN
Azleena Ali ni pun best friend sehidup semati saya.Waktu darjah 1 sampai darjah 6, kami ni macam belangkas tau.Kalau saya pergi situ.Dia pergi situ.Kalau saya pergi sini, dia pergi sini.Tapi, kalau time masuk tandas tu dia duduk kat luar jelar.Buat apa nak ikut orang masuk tandas an ? hahaha.Tapi sejak masuk form 1 ni kami tak berapa rapat sangat.Sebab dia kelas lain.Dia kelas first
AZLEENA ALI
Comelkan dia ? Haha.Saya tahu tu.The third pulak ialahh...Jeng..jeng..jeng Syahirah Faizul Azman ! yehhh.Budak ni pandai woo.selalu dapat no 1 atau no 2 dalam kelas.Comel pulak tu hehehe.
SYAHIRAH
Sorri..fambar tak bape elok.Malas nk re-upload balik.Saya bubuh je.Sorri Syahirahh.hehehe.Okey, keempat pulak ialah..spe ek ? sat nk scroll ke atas dulu.Erm..owhh Wan Nur Athirah.Dia ni manja gedik tapi comey and baik.Comel kot muka budak ni.Putih je.Nak ngorat ke ? jumpa tuan punya badan dulu.Hahaha.
WAN NUR ATHIRAH
Okey, saya rasa mesti korang pun cakap comey an ? Hahaha..yang seterusnya pula ialah NADIAH NADZATHUL SHIMA.Saja mention dia nama besar-besar hikhok.Dia ni agak manja and cepat touching.Sapa yang nak ngorat dia kena sabar jelah ye..hahahah.Tapi dia bff aku taw.Dia paham dengan situasi aku dan kadang-kadang mulut dia boleh buat hati aku sakit. *KIDDING hehe.
Sebenarnya muka dia agak normal, tak cemberut macam tu.Tapi saja nak buat dajal kat kawan ni hahaha.Dan and the last one is.... Aqilah Zakaria.Kawan yang agak rapat dengan saya.Selalu aja ada kat sisi saya.Jenis yang gila-gila.Aku duduk sebelah dia pun sikit lagi nak jadi gile.Tapi dia ni baik taw.Tak sombong hahahha.
AQILAH ZAKARIA
Okey, gambar ni pun gila.Susah betul nk upload gmabr waktu internet slow mlow macam ni haish hhaha.Okey, diorang cun.Apa ? Nak tengok gambar saya pulak.Ehehe.malu pulak rasanya.Okey, saya simple je orangnya okey.*Taknak puji lebih-2 hahaha.
ANIS SOFEA
Entahlah, bile time saya gambar jadi okey pulak.Maklumlah tuan blog punye gambar haha.Silalh jeles wahai rakan-2ku.Hahaha.Ni gambar kiami semua.And kat bawah ni antara memori kami
*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran
*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.
\ cerpen:awak hero saya heroin
Nizwan
sudah beberapa kali cuba melepaskan diri daripada gudang usang yang berada di
tengah hutan ini.Setiap kali dia cuba melepaskan diri pasti ada saja
halangan.Nizwan sudah 3 hari diculik oleh beberapa orang penjahat yang
menggelarkan diri mereka sebagai The Crow.
Nizwan
bersandar di dinding kerana terlalu penat untuk memikirkan tentang nasib
dirinya.Dia diculik sewaktu balik dari tempat kerja.Entah, macam mana ada
sebatang kayu menghempap kepalanya.Sedar-sedar, dia sudah berada di sebuah
gudang usang ini.
Kedua
belah tangan dan kaki Nizwan telah di ikat.Nizwan tidak mampu untuk
bergerak.Dia sudah terlalu letih untuk bergerak.Mata Nizwan makin lama makin
kuyu.Hampir sahaja matanya hendak dipejamkan, pintu gudang tersebut
dirempuh.Nizwan tersentak.
Nizwan
melihat konco-konco penjahat sudah masuk ke dalam gudang.Salah seorang daripada
mereka ataupun dipanggil sebagai Jackie mencempung seorang perempuan yang
Nizwan agak sudah pengsan.Jackie meletakkan perempuan tersebut di sebelah
Nizwan dan mengikat kedua belah kaki dan tangan perempuan itu.Mulut perempuan
itu telah ditampal dengan pita pelekat berwarna hitam.
Nizwan
menoleh sekilas ke arah perempuan yang ayu bertudung.Tapi tudungnya nampak
tidak kemas.Nizwan berasa simpati.Diri sendiri pun tak selamat lagi, ada hati
nak simpati kat orang lain.Aduhai..fikir tentang keadaan diri kau dulu Nizwan.
Selepas
semua konco-konco The Crow keluar dari gudang, Nizwan akhirnya terlelap.Lama
juga dia tertidur, sehinggalah dia terdengar suara esakan perempuan.Nizwan
membuka matanya perlahan.Matanya masih kabur lagi kerana pening.
Ehh..apsal,
ada bunyi suara perempuan ni ? Bukan aku sorang je ke yang ada kat dalam
gudang.Eee..seramnya.Nizwan masih lagi mamai ataupun boleh dipanggil
nyanyuk.Takkanlah tak ingat kat perempuan yang baru kena culik tadi.Hadoyai...Wan..Wan..
Esakan
perempuan semakin kuat.Nizwan membuka matanya.Baru nampak jelas.Tidaklah kabur
seperti tadi.Nizwan menoleh ke sebelah kiri.Emm..takde sapa-sapa pun.Nizwan
menoleh pula kesebelah kanan.
“Arghhhhhhh”.Nizwan
menjerit kerana terekejut.Terkejut melihat ada perempuan di
sebelahnya.Nizwan..Nizwan..memang kau ni dah nyanyuk agaknya.
Gadis
itu memandang Nizwan tanpa berkelip.Nizwan menarik nafas dalam-dalam sebelum
menghembuskannya.Nizwan memandang semula wajah perempuan yang agak serabai itu.Tudungnya sudah macam
bukan tudung lagi.Dah tercarik sana-sini.Sedikit sebanyak otak Nizwan mula
memproses.
“Mmm..mmmm…mmm”.Gadis
itu ingin mengatakan sesuatu, tetapi di sebabkan mulutnya telah ditampal dengan pita pelekat, susah untuk Nizwan faham apa yang cuba disampaikan oleh
gadis itu.
“Apa
bende yang awak cakap ? Mmm..mmm..mmm..abende ? Satu apa pun saya tak
paham”.Nizwan sudah mula membebel.Gadis itu mengeluh perlahan.Selepas itu,
gadis tersebut menyuakan mulutnya ke arah Nizwan.Menyuruh Nizwan membuka pita
pelekat yang melekat di mulutnya.
Nizwan
yang agak keliru mengangkat kening.Apa kena perempuan ni ? Sua-sua mulut dia
pulak.Ingat aku nak sangat cium mulut dia.Pigidahhhh.
Gadis
itu menggeselkan lengannya dengan lengan lelaki disebelahnya ,menyuruh lelaki itu membuka pita pelekat
dimulutnya.Memandangkan tangan mereka telah diikat di belakang, jadi semakin
susah untuk mereka bergerak.
Nizwan
menjauhkan jaraknya dengan jarak gadis disebelahnya.Ya ALLAH, miangnya
perempuan ni.Nak gesel-gesel pulak.Ingat aku akan tergoda ke ? Iman aku masih
kuat lagi ye.Lelaki sejati gitu.
Gadis
itu sudah sakit kepala mahu meminta tolong dari Nizwan.Dia Cuma ada satu cara
sahaja.Gadis itu membaringkan dirinya lalu mengesot menuju ke arah tiang kayu
yang terdapat banyak paku.Gadis itu mencucukkan pita pelekat itu menembusi paku
dengan berhati-hati.Dan akhirnya barulah pita pelekat itu Berjaya
ditanggalkan.Selepas itu, gadis itu menjeling Nizwan tajam.
“Saya
masih ada maruah.Saya bukan sengaja nak bergesel dengan awak.Saya Cuma nak
mintak tolong awak tanggalkan pita pelekat kat mulut saya.Itu aja”.Nizwan
terkedu seketika apabila melihat seluruh wajah gadis dihadapannya.Tadi muka
gadis itu tidak berapa nampak keseluruhannya disebabkan pita pelekat yang berada di mulut
gadis itu.
“Nama
awak apa ek?” Gadis itu bertanya,
“Nasran
Nizwan”.Nizwan menjawab secara automatik.Mulutnya bagai sudah di control.
“Ooo..Nama
saya Aimy Marissa.Just called me Aimy”.Aimy tersenyum.Jelas senyuma Aimy
hambar.Mungkin di sebabkan masih lagi trauma dengan keadaan seperti ini.Nizwan
membalas senyuman Aimy.
Tiba-tiba
terdengar bunyi pintu gudang yang terbukak dari luar.Aimy dan Nizwan memandang
pintu gudang yang agak usang itu.
Jackie
dan Rockie masuk kedalam gudang tersebut dan duduk di atas kerusi besi yang
memang sudah tersedia ada di dalam gudang.
Jackie
bangun dari duduknya lalu mendekati Aimy.Aimy mengesot ke belakang kerana takut.Jackie
menarik lengan Aimy, menyuruh Aimy berdiri.Aimy menurut.Matanya sudah bergenang
dengan air mata.
Nizwan
ingin melawan, tapi dirinya tidak mampu disebabkan tangannya yang sudah di
ikat.Jackie menarik Aimy supaya mengikutnya keluar.Aimy meronta tidak
mahu.Pipinya sudah basah dengan air mata.
“Jangan
melawan boleh tak? Ikut aku sekarang !” Begitu keras suara Jackie.
“Apa
yang kau nak hah? Aku takde duit nak bagi koranglah!”.Aimy menjerit.Jelas wajah
Jackie menahan geram.
“Rockie.Tolong
aku, seret perempuan ni !” Jackie memanggil Rockie yang sedang memerhatikan
mereka.
“Korang
jangan apa-apa kan dia !” Rockie dan Jackie mengalihkan pandangan ke arah
Nizwan.Mereka tersenyum sinis.
“Heh,
kau nak berlagak jadi hero lah ni.Silakan..Aku nak tengok macam mana kau dapat
selamatkan dia”.Jackie melepaskan Aimy.Aimy rebah kerana tidak dapat mengawal
keseimbangan badan.
Nizwan
memandang Aimy yang sudah terkulai layu di atas lantai simen yang agak
kotor.Aimy cuba untuk bangun tapi tidak boleh disebabkan tangannya yang
terikat.
“Apa
lagi ? Tolong ah dia ! Tadi kau nak berlagak jadi hero kan ? Aku dah bagi kau
jadi hero, kau taknak pulak.Huh !”.Jackie mencempung Aimy keluar dari gudang
using itu.Aimy tidak dapat melawan kerana badannya dicempung kuat oleh tangan
sasa Jackie.Rockie mengekori Jackie dari belakang.Nizwan pula hanya dapat
melihat mereka berlalu.Terus tiang yang berada di sebelahnya ditendang.
“Shit”.
Habis perkataan itu di sebutnya.
……………
Hampir
5 jam Nizwan menunggu kelibat Aimy dan Jackie.Tapi masih tidak
muncul-muncul.Nizwan mengeluh kasar.Tangannya sudah kebas.Kakinya juga
sama.Nizwan cuba mencari kaca.Tapi tidak jumpa.Bukan dia tidak mahu menggunakan
paku, tapi dia sudah cuba waktu hari pertama dia diculik.Paku itu tidak dapat
memutuskan tali yang terikat di tangannya.
Nizwan
termenung sebentar.Tiba-tiba pintu gudang terbuka.Cepat-cepat Nizwan
mengalihkan matanya untuk memandang pintu gudang tersebut.Kelihatan Aimy dan
Rockie masuk ke dalam gudang.Rockie mendukung Aimy menggunakan bahunya, lalu
dilemparkan Aimy di atas simen kotor.Berang Nizwan melihatnya.
“Haish
! Tak laku betul perempuan ni, tak guna !” Nizwan mendengar Rockie membebel
sendirian sambil menumbuk meja kayu yang terdapat disitu.
Tak
laku ? Maksudnya, Aimy nak kena jual ? Bangsat betul diorang ni ! Sekali lagi
perkataan kotor keluar dari mulut Nizwan.
Selepas
sahaja Rockie keluar dari gudang, Nizwan terus mengesot mendekati Aimy.Sampai sahaja di sisi Aimy, Nizwan terus
menggerakkan tubuh Aimy menggunakan lengannya.Wajah Aimy tampak pucat.Matanya
sedikit sembap dan terdapat kesan lebam di pipi kanan Aimy.Mesti kena tampar
dengan konco The Crow.Tudung Aimy pula masih lagi tersarung di atas kepala.Tapi
tudungnya memang terlalu serabut.Ada rambut halus terkeluar sedikit dari celah
tudung.
Aimy
membuka matanya sedikit.Apabila melihat wajah Nizwan di hadapannya terus dia
menangis tersedu sedan.Makin lama makin kuat tangisannya.Nizwan hanya memandang
belas.
“Saya
nak keluar dari sini.Saya nak keluar dari sini ! Mereka ingat saya takda
maruah.Mereka ingat maruah saya boleh dijual beli ? Saya benci diorang !
Benciiiii !” Aimy meluahkan perasaanya kepada Nizwan sambil menangis.
Nizwan
memandang sayu.Dia mengeluh perlahan. “ Kita pasti boleh keluar dari sini.Saya
pasti akan tolong awak”. Lembut suara Nizwan memujuk.
Aimy
mendongak untuk memandang wajah Nizwan.Tapi wajah Nizwan tidak berapa
jelas.Nampak samar-samar disebabkan cahaya matahari yang memancar di tingkap
belakang.Eh, tingkap ? Tingkap buat daripada kaca.So..mesti dapat putuskan
ikatan ni.Aimy tersenyum sendiri.
“Betul
ke awak nak tolong saya?” Aimy bertanya.Nizwan mengangguk.Aimy tersenyum meleret.Ada maskud disebalik senyumannya itu.
“Awak
nampak tak tingkap kat belakang awak tu ?”Aimy memuncungkan mulutnya ke arah
tingkap.Nizwan menoleh kebelakang.Selepas itu, dia memandang Aimy semula.
“Nampak.Kenapa?”
Nizwan mengangkat kening.
“Tolong
pecahkan tingkap tu”.Selamba sahaja Aimy menyuruh.Nizwan sudah membeliakkan
biji mata.
“Gila
!” Nizwan bertempik.
“Tolonglah.Rockie
dengan Jackie dah keluar.Waktu ni je kita boleh pecahkan tingkap tu”.Aimy
merayu.
“Tapi,
konco dia masih ada kat luar kan?” Nizwan masih lagi tidak mahu mengalah.
“Konco
tu kerja part time je.Diorang pun ada
anak bini nak kena jaga kat rumah tu”.Terang Aimy lagi.Nizwan berfikir sejenak.Konco-konco tu
kerja part time je ? Patutlah, jarang nampak diorang kat gudang ni.
“Mana
awak tahu yang konco tu kerja part time je ?” Nizwan bertanya.
“Tadi
waktu kat dalam kereta, diorang cakap yang diorang nak balik sebab bini diorang dah bising sebab balik lambat” ujar Aimy seraya ketawa perlahan.Nizwan mengangguk faham.
“Okey.Tapi
awak boleh tak tolong bukak kan ikatan kaki saya ni?” Nizwan meminta
tolong.Aimy mengangguk.Kalau nak bukak ikatan tangan tu susah sikit.Sebab ikatan tangan tu lagi kuat dan ketat.Lepastu,ikatan tu dia buat simpul mati .
Aimy
membelakangkan badannya, dan tangannya terus mencari kaki Nizwan.Selepas dapat
mencapai kaki Nizwan, terus Aimy membuka ikatan yang agak ketat itu.
Selepas
Berjaya membuka ikatan, Nizwan bangun dari duduknya dengan susah payah.Dia
berjalan menuju ke tingkap.Dengan bacaan
bismillah, Nizwan menendang cermin tingkap tersebut.Habis cermin tingkap itu
pecah.Nizwan bertinggung kerana hendak mencapai kaca yang sudah berselerakan di
atas lantai.
Nizwan
membawa serpihan kaca itu menuju ke arah Aimy.Nizwan duduk di sebelah Aimy lalu
cuba memotong ikatan tali tangannya dahulu.Hampir 10 minit, barulah ikatan tali
itu terputus.Nizwan mengucap syukur.Entah macam mana, dengan kedatangan Aimy,
terus segala urusannya menjadi senang.Selalunya kalau nak bukak ikatan tali tu
pun mengambil masa selama beberapa jam.
Nizwan bergerak menuju ke arah Aimy, lalu cuba untuk membuka ikatan Aimy pula.
“Okey,
dah dapat bukak ?”Aimy bertanya.
“Belum.Sekejap”.Nizwan
cuba membuka lagi.Tapi, ikatan Aimy itu terlalu ketat dan bersimpul mati.Ikatan
tali itu sangat tebal.
Tiba-tiba
mereka terdengar bunyi enjin kereta.Muka Aimy dan Nizwan pucat.Nizwan cuba
membuka ikatan itu lagi.Masih tidak mahu.
“Awak
pergi je.Biar saya duduk kat sini.Nanti awak boleh call polis”. Aimy memberikan
cadangan.Terus Nizwan menggeleng.
“Awak
sekarang ni dibawah tanggungjawab saya,Saya takkan biarkan awak kat sini
sorang-sorang”. Ujar Nizwan ikhlas.Aimy berasa terharu.Terus dia menundukkan mukanya.
Nizwan
terdengar bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah pintu.Nizwan tidak membuang
masa.Terus Nizwan mencempung Aimy dan berlari meuju ke arah cermin tingkap yang pecah tadi.
Aimy
terkedu.Jantungnya berasa berdebar-debar.Nizwan melangkah tigkap tersebut.Belum
sempat dia mahu melarikan diri, terdengar jeritan Jackie.
“Woi
! Jangan Lari”. Jackie dan Rockie berlari menghampiri mereka berdua.Nizwan
terus membuka langkah seribu masuk ke dalam hutan yang berada di belakang
gudang..Aimy menoleh sedikit ke belakang.Ternyata Rockie dan Jackie masih
mengejar mereka.Aimy memandang pula muka Nizwan.Muka Nizwan nampak mengah dan
pucat.Mesti keletihan sebab mencempung dirinya.Tadi rasanya kaki Nizwan ada sedikit luka, mungkin luka sewaktu ingin menendang tingkap.
“Awak,
awak letak jelah saya kat sini.Diorang masih kejar kita.Awak dah tak larat
tu.Keselamatan diri awak tu lagi penting” Suara Aimy lirih.Bukan disebabkan,
dia menyuruh Nizwan meninggalkannya disitu.Tapi, di sebabkan ia berasa begitu
terharu.Terharu kerana Nizwan sanggup menyelamatkan dirinya.
“Saya
dah cakap dah tadi.Jadi, saya taknak ulang ayat tu dua kali” Suara Nizwan tersekat-sekat sedang menahan nafas.
“Aku
kata jangan lari woii.Jahanam betul !” Suara Jackie kedengaran lagi.Kali ni
begitu kuat.Sehingga bergema seluruh hutan.Lagi laju larian yang dibuat
Nizwan.Nizwan menghela nafas lega apabila ia ternampak jalan raya di
hadapannya.
“Aimy,
kita akan selamat”.Nizwan bersuara
perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh telinga Aimy.
“Ye,
kita pasti akan selamat”.Pipi Aimy tiba-tiba terasa panas.Air matanya sudah
mula turun.
Sampai
sahaja di kawasan jalan raya, nasib mereka memang bertuah disebabkan ada dua
polis trafik sedang cuba menyaman seorang
pemandu kereta.
Belum
sempat Nizwan melangkah ke arah polis trafik itu, bunyi tembakan bergema.Nizwan
tersungkur jatuh.Aimy turut terjatuh.Polis trafik dan pemandu kereta tadi
terkejut.
“Haha,
aku dah cakap jangan lari.Inilah akibatnya.Hahahah”.Jackie dan Rockie tersenyum
puas.Mereka mendekati Nizwan yang sudah terbaring.Mereka tidak nampak akan kelibat dua orang
polis trafik tersebut.
Polis
trafik terus bertindak dengan menyiku leher Rockie dan Jackie.Kebetulan polis trafik itu
berada di belakang mereka.Jackie dan Rockie pengsan akibat perlakuan dua orang
polis trafik tersebut.Jackie dan Rockie terus di gari dan dibawa masuk ke dalam
kereta polis.
Pemandu
kereta atau dipanggil sebagai Imran membuka ikatan tali Aimy.Selepas ikatan
dibuka, Aimy berlari menuju ke arah Nizwan.Nizwan ditembak di bahagian bahu.Luka itu nampak macam dalam.
“Nizwan,
bangun.Bangun.Awak mesti kuat”.Aimy menggoncangkan tubuh Nizwan.Tapi tiada
reaksi daripada Nizwan.
“Kita
kena hantar ke hospital sekarang !” Arah seorang polis trafik atau nama dekat tag nama dia ialah Azril.
“Azril,
jom angkat dia.Kita bawa dia pergi ke hospital” ujar seorang lagi polis trafik
a.k.a azim.
Azril
dan Azim mengangkat tubuh Nizwan ke dalam kereta Azril.Manakala kereta Azim
telah dipenuhi oleh Jockie dan Rackie yang sedang pengsan.
Aimy
berdoa di dalam hati.Ya ALLAH, selamatkan dia, sebagaimana dia telah
menyelamatkan nyawaku.Amin…
………….
Sesampai
sahaja di hospital, Nizwan dimasukkan ke bilik pembedahan di sebabkan peluru itu
terlalu dalam dan pembedahan harus dibuat segera.
Pihak
Polis cuba menelefon keluarga Nizwan.Hampir setengah jam baru dapat mencari
nombor telefon keluarga Nizwan.Saat itu, hati Aimy hanya merisaukan tentang
keadaan Nizwan.
Selepas
mendapat keterangan daripada Aimy tentang apa yang berlaku, pihak polis terus
balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Aimy
menelefon Fatihah, iaitu sahabat baiknya tentang keadaan dirinya.Aimy hanya
tiggal bersama dengan Fatihah kerana Aimy seorang anak yatim piatu.
……………
Keluarga
Nizwan datang ke hospital setengah jam kemudian.Ibu Nizwan ters
menghampiri Aimy sambil menangis.
“Macam
mana dengan keadaan dia?” Tanya ibu Nizwan.
“Saya
tak tahu mak cik.Tapi, doktor cakap peluru tu terlalu dalam dan pembedahan harus
dilakukan segera”.Terang Aimy.Ibu Nizwan terus terduduk di kerusi
berdekatan.Keluarga Nizwan cuba menenangkan ibu Nizwan.
“Ana,
sabar Ana.Nizwan pasti selamat.Abang yakin” Pak cik Nizam cuba memujuk.
“Tapi
kalau tak selamat ?” Mak cik Ana masih menangis.
“Astraghfirullahalazim,
kita kena banyak berdoa supaya Nizwan selamat” Pujuk pak cik Nizam lagi.Mak cik
Ana hanya mengangguk.Dia turut terkejut apabila mendapat berita daripada pihak polis tentang anaknya yang hilang sekarang berada di hospital.Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaanya ketika itu.
Aimy
memandang sayu ke arah pasangan warga emas itu.
…...…………..
Selepas 4 jam.Baru bilik pembedahan dibuka.Aimy, mak cik Ana dan Pak cik Nizam terus
meluru ke arah doktor Amer.
“Anak
saya selamat ke ?”Mak cik Ana bertanya.
Doktor
Amer memandang kesemua wajah yang berada di hadapannya.Apabila doktor Amer
memandang ke wajah Aimy, doktor Amer terus tersenyum.Doktor Amer tiba-tiba
teringat perbualan antara dia dengan Nizwan sewaktu sebelum pembedahan.
………………..
“Cepat
! Kita kena lakukan pembedahan dengan segera”.Doktor Amer mengarahkan semua nurse
yang terlibat dalam melakukan operasi pembedahan.
“Dok..tor..”.
Doktor
Amer terus mengalihkan pandangannya
kepada wajah Nizwan yang pucat lesi tidak berdarah.
“Awak
dah sedar ? Pembedahan pun tak buat lagi.Kuat betul semangat awak.” Sempat Lagi Doktor Amer berseloroh.
Nizwan
hanya mampu tersenyum kecil.
“Doktor…kalau
nyawa saya dah tak panjang…boleh tak doktor tolong bagitau sesuatu kat
perempuan tudung dia warna krim tu?”
Nizwan meminta tolong dengan suara yang tersekat-sekat.
“Bagitau
ape ?” Tanya doktor Amer.
“Bagitau,
saya suka kat dia”.Selepas mengucapkan tiga perkataan itu, terus sahaja Nizwan
pengsan.
“Baiklah”.ujar
doktor Amer perlahan.Dah cukup semua peralatan, terus pembedahan dilakukan.
…………..
“Doktor”.Pak
cik Nizam melambaikan tangannya ke wajah Doktor Amer.
“Ehh,ya”Terkejut
doktor Amer dibuatnya.
“Macam
mana dengan anak kami ni ha?” Tanya mak cik Ana lagi.
“Owhh.Anak
mak cik selamat.Sekarang ni dia sedang berehat di bilik wad biasa.Peluru tu
sudah dapat dikeluarkan”.Terang doktor Amer.Mereka bertiga terus mengucap
syukur.Alhamdulilah.
……………….
Nizwan
membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya terang menyukarkan dia membuka
mata.Nizwan mengalihkan badannya sedikit menghadap ke kiri kerana bahu sebelah
kanannya baru sahaja dibedah.
“Arghhhh”.Nizwan
menjerit kerana terkejut apabila melihat seorang gadis yang sedang tidur secara
duduk beralaskan lengan sedang berada di sbeelah kirinya.
Aimy
yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana terkejut mendengar orang menjerit.Aimy
membuka matanya.Dia memisatkan matanya menggunakan tangan.
“Apa
awak buat kat sini ?” Tanya Nizwan.
“Mak
ayah awak baru je balik.Dia suruh saya temankan awak kejap, sebab diorang nak
ambik baju”.ujar Aimy.Sebenarnya, dia begitu teruja kerana Nizwan sudah sedar
sekarang.
“Mak
ayah saya pun ada ?” Nizwan mengerutkan kening.
“Ha
ah.Diorang datang sebab pihak polis telefon”.terang Aimy.
Nizwan
mengangguk sebelum matanya menangkap
penampilan Aimy.Erm..nampak semakin kemas dan semakin comel.Kalau tidak, sebelum ni muka Aimy kotor dengan
debu.
“Ooo…Erm…Aimy,
boleh tak saya cakap sesuatu kat awak ?”Nizwan memandang wajah Aimy.
“Boleh.Tapi
sebelum tu saya nak cakap kat awak sesuatu”.Aimy membalas pandangan Nizwan.
“Apa
dia” Nizwan menggaru dagunya yang ada janggut sejemput.
“Saya
nak cakap terima kasih dan minta maaf banyak-banyak kat awak.Saya bersalah
sangat-sangat.Sebab saya, awak jadi macam ni.Saya mintak maaf”.Sudah berapa
kali Aimy mengulang perkataan minta maaf itu.
Nizwan
tersenyum.Nizwan memegang lehernya.Kalau dia malu mesti dia kena pegang
leher.Ikut keturunan kot.Hehe.
“Saya
kan dah cakap aritu.Awak tanggungjawab saya.Saya kena jaga awak
sebaik-baiknya.Lagipun….” Nizwan menundukkan mukanya.Tiba-tiba sahaja mukanya
menjadi panas.
“Lagipunnnnn….?”
Aimy mengangkat kening bertanya.
“Err….444
!” Nizwan terus memejamkan matanya.Aimy blur.444 ?
“Ha
? 444 ? Abende tuh ? Nombor ekor ke ?” Bertalu-talu soalan Aimy berikan untuk
Nizwan.
“Hish..takkan
tak tahu kot.444 lahh”.Nizwan menguatkan sedikit suaranya.
“Saya
memang tak tahulah”.Aimy mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“Saya
suka awaklah !” Terus Nizwan mengambil bantal dan menutup mukanya.
“Itu
bukan 444.Tapi 447” Aimy tersenyum.Nizwan pelik.447 ?
"147
? means`?” Nizwan bertanya.Tapi mukanya
masih lagi ditutup dengan bantal.
“Awak
cakap, ‘saya suka awaklah’.Kan ada ‘lah’ kat belakang tu.So, maknanya itu bukan
444 tapi 447”. Nizwan mencebik.Cis, dia dah terkena Aimy ketawa mengekek.
“So,
apa jawapan awak?” Nizwan tetap menutup mukanya.
“Macam
mana saya nak bagi jawapan, kalau awak tak tunjukkan muka awak tu”.Lambat laun,
akhirnya bantal itu dikalihkan ketepi juga.
“Okey.Cepatlah
bagitau!” Gesa Nizwan tidak sabar.
“43447”.jawab
Aimy pendek.
“43447?”
“Saya
pun suka awak jugaklah”.Kali ini wajah Aimy pula yang merah.Terus bental yang
berada di dakapan Nizwan ditarik bagi menutup mukanya.
Nizwan
ketawa.Selepas itu, dia menarik bantal yang Aimy gunakan untuk menutup wajah
Aimy yang sudah merah.Aimy ingin merampas balik tapi Nizwan sudah letakkan
bantal itu di belakang badannya.
“Comel
betul kalau muka awak merah-merah macam ni”Nizwan memuji.
“Saya
tau saya comel” Aimy perasan sendiri.
“Perasan.Tapi,
muka awak memang comel gilaaaaaaaaa!”Nizwan makin memuji Aimy.
“Saya
tauuuuuuu.Terima Kasihhhhhhh”.ujar Aimy sebelum mereka berbalas pandang
dan ketawa bersama-sama.
………………….
TAMAT
*Hope
enjoy.Cubaan pertama nak buat cerpen gaya macam ni.Agak susah sikit.Maaf kalau
ada banyak kesilapan. ^_^
|